Berjumpa Dengan Oppa Lagi! part 2

104 26 0
                                    

Ina, Kai dan D.O sudah tiba di rumah. "Saya dah balik!" Jerit Ina. "Nah.. Aiskrim vanilla.." kata Ina sambil meletakkan plastik vanilla itu di tengah-tengah meja ruang tamu yang terletak di hadapan televisyen. Mengapa semua orang membeli aiskrim vanilla? Adakah hari ini hari aiskrim vanilla? Wujudkah hari seperti itu?

Setelah Ina membaca hampir separuh mukasurat majalah e-pop itu, Ina bangun dan menuju ke dapur. Sebelum masuk ke dapur Ina teringat sesuatu yang teramat penting. "Oppa, tadi ada sesiapa datang tak?" tanya Ina. "Aniya," jawab Baekhyun. "Sebab ada orang telefon Ina kata nak tumpang rumah ini sekejap," kata Ina.

EXO memandang sesama sendiri. Seperti tahu siapa yang akan datang ke rumah Ina."Siapa pula mahu tumpang di rumah yang sempit ini?" sindir Chanyeol. Ina tidak membalas sindiran itu dan terus masuk ke dapur.

Tidak sampai 1 minit, loceng rumah berbunyi. "Sesiapa tolong buka pintu!" jerit Ina. EXO memandang sesame sendiri. "Baekhyun pergi!" kata Chanyeol. "Mengapa saya pula?" tanya Baekhyun sambil menghinggapkan tangannya di paha Chanyeol.

"D.O pergi!" kata Chanyeol. "Naneun wae? Saya baru sahaja balik!" kata D.O. "Apa kata main batu, gunting kertas siapa kalah dia kena buka pintu," kata Kai. "BATU, GUNTING.." belum sempat mereka mahu mengeluarkan senjata mereka Ina sudah keluar dari dapur dan berkata. "CHANYEOL PERGI BUKA PINTU!!"

Suara Ina mengalahkan Cikgu Amnah itu terus menakutkan Chanyeol menyebabkan Chanyeolturutkan sahaja. Kai, Baekhyun dan D.O hanya tersenyum. Chanyeol keluar rumahdan menuju ke pintu pagar dengan muka semasam cuka. 

ok, saya akui, memang pendek

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now