Macam-Macam Perangai

87 12 0
                                    

Akhirnya, mereka sampai di tempat kejadian. 8.45 pagi jugalah mereka sampai. Mereka bergerak dari hotel pukul 7.45 pagi. Mahu menunggu Jungkook sedar dari mamainya sudah 20 minit, menunggu dia siap membersihkan diri 10 minit. Manakala yang lain hanya mengambil masa 5 minit.

Apabila sampai di sana, terpaksalah menahan telinga mendengar bebelan para pekerja kerana lambat 30 minit.

Perjumpaan bersama peminat sudah sampai penghujungnya. Bangtan Boys tidak berhenti bercakap semasa perjalanan ke belakang pentas.

"Awak tahu tidak, ada seorang peminat ini ambil selfie dengan saya dekat 30 keping gambar." rm

"Saya punya lagilah. Dia memberi saya cekak rambut Minnie Mouse selepas itu berselfie dengannya. Hish! Macam perempuan." jh

"Cekak Minnie Mouse! Warna merah jambu. Jika awak tidak mahu bagi sahaja saya." jin

"Saya dapat banyak jajan. Paling banyak ialah coklat!" jk

"Peminat saya pula, meminta saya tanda tangan di semua barangnya! Kotak pensel, cover telefon, baju, seluar botol air, sehingga pinggan dan cawannya!" jm

"Kebanyakkan mereka memberi saya buku nota. Saya mahu buat apa dengan buku ini ya?" v

"Antara ramai-ramai peminat, ada seorang peminat saya memberi saya Ipad." Sg

Semua mata memandang Suga. Terhenti semua perbualan mereka. "Mwo?! Ipad?!" mereka berkata serentak.

"Ipad?" Ina muncul secara tiba-tiba. "Suga hyung dapat Ipad!" V berkata dengan mimik muka. Suga mendapat Ipad manakala V hanya mendapat buku nota. Sungguh tidak adil!

"Wow, kaya betul peminat awak," kata Ina sambil tangannya cuba mengambil kotak berisi Ipad itu.

Selepas puas Ina membelek-belek kotak Ipad itu, Ina menyambung lagi. "Selepas ini, kita ada pengambaran di studio."

"Erghh.. tidak boleh ke kami rehat sebentar," Jungkook meregangkan tangannya sambil berkata. "Tangan dan jari saya juga lenguh, tanda tangan tidak berhenti," kata Jimin. Jarinya dipatah-patahkan.

"Saya mengantuk. Mata saya berat kerana mengambil gambar terlalu banyak. Flash kamera juga membuatkan mata saya silau," kata Rap Monster pula.

"No! Kita mesti bergerak sekarang. Pengambaraan akan bermula pukul 3 petang. Masa perjalanan ke sana sudah dekat 2 jam, sekarang sudah pukul 11.15.." belum sempat Ina menghabiskan kata-katanya, V sudah menyampuk.

"Alah.. kalau kita pergi sekrang sekalipun, kita akan sampai sana pukul 1.15. Jika kita pergi pukul 12.30, kita tetap akan sampai sebelum pengambaran bermula."

"Sebelum pengambaran, awak akan makan dahulu. Selepas makan, awak semua nak make up kan. Sudahlah awak makan lambat. Awak nak bersolek juga pasti akan siap 30 minit. Itu pun paling cepat!" Ina membantah penyataan V.

"Hish.. yelah! Yeorobeun, mari kita naik van. Palli! Nanti mak cik itu membebel lagi. Huh!" nada V sedikit memerli.

"Yeah, keurae-ji. Nanti mak cik itu membebel lagi," Ina membalas perlian V itu.

Vmenjeling Ina sebelum kakinya memijak lantai van tersebut. Ina tersenyummenahan tawa. Ahli lain hampir terhambur tawa mereka. Disebabkan muka Vmemberang, terpaksalah sembunyikan senyuman mereka itu.

BTS

"Yes! Sampai juga akhirnya," Ina berkata dengan penuh bersemangat. "Wuh.. kita sampai 1.20. bagus, bagus," tambah In lagi.

"Mengapa kita cepat sangat sampai. Saya tidak puas tidur lagi!" kata-kata Jungkoo diselang-seli dengan menguap.

"Saya rasa baru 5 minit saya tidur," kata Suga. Ina berkata setelah terdengar penyataan Suga yang sedikit pelik.

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now