Macam-Macam Perangai (part 3)

77 13 0
                                    

Ahli yang lain menunggu giliran mereka dengan membuang masa bermain telefon masing-masing. Rap Monster sudah bosan bermain telefon bimbitnya. Dia mengambil keputusan untuk bersandar di sofa dan melelapkan matanya. Mungkin mamainya belum habis lagi.

J-Hope melihat apa yang dibuat oleh Rap Monster. Dia juga mengambil kesempatan pada masa yang ada ini untuk merehatkan badannya.

Hanya V dan Jimin sahaja sudah menjadi cacing kepanasan. Kedua-duanya mengusik antarab satu sama lain. Mereka memang tidak sah jika duduk diam. Pasti akan ada aktiviti yang pelik-pelik yang dilakukan oleh mereka.

"Bosannya! Tiada muzik ke untuk hilangkan kebosanan yang tidak terkata ini?!" V meregangkan badannya sambil berkata.

Tersentak Ina dibuatnya. Suara V terlalu kuat sehingga Rap Monster dan J-Hope terbangun dari alam mimpi.

"Bisinglah!" satu bantal hinggap di lengan V. "J-Hope, jom duduk di luar. Di sana lebih gelap dan sunyi," ajak Rap Monster. Kakinya laju meninggalkan bilik solek itu. J-Hope mengikut jejak langkah Rap Monster dengan mata yang tertutup.

V dan Jimin memandang kosong Rap Monster dan J-Hope hinggalah mereka hilang dari pandangan. V menutup pintu apabila Rap Monster dan J-Hope sudah keluar daripada bilik.

Jimin yang terperasan ada sebuah pembesar suara yang besar. Jimin mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyambungkan wayar pembesar suara dengan telefon bimbitnya. Jimin menekan aplikasi muzik dan memilih lagu apa yang hendak didengarinya.

V menuju ke Jimin dan melihat apa yang akan dibuat oleh rakan sebayanya itu. "Lagu Bang Bang Bang Jimin," V berbisik ke telinga Jimin. Jimin mengangguk. Laju sahaja jarinya menyentuh skrin telefon itu dan mencari lagu yang dikatakan oleh V itu.

Ina yang dari tadi melihat gelagat mereka berdua terus menyergah mereka. "Buat apa itu!"

Tiba-tiba lagu Bang Bang Bang yang dinyanyikan oleh BigBang berkumandang. Separuh kelantangan pembesar suara itu sudah mampu mengejutkan Rap Monster dan J-Hope sedang lena tidur diulit mimpi di luar bilik persolekkan.

Jungkook yang sedang tidur tatkala rambutnya sedang didandan lebih parah kerana dia berada di dalam bilik persolekkan. Separuh histeria Jungkook menjerit kepada hyung-hyungnya yang lebih kebudak-budakkan daripadanya kerana terlalu bising!

Ooo...whoa..oh..oh..Whoa..oh..oh..Whoa..oh..oh

V dan Jimin menyanyi mengikut lirik lagu itu sambil menari yang entah apa-apa. Suka benar mereka mengarut.

Pekerja-pekerja yang sedang menyolek Jin, Jungkook dan Suga hanya membuat kerja seperti robot. Mereka hanya memandang V dan Jimin sekilas dan menyambung kerja mereka semula. Agaknya sudah melalui pengalaman lebih teruk daripada yang ini.

Ina hanya mendiamkan diri. Dia juga melayan lagu Bang Bang Bang itu. Dia juga terangguk-angguk sambil menyanyi bait-bait lagu itu. Huh! Memang dua kali empat dengan V dan Jimin. Cuma Ina tidaklah menari entah apa-apa di dalam bilik itu. Memalukan sungguh!

Jungkook sudah tidak tahan dengan kebisingan tahap maksima itu. Jungkook bangun dari kerusi solek dan mengambil sikat di atas meja solek lalu menyikat rambutnya ke depan menutup bahagian dahinya. Dan keluar dari bilik itu menyertai hyung-hyungnya tidur lena di luar bilik solek.

Buat penat sahaja pekerja itu mendandankan rambut Jungkook supaya naik ke atas dan tegak.

Pekerja itu menghela nafas berat. "Siapa lagi mahu di solek?" tanya pekerja itu dengan kelantangan yang kuat bagi menewaskan kelantangan lagu yang tidak pernah didengarinya itu. Baginya lagu itu sungguh tidak seronok dan sedap. Mengapalah budak-budak Korea ini suka sangat lagu yang bising? Hanya menyakitkan telinga dengan mendengar perkataan Bang! Bang! Bang!

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now