Yeay! Dapat Pergi Konsert Bangtan Boys (part 1)

46 9 0
                                    

Jam telefon Ina menunjukkan pukul 9.56 pagi. "Yeorobun, kaja!" laungan Ina membuatkan Jin terbangun dari beradunya.

J-Hope menolehkan kepalanya ke belakang. "Hendak pergi ke mana?" soal Rap Monster.

"Bilik latihan... Eh? A...." belum sempat Ina menghabiskan kata-katanya, Jungkook sudah memotong.

"Kami baru sahaja selesai makan." Jungkook pula berkata.

"Ayah saya selalu berpesan pada saya supaya tidak bersenam selepas makan." V menambah. "Bukankah menari itu sebahagian dari bersenam?" tanya Jin sendiri. V mengangguk.

"Manager pun berkata kita perlu tunggu 2 jam untuk memberikan perut ini menghadamkan semua yang kami makan sebentar tadi." Jimin berkata sambil mengusap perut kempisnya.

"Sudah! Cukup! Saya tahulah tentang 2 jam selepas makan dan apa semua lagi. Sekarang ini, kita perlu ke bilik latihan kerana kita kena buat fan meeting!" Ina memberi tahu sebabnya. Dadanya turun naik kerana menahan geram dengan kata-kata Bangtan Boys itu. Ina masih belum habiskan ayatnya Bangtan Boys sudah memotong.

"Fan meeting?!" Bangtan Boys bertanya serentak. "Di dalam bilik latihan?" tanya J-Hope. "Muat kah untuk menempatkan peminat kami yang banyak tidak terkira ini?" tanya Suga pula. Pelik juga mahu membuat perjumpaan bersama peminat di dalam bilik latihan.

"Sikit sahaja peminat awak..." seperti biasa , sebelum Ina menghabiskan butir bicaranya, Bangtan Boys menyampuk.

"Awak ini A.R.M.Y ketinggalan zaman ke apa? Peminat kami berjuta-juta di dalam fan club." Jimin terasa kelakar dengan penyataan Ina itu. Peminat Bangtan Boys sedikit? Memang mustahil! Bangtan Boys terkenal seluruh dunia. Rasanya satu bumi tahu siapa Bangtan Boys!

Kata-kata Jimin menderaikan gelak ketawa ahli Bangtan Boys.

"Awak semua ini... suka sangat potong apa yang saya cakap. Saya belum habis cakap sudah berfikir entah apa-apa. Cuba bagi saya habis cakap dulu baru awak semua bercakap!" Ina terfikir sendiri apabila kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya. Bagaimanalah dengan guru-guru yang mengajarnya waktu dia bersekolah dahulu. Semasa guru itu bercakap pasti dia akan bercakap. Sekarang Ina faham bagaimana perasaan sebagai seorang guru.

Bangtan Boys diam menikus. Takut juga jika amarah Ina datang semula.

Nafas ditarik dalam-dalam. Ina menyambung semula kata-katanya.

"Peminat awak ialah kawan saya sewaktu sekolah dahulu dan pekerja-pekerja di sini yang meminati Bangtan Boys." Bangtan Boys mengangguk.

Ina memandang Bangtan Boys yang masih terangguk-angguk faham mendengar apa yang dikata tadi.

"Sudahlah mengangguk itu. Mari kita pergi." Ina membuat kata putus. Bangtan Boys terpaksa mengikut. Ikutkan hati hendak membantah sahaja arahan Ina itu. Apa boleh buat, pengurus sudah memberikan kuasa sepenuhnya kepada Ina buat sementara waktu ini. Ikut sahajalah. 397

Setelah tibanya di bilik latihan...

Terdengar suara nyaring jeritan perempuan. Bangtan Boys diserbu oleh gadis-gadis yang terlompat-lompat menjerit disebabkan mereka juga.

"Taehyung oppa! Tolong tanda tangan disini!"

"Oppa! Mari ambil gambar dengan saya!"

"Wah... saya hendak kulit putih dan bersih seperti Suga oppa! Oppa! Tolong ajar saya!"

"Cekak untuk Jin oppa terjatuh! Hei! Jangan pijak!"

"Jungkook oppa! Saya ada buat biskut khas untuk oppa!"

"Rap Monster oppa! Saya ada baju sama seperti oppa!"

"J-Hope oppa! Tolong tanda tangan di semua buku nota saya!"

Keadaan menjadi tidak terkawal. Masing-masing bertolak-tolak demi berjumpa bias masing-masing. Ini membuatkan Bangtan Boys menjadi tidak selesa.

Jungkook sudah menutup telinganya menahan kenyaringan jeritan para pekerja itu. J-Hope membuat muka tidak selesa. Mukanya berkerut-kerut memandang peminat di hadapannya itu.

Ina sebagai pengurus bertindak sebagai pelindung Bangtan Boys.

"Bawa bertenang semua!"

Fanatik Bangtan Boys itu langsung tidak mempedulikan Ina yang menjerit itu. Suga memandang Ina.

"Ina! Kuat sikit!" jerit Suga dalam nada berbisik. Mukanya sudah berkerut menjeling peminat yang berada di hadapannya. Inilah padahnya jika menjadi artis yang tergolong dalam kumpulan yang terkenal di seluruh dunia.

Kali ini Ina menepuk kedua-dua tangannya. "Bawa bertenang! Bangtan Boys belum mengucapkan hello lagi! Jadi semua bawa bertenang!"

50 peratus dari peminat yang mengelilingi Bangtan Boys itu memandang Ina, separuh lagi masih lagi menjerit.

Kali ini Rap Monster tampil ke hadapan dan mengeluarkan suaranya.

"Annyeonghaseyo!"

Satu patah perkataan itu mampu menyunyikan satu bilik latihan itu. semua peminat mengetap bibir. Tidak sabar mahu mendengar ketua kumpulan tersohor itu berucap.

Ina mengambil peluang ini untuk pergi ke Rap Monster dan memanggil Bangtan boys untuk duduk di kerusi yang disediakan oleh pekerja apartment itu.

Bangtan Boys menuju ke meja dan kerusi yang disediakan itu. hampir tergelak mereka dibuatnya.

"Yeppeoyo! Hahahaha!" Jimin sudahtergelak. Ini membuatkan A.R.M.Y kembali bersuara. Ina memandang peminat setiaBangtan Boys itu dan meletakkan jari telunjuknya di bibir sambil menjegilkanmatanya.Ini membuatkan A.R.M.Y senyap semula. Fuh... nasib baik mereka dengarkata.        

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now