PROLOG

452 41 4
                                    

Setelah 11 bulan Ina bersama EXO dan Got7, hari ini Ina berasa tidak sedap hati. Seperti biasa selepas sarapan Ina dan beberapa ahli EXO akan duduk di hadapan televisyen untuk menonton drama Korea.

Pada pertengahan perjalanan drama Secret Garden, JB memanggil Ina. "Ina naik atas sekejap." "Hmm.. sekejap lagi," jawab Ina. "Sekarang!" nada JB sedikit tegas. "Ne," Ina menarik muncung. Ina mengikut JB masuk ke bilik Got7.

Setelah Ina membuka pintu bilik Got7, Ina berasa seperti terdapat awan mendung di dalamnya. Disebabkan cuaca mendung Ina berasa begitu. "Kenapa semua muka masam mengalahkan cuka ini?" tanya Ina.

"Kami akan pulang ke Korea pada hari Selasa nanti," Yugyeom membuka perbicaraan. "Mwo? Balik Korea minggu depan? Kenapa hendak balik ke Korea?" Ina mengajukan soalan. "Hmm... JYP hyung suruh," jawab Yongjae.

"Bila mahu balik ke sini semula?" tanya Ina lagi. "Entahlah," jawab Got7 serentak. "Mungkin kami tidak akan balik semula," jawab Jackson. "Awak semua nak buat apa-apa ke di sana?" Ina bertanya lagi. "Mungkin JYP hyung suruh kami balik ke Korea semula kerana kami sudah lama tinggal di Malaysia," Jin Young cuba mengagak.

"Hmmm.. Ne.." Ina berkata sebelum meninggalkan bilik itu. Ina turun ke bawah dan duduk semula di tempatnya. Ina membuka telefonnya. Tiba-tiba terdapat titisan air jernih di permukaan telefonnya. Ina bingkas bangun dan menuju ke biliknya.

D.O, Chanyeol, Baekhyun dan Kai melihat Ina yang berlari seperti peserta maraton. "Kenapa lagilah dengan budak itu," kata Chanyeol. Yang lain hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu.

BTS

Selepas 3 jam EXO berada di hadapan televisyen, mereka mengambil keputusan untuk menutup televisyen dan menuju ke bilik masing-masing. Sedang mereka menuju ke bilik masing-masing, JB dan Jin Young turun daripada bilik mereka dan menuju ke dapur.

D.O yang yang ternampak mereka itu terus bertanya. "JB, kenapa dengan Ina?"

"Kenapa dengan Ina?" JB tertanya. "Dia macam sedih setelah turun dari bilik Got7," jelas D.O. "Aaa.. Ina.. Dia sedih.. Sebab kami nak balik ke Korea semula," jawab Jin Young. "Got7 nak balik ke Korea? Waeyo?" tanya D.O. "JYP hyung suruh," jawab JB. "Ooh.. Ok," kata D.O sebelum masuk ke biliknya.

D.O masuk ke biliknya. "Awak pergi ke mana? Mengapa lambat masuk?" tanya Chanyeol. "Eh, suka hati dialah hendak masuk cepat atau lambat," Baekhyun berloyar buruk. "Senyaplah," kata Chanyeol. "Suka hati sayalah," kata D.O. "Haha!" gelak Baekhyun. Chanyeol mengalih padangan ke telefonnya semula.

"Saya dah tahu kenapa Ina lari seperti tadi," D.O membuka perbicaraan. "Wae? Waie?" tanya Baekhyun. "Dia lari macam tu sebab dia nak menangis dekat dalam bilik dia. Saya rasa.." serkap jarang D.O memang tepat mengena sasaran.

"Macam mana awak tahu dia menangis?" Chanyeol juga menyertai perbualan itu. "Saya tidak tahulah. Tetapi saya rasa.." jelas D.O. "Hish! Rasa-rasa. Cepatlah sambung semula," Baekhyun yang tidak sabar itu terus memaksa D.O untuk menceritakan semuanya.

"Sabarlah! Tadi sebelum saya masuk bilik.. JB dan Jin Young sedang menuju ke dapur.. saya tanya mereka mengapa Ina menjadi begitu.. Mereka jawab.. Mereka akan pulang ke Korea nanti.." jawab D.O panjang lebar. "Oooo.." Chanyeol dan Baekhyun mengangguk.

BTS

Jam 5.30 petang seperti biasa Ina dan D.O harus menyelesaikan tugas mereka. D.O sudah bersedia di dapur. Malangnya Ina tiada di dapur. Akhirnya D.O mengambil keputusan untuk memasak seorang diri. Tatkala D.O sedang menyediakan bahan, tiba-tiba bahan yang paling penting di dalam masakan sudah habis.

D.O tiada niat untuk menganggu Ina yang sedang berada di dalam kesedihan. Tetapi D.O terpaksa mengagahkan diri untuk mengetuk pintu bilik Ina. D.O menuju ke bilik Ina lalu terus mengetuk pintu.

"Ina! Bawang sudah habis! Macam mana saya mahu masak ni!" D.O menaikkan nada suaranya. "Hah? Bawang habis?" tanya Ina semula sambil membuka pintu. "Ya," jawab D.O. Kening D.O terangkat sebelah. Muka Ina tidak seperti dibayangkan. Keliling mata tidak hitam seperti panda, hidung tidak merah seperti buah epal, rambut juga terurus seperti tiada apa-apa berlaku.

"Kenapapandang Ina seperti itu? Jom teman Ina pergi Giant sekejap," kata Ina. "Ne," jawab D.O. Dua manusia itu menujuke muka pintu dan keluar lalu menuju ke kereta.

How about this prolog? Ok x?

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now