Bekerja Dengan Bangtan So Nyeon Dan (part 1)

84 19 0
                                    

Taehyung yang bosan melihat Jungkook disebelahnya hanya melayan telefon bimbitnya sahaja. Langsung tidak mempedulikan hyungnya itu. Sekali-sekali Jungkook mengajaknya bergambar selfie. Kemudiannya mengajak Jimin. Dan seterusnya mereka bertiga bersama-sama.

Haih.. hendak buat bagaimana.. Jungkook itu masih muda dan perangainya sama seperti remaja masa kini. Jungkook juga boleh dikategorikan sebagai yang termanja daripada ahli-ahli yang lain. Kadangkala perangainya sama seperti budak-budak 6 tahun hingga 11 tahun yang terlebih dos manja.

Taehyung sudah menguap lebih daripada 5 kali kerana bukan kerana terlalu mengantuk, tetapi terlalu bosan! Taehyung memusing-musingkan kepalanya untuk mencari bahan apa untuk menghilangkan rasa bosannya yang teramat itu.

Akhirnya, Taehyung mendapat idea. Taehyung memanjangkan tangannya dan memegang bahu penumpang di hadapannya. J-Hope memandang ke belakang sekilas. Taehyung yang sudah Nampak hyungnya itu memandangnya terus membuat jari peace dan menutup matanya serta menghadiah sekuntum senyuman yang dibuat-buat dan tidak tahu itu senyuman ikhlas ataupun tidak hingga ternampak giginya yang putih dan tersusun cantik.

J-Hope menjeling Taehyung apabila melihat Taehyung membuat aksi sebegitu dan menepis tangan Taehyung yang memegang bahunya. Taehyung melihat tangannya yang tergantung akibat tepisan J-Hope.Taehyungtidak mengalah dan mengusik telinga J-Hope. J-Hope menepis lagi tangan Taehyung.

Sekali lagi Taehyung mengangkat tangannya dan mengusap telinga J-Hope. Kali ini J-Hope membiarkan sahaja 'makhluk asing' itu mengganggunya malas mahu melayan. Jika makin layan, makin menjadi perangainya itu!

Taehyung sedikit terkesan dengan kelakuan J-Hope kerana tidak melayannya. Kali ini Taehyung bercadang untuk menarik penyumbat telinga J-Hope yang tersumbat kemas di telinga J-Hope.

Lambat-lambat tangan Taehyung pergi ke wayar sambungan penyumbat telinganya dan.... Menyentap wayar itu. J-Hope yang menjadi mangsa usikanTaehyungitu terus bangun dari kedudukannya dan tangannya menarik rambutTaehyung dari kerusinya. Jungkook yang sedang berbaring di bahu Taehyung terus bangun dan melihat J-Hope sedang menarik hyung kesayangannya!

"Yah.. Paboya.. Awak ingat tidak sakit ke telinga ini!" kata J-Hope sambil tangan kanannya menarik rambut Taehyung manakala tangan kirinya mengusap telinganya yang berada di dalam kesakitan. "Hyung.. Mianhae.. hyung!!" kata Taehyung sambil kedua tangannya bersama dan menggoyang-goyangkannya tanda memohon ampun.

"Apa tangan itu? Gaya hipster?" perli J-Hope. "Ani... Aah! Hyung!! Sakit!! Mianhae. Mianhae. Saya janji tidak akan mengganggu hyung lagi. Lepaskan saya! Jebal.. tolong.. ahh!! Jungkook!" Taehyung mengerang kesakitan.

Akhirnya J-Hope melepaskan rambut Taehyung dengan kasar. Taehyung memegang kepalanya. Terasa pening apabila rambut ditarik dan di goyang-goyangkan kepala menggunakan rambut yang ditarik itu.

Ina tertawa perlahan. Jimin yang terdengar suara ketawa Ina itu terus memandang Ina tersenyum sambil mengangkat bahunya serta menggelengkan kepalanya. Ina membalas senyuman itu.

Setelah 10 minit Taehyung berdiam diri, akhirnya Taehyung ingin mulakan semula agendanya. Iaitu mengacau orang. Taehyung memandang seluruh van mencari mangsanya kali ini. Tidak mungkin mahu mengganggu J-Hope pula. Itu bukan mencari mangsa untuk diganggu tetapi mencari nahas!

Taehyung berasa sedikit lapang kerana Jungkook tidak melentukkan kepalanya di bahu Taehyung. Mata Taehyung merangkap perbuatan J-Hope menganggu hyungnya yang sedang nyenyak tidur.

Taehyung bangun dari tempatnya dan pergi ke tempat Suga. J-Hope meletakkan jarinya di mulut menandakan 'senyap'. Taehyung mengangguk. J-Hope mengambil gambar Suga. KLIK!

Tiba-tiba lampu idea Taehyung menyala. Taehyung segera pergi ke begnya dan mengambil sebuah kotak. Jungkook melihat kotak yang dibawa oleh Taehyung dan terangkat kening lalu bangun dari pembaringannya di bahu Jimin dan terus menuju ke arah hyungnya itu.

"Taehyung hyung! Asal ambil kotak alat solek itu?" tanya Jungkook dengan nada berbisik. Taehyung mengangkat jari telunjuknya menandakan 'senyap'. Jungkook mengangguk. Ina mendengar apa yang ditanya oleh Jungkook dan bingkas bangun dari tempatnya dan pergi ke tempat Taehyung.

"Apa yang oppa nak buat ini?" tanya Ina. "Senyaplah!" kata Taehyung dengan nada berbisik. Ina terdiam seratus. Dan melihat apa yang akan berlaku selepas itu.

Taehyung membuka kotak itu. Ina tersenyum dan seperti sudah mengagak apa yang akan dibuat oleh Taehyung. "Taehyung oppa, saya pandai solekkan orang. Saya nak solekkan Suga oppa," Ina menyatakan apa yang terpendam di dalam hati.

"Ha.. baguslah itu. Mari sini," kata Taehyung. Ina melutut di sebelah Taehyung dan berdepan dengan Suga.

Kini drama bermula. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Ina dan Taehyung menyolekkan Suga. J-Hope bertugas sebagai juru kamera. Merakam reunion yang berlaku. Jungkook juga memegang telefon untuk mengambil gambar selfienya dengan mangsa solekkan. Jimin bertugas sebagai orang gila. Hanya gelak sepanjang masa.

Setelah 15 minit 'menconteng' muka Suga akhirnya mereka sudah siap menunaikan tugasan itu.

"Yes..dah siap!" kata Ina dan Taehyung serentak. "HAHAHA!" mereka ketawabersama-sama. "Sudah, mari kita buat tidak tahu," kata Ina. Mereka menuju ketempat masing-masing.

Bacelah ape gg terjadi..  Hihihihi                    

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now