Tugas Bermula

78 15 0
                                    

Akhirnya mereka tiba di destinasi sebenar! Ahli Bangtan Boys semuanya memakai kaca mata hitam serta penutup muka hitam untuk merahsiakan identiti sebenar mereka di bumi Sarawak supaya terselamat daripada ombakan peminat-peminat Bangtan Boys yang terlalu obses dengan Bangtan Boys.

Di dalam lapangan terbang, mereka menunggu beg-beg mereka yang diterbangkan oleh kapal terbang kargo. Kapal terbang itu akan tiba dalam masa 30 minit lagi. Dengan itu, mereka haruslah berjalan-jalan untuk menghilangkan rasa bosan.

Di dalam perjalanan mereka, Suga yang matanya kuyu menjadi segar semula apabila ternampak papan tanda 'Aiskrim Oh Aiskrim'.

"Yah.. Yeorobun.. Saya nak pergi ke sana sekejap. Tunggu sini ya!" kata Suga sebelum mengangkat kaki meninggalkan mereka. Jimin yang nampak jejak Suga menuju ke mana terus berkata. "Hmm... Aiskrim lagi.."

"Tidak puas lagikah makan aiskrim? Haish.. nanti sakit tekak baru tahu!" kata Ina. Kata-kata Ina telah mendapat sokongan daripada ahli yang lain.

Suga datang dan menghampiri ahli kumpulannya. "Kaja!" kata Suga. "Cerh! Kaja lah apabila sudah mendapat aiskrim!" sindiran pedas dari Jimin itu tidak mendapat menghangatkan hati Suga kerana Suga mempunyai aiskrim berperisa mint yang boleh menyejukkan hatinya.

Ina tergelak sendiri apabila melihat aiskrim yang dijilat oleh Suga kerana warnanya hampir sama seperti warna rambut Suga!

Suga mengetuai perjalanan tersebut. Penutup muka harus dibuka untuk menjilat aiskrim kegemaran. Ahli yang lain ketawa apabila melihat pipi serta bibir Suga kerana dihiasi dengan alat solek tanpa Suga sedari! Oh! Ia amat memalukan jika ramai lagi orang yang melihat wajah cantik berseri Suga. Malangnya, mata yang dihiasi dengan mascara, eyeliner dan celak yang berwarna-warni yang akan lebih menyerlahkan kecantikannya itu tidak terpampang kerana ditutupi dengan kaca mata hitam yang berjenama .

Seketika mereka menghilangkan bosan, mencuci mata melihat pemandangan di dalam bangunan lapangan terbang, tiba-tiba, seorang gadis terlanggar Suga. Habis berterabur buku yang dipegang oleh gadis itu. Baju gadis itu juga terhias dengan aiskrim mint Suga. Reunionnya sama seperti apa yang telah berlaku kepada Suga dan Ina!

Gadis itu segera melutut dan mengutip kesemua bukunya. "Ouh, sorry," kata Ina. Ina juga melutut bagi membantu gadis itu mengutip bukunya. Hanya Suga yang masih terpacak dan melihat apa yang sedang dibuat oleh dua orang gadis itu.

Setelah selesai mengutip semua buku yang ada, Ina memberikan hasil kutipan bukunya itu kepada gadis itu. Sebelum Ina memberikan buku itu, Ina sempat menjeling tajuk pada buku itu. Kening Ina sedikit terangkat. Majalah Kpop dan EXO?

"Terima kasih," kata gadis itu lembut. Mereka bangun dari pelututan mereka. Mata Ina tidak sengaja melihat baju gadis itu.

"Baju awak terkena aiskrim!" kata Ina dengan nada terkejut sangat. "Huh?!" gadis itu melihat bajunya. "What have you done?!" kata gadis itu sambil memandang tepat ke arah Suga yang sedang berdiri terpacak seperti tiang lampu.

Gadis yang ternampak bibir orang di hadapannya itu berwarna merah jambu cair terus menarik cermin mata serta topi orang di hadapannya itu. Huh! Tidak sopan sungguh!

Ahli yang lain terkejut menyebabkan mereka terkaku seperti patung arca dan melihat drama berlaku di hadapan mata! Haih.. apabila Bangtan Boys menjejakkan kaki di Malaysia, sudah banyak kali melihat drama di hadapan mata secara percuma! Di Malaysia ini banyak betul drama yang berlaku di hadapan mata.. contohnya seperti.. jika tulis benda ini pasti cerita Suga dan gadis itu tidak akan habis hingga ke muka surat terakhir dan terpaksa membuat dua cerpen bagi menghabiskan cerita ini. Kesimpulannya tidak perlulah cerita tentang hal itu. Mari sambung drama Suga dan gadis itu di lapangan terbang!

"Yah.. awak ingat senang ke saya pergi ke Korea hanya untuk membeli baju EXO ini?! Susah-susah saya berlaga dengan pelanggan di sana dan berperang mulut serta bertarik-tarik rambut disana semata-mata untuk membeli baju EXO ini. Awak ingat senang ke?!!" tanya gadis itu sambil menarik rambut Suga yang agak panjang itu dengan kelantangan suara maksima mengalahkan kombo highnote Jimin dan Jungkook!

Apabila terdengar 'baju EXO' Ina terus memandang baju gadis itu. Memang sah! Itu baju EXO edisi terhad. Hanya terjual di Korea sahaja! Baju itu sudah ditandatangani oleh EXO dan hanya dicetak 100 helai sahaja!

Walaupun itu baju edisi terhad dan baju itu bernilai ratusan ringgit, Ina tidak menunjukkan ekspresi muka yang terlampau terkejut kerana Ina yang mencadangkan design tersebut. Ina juga mendapat baju itu dengan dua warna yang berbeza, iaitu hitam dan putih secara percuma.

Buat apa mahu bersusah payah ke Korea, berlaga-laga, berperang mulut, bertarik-tarik rambut dengan peminat yang lain hanya untuk baju yang ditandatangani EXO. Ina boleh meminta tandatangan EXO pada bila-bila masa. Ikut suka hati, jantung, limpa dan pankreas!

"Sorry! Saya minta maaf! Mianhaeyo!" Suga merayu. Sudah tidak tahan dengan tarikah gadis yang terlampau melampau. Sesuka hati sahaja menarik rambut orang.

Gadis itu melepaskan rambut Suga. "Awak ini lelaki atau perempuan? Ataupun pondan atau tomboi? Asal suara awak seperti lelaki tulen manakala muka awak berseri seperti perempuan yang pakar dalam penjagaan muka dan pandai bersolek?!" berdas-das pertanyaan pelik diajukan oleh gadis itu.

Pertanyaan pelik itu telah membuatkan ahli Bangtan Boys yang lain ketawa terbahak-bahak. Ramai mata memerhati mereka dan buat muka pelik. Suga memegang mukanya. Suga terfikir. Mukanya memang bersih sejak azali.. jika tidak bersolek pun orang kata bahawa Suga itu bersolek.

Suga mencari cermin lut sinar dan melihat pantulan mukanya di cermin itu. Suga terkejut! Suga memegang bibirnya. Rasanya seperti baru memakai gincu! Apabila melihat jarinya itu, memang sah! Itu gincu!

Ramai yang mentertawakannya. Suga mengambil topi, kaca matanya dan penutup mukanya lalu terus berlari menuju ke tandas untuk mencuci mukanya.

Ina mengikut Suga menuju ke tandas dan berhenti di hadapan pintu tandas. Tidak mungkinlah Ina mahu masuk ke tandas lelaki pula! Ia akan menjadi gosip terhangat bulan ini!

Hampir lima minit Suga berada di dalam tandas, akhirnya Suga keluar. Ina yang nampak Suga sudah keluar daripada tandas terus berlari menuju ke Suga.

"Gwaenchanayo?" tanya Ina prihatin. Suga menjeling. Dan terus meninggalkan Ina hadapan tandas itu seorang diri. Walaupun ditinggalkan sebegitu rupa, Ina tetap mengikut jejak Suga dan mengekalkan jaraknya.

Suga yang perasan bahawa Ina mengekorinya terus bertanya. "Asal ikut saya? Pergi main jauh-jauh!" Ina berasa pelik dengan penyataan Suga. "Sebab.. tempat kita hendak pergi sama dan.. Saya kan pengurus awak! Jadi, saya mestilah menjaga semua pekerja saya!" jawapan Ina membuatkan Suga terkelu.

"Emph! Yah.. palli," kata Ina sambil merengus tanda geram. Kini, Suga pula yang mengekori Ina. Tiba-tiba, Ina berasa pelik dengan keadaan sekeliling. "Oppa.. kita di mana sekarang ini?" tanya Ina. "Manalah saya tahu. Lagipun dari tadi saya ikut awak," jawab Suga.

Ina meraba-raba poketnya. Dan melihat kiri dan kanan. "Alamak.." kata Ina. "Waeyo?" tanya Suga. "Telefon saya di dalam beg saya!" kata Ina dengan separuh menjerit. "Oppa, pinjam telefon," sambung Ina lagi. "Hendak buat apa dengan telefon saya?" tanya Suga sambil mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluarnya dengan kelajuan sloth.

"Telefon ahli yang lain lah!" kata Ina sambil tangannya laju sahaja merampas telefon itu dari tangan Suga. Sedang Ina menekan telefon Suga tiba-tiba, lampu telefon itu terpadam. "Mwo? Ige wae?!" jerit Ina. "Habis bateri," jawab Suga selamba.

"Boleh pula dia kata selamba begitu. Bagaimana mahu mencari mereka tanpa telefon?!" jeritan Ina sedikit bergema. Suasana di lapangan terbang itu sedikit sunyi kerana tidak ramai orang yang berada di disitu.

Sugadiam menikus. Takut jika Ina sudah naik marah dan akan mengamuk sepertigorilla. Baik mendiamkan diri dan tidak melawan itu cara yang paling baik.

Jgn lupe vote ya

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now