Pengambaran Tepi Pantai (part 1)

62 10 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. V mengetuk pintu bilik Ina.

Tuk tuk tuk

3 kali ketukan itu tidak berjawab. V memandang ahli Bangtan Boys. "Mengapa saya juga yang kena ketuk?" tanya V nada berbisik. Takut juga jika Ina terdengar perbualannya.

"Sebab awaklah Ina merajuk," kata Rap Monster. Semua mengangguk. V menghembus nafas. Digagahkan juga mengangkat tangannya dan bersedia mengetuk pintu bilik Ina.

Belum sempat V mengetuk pintu bilik Ina, Ina sudah membuka pintu.

"Bangtan oppa! Sudah pukul 12.36! Mari gerak sekarang!" laung Ina. Terbatu V dibuatnya.

"Eh, sudah siap? Baguslah itu, kaja!" Ina menambah lagi. Ina melihat V yang mematung. "Oh, oppa, mian, tadi Ina cakap macam itu. Ina pun tidak tahu mengapa Ina berkata sebegitu," Ina berkata sambil mengurut dagu tanda berfikir.

Kening V terangkat sebelah. Ahli Bangtan Boys tersenyum menahan tawa. "Apa senyum-senyum?" tanya Ina memerli. Semua menggeleng.

"Sudah lah itu. Mari pergi," Ina membuat kata putus. Ina membawa beg berisi kamera yang berjenama Canon dan mengangkat kaki meninggalkan bilik tersebut.

Bangtan Boys juga mengikut jejak Ina. Mereka keluar sehelai pinggang. Ina melihat ke arah Bangtan Boys itu.

"Awak tidak bawa beg?" tanya Ina. Bangtan Boys menggeleng. "Tidak bawa baju lebih?" tanya Ina lagi. Bangtan Boys membuat muka pelik. Mengapa mahu membawa baju pula?

"Wae geurae? Mengapa semua tidak menjawab? Bisu?" suara Ina semakin tinggi. Terasa geram pula apabila ditanya tidak menjawab.

Bangtan Boys tergesa-gesa masuk ke bilik mereka. Mereka mencari baju mereka dan masukkan ke dalam beg masing-masing.

Sebelum Jungkook meninggalkan bilik mereka, Jungkook mengambil sebuah kotak yang berisi alat solek didalamnya dan dimasukkan ke dalam beg silangnya.

Jungkook juga berasa pelik dengan kelakuan hyung-hyungnya. Mengapa semua senyap? Langsung tidak menjawab pertanyaan Ina. Jungkook mengambil langkah bertanya untuk menjawab semua teka-teki di dalam kepalanya.

"Hyung, kenapa senyap? Kenapa tidak menjawab semua pertanyaan Ina. Asyik angguk dan geleng sahaja."

Mata V dijegilkan kea rah Jungkook. Boleh pula budak ini bertanya sebegitu. Dia tidak ingat kah bahawa Ina baru sahaja lepas merajuk dengan mereka. Timbul rasa marah pada Jungkook. Memang maknae yang tidak matang lagi!

Jungkook melihat hyungnya menjegilkan matanya sebegitu. Kening Jungkook terangkat sebelah. Jungkook melihat Ina yang sedang memandang mereka seperti singa betina lapar.

"Awak semua kenapa?" tanya Ina. Terselit juga nada sedikit menyindir. "Saya pun tidak tahu," jawab Jungkook yang tidak tahu apa-apa itu.

Semakin memberang muka Ina apabila terlihat beg-beg yang dibawa oleh Bangtan Boys itu. "Mengapa bawa beg kecil?! Bawa semua beg awak, peralatan awak, kita akan pergi ke tempat lain. Hotel di sini terlalu mahal. Boleh habis duit saya begini."

Jungkook melihat wajah Ina yang semakin memberang. Matanya beralih pada Bangtan Boys pula. Wajah mereka serba salah. Melihat wajah hyung-hyungnya seperti mangsa kepada 'singa betina' itu, dia juga turut rasa serba salah.

Bangtan Boys segera menuju ke bilik mereka. Bimbang Ina menjadi lebih agresif kerana tidak dapat mengawal amarahnya. "Cepat sikit!" jerit Ina.

Satu persatu ahli Bangtan keluar dengan beg roda masing-masing.

"Awak tahukan kita mahumembuat pengambaran di mana?" tanya Ina. Pertanyaan Ina itu membuatkan ahli Bangtan Boys menjadi lebih saspen. Bangtan Boys menggeleng.

"Kita akan membuat pengambaran di tepi pantai!" kata Ina teruja.

Bangtan Boys memandang sesama sendiri. Membuat pengambaran di tepi pantai? Ia akan menjadi pengalaman pengambaran yang tidak akan dilupakan!

"Jeongmalyo? Buat pengambaran tepipantai? Wah! Bolehlah bermain air selepas membuat pengambaran." Jungkook jugateruja sama.UnhideW(A

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now