Yeay! Dapat Pergi Konsert Bangtan Boys! (part 2)

43 10 0
                                    



Ina memandang jam yang terulit kemas di pergelangan tangannya. Sudah pukul 12.45 tengah hari. Masih belum berlatih lagi. Bangtan Boys masih sibuk dengan peminat-peminat yang banyak kerenahnya. Hendak tanda tangan di buku sinilah, buku sanalah, buku itulah, buku inilah. Ambil gambar di sanalah, disinilah. Huh! Mengada-ngada sungguh! Meluat Ina dibuatnya.

Peminat yang datang hanyalah lebih kurang 30 orang. Tidaklah banyak mana, tetapi, Bangtan Boys sudah membazirkan masa selama dua jam semata-mata menanda tangan untuk peminatnya.

Tanda tangan itu sekejap sahaja. Yang lamanya apabila diminta bergambar. Ina perasan bahawa ada lebih 5 orang beratur semula di barisan yang sama untuk mengambil gambar lagi. Ina menetapkan hanya lima keeping gambar boleh di ambil. Suka hati sahaja langgar peraturan. Agaknya waktu sekolah dulu juga suka melanggar peraturan sekolah. Hish! Geram betul!

Jam tangan Ina menunjukkan pukul 1.15 petang. Ina sudah tidak tahan melihat aksi mengada-ngada tergedik-gedik terliuk lentuk di hadapan kumpulan tersayangnya itu. Menyampah tahap sampah! Rasa seperti hendak muntah!

Ina menarik nafas berat dan menghembusnya semula. Kakinya diangkat sasarannya ialah Rap Monster.

Ina merapatkan diri dengan Rap Monster. "Oppa tidak penat kah layan kerenah mereka semua ini?" tanya Ina dalam nada berbisik. Bimbang juga jika para peminat Bangtan Boys terdengar perbualannya dengan Rap Monster.

"Tangan saya sudah lenguh tanda tangan sebenarnya. Berapa banyak tanda tangan mereka hendakkan?" Rap Monster mengeluh. Ina mengangguk.

Ina meninggalkan Rap Monster dan beralih pada V.

"Taehyung oppa, bila awak punya barisan ini hendak habis?" tanya Ina. Nada berbisik dan sedikit menyindir.

"Saya pun tidak tahu." Hanya empat patah perkataan itu sahaja yang mampu di jawab oleh V. Ina tersenyum.

Ina pergi ke Rap Monster semula. "Oppa, kalau oppa sudah penat. Cakap sahaja pada mereka." Ina seperti menghasut Rap Monster. "Haih... bagaimana saya mahu cakap seperti itu. mereka faham kah apa yang saya cakap?" tanya Rap Monster.

"Mengapa mereka tidak faham pula? Oppa kan cakap bahasa melayu?" Ina bertanya. Pelik pula apabil Rap Monster berkata sebegitu. Dalam perjalanan hidupnya dengan Rap Monster dan Bangtan Boys, Ina faham apa yang dikatakan oleh Rap Monster.

"Oppa cakap bahasa melayu pelat Korea! Mana mereka faham. Lagipun tadi saya terpaksa menggunakan telefon saya untuk menterjemahkan kepada bahasa melayu untuk memahamkan bangsa Sarawak ini!" Rap Monster menyatakan sebabnya tatkala tangannya laju menanda tangan 5 buah buku yang masih berada di atas meja.

"Jika begitu, biar saya sahaja yang cakap." Ina menawarkan diri. Walaupun Ina tidak menyertai sesi tandatangan itu, Ina berasa sangat penat. Penat menunggu!

"Bagaimana saya mahu cakap ya?" tanya Ina sendiri. Pertanyaan Ina dapat didengari Rap Monster.

Mengikut fakta, Rap Monster merupakan ahli yang terpandai dan murid terpandai disekolahnya dahulu. Dengan kepintarannya, Rap Monster menjawab.

"Saya berkata dalam bahasa Korea, dan awak cakap sahaja ayat awak itu."

Ina mengangguk. Rap Monster berkata dalam bahasa Korea dengan Ina. Satu bilik latihan senyap. Terhenti semua frekuensi ahli Bangtan Boys dan A.R.M.Y di dalam bilik latihan itu. semuanya memandang Ina dan Rap Monster.

Ina mengangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh Rap Monster dalam bahasa ibunda orang Korea itu. Pada hakikatnya, Ina langsung tidak mengerti apa maksudnya walaupun satu perkataan. Ina memang pandai berlakon.

"Baiklah semua, jam sudah pun menunjukkan pukul 1.40 petang. Fan meeting berhenti sampai sini sahaja ya." Pandai Ina menyusun kata-kata dan senyum manis sekali.

Serentak itu, Rap Monster bangun dari kerusinya diikuti dengan ahli lain. "Ne, dul, set, Bangtan Sonyeondan ibnida! Annyeong!" Bangtan Boys berkata sambil menundukkan badannya hingga 90 darjah dan melambai pada peminatnya.

Rap Monster orang pertama menuju ke pintu untuk membuka pintu bagi peminat-peminatnya yang masih setia dengan Bangtan Boys.

Ahli lain juga mengikut jejak si ketua. Mereka membuat dua barisan dan dibiarkan kosong ditengah bagi A.R.M.Y kesayangan lalu untuk keluar dari bilik latihan itu.

Ina merakam setiap muka Bangtan Boys. Jungkook tersengih-sengih sambil mengangguk-angguk tanda hormat kepada peminatnya dan berkata "Gomawo~ Kamsahamnida~" yang bermaksud 'terima kasih'.

V pula melambai pada peminatnya sambil menunduk-nundukkan kepalanya.

Mereka juga melambai semula padaV. ada juga yng menangis kerana terpaksa meninggalkan idol kesayangan. Ina tergelak kecil apabila melihat situasi itu.    

BTS


"Fuh... akhirnya, habis juga. Mereka balik akhirnya!" Jungkook menghembus nafas berat sambil berbaring di atas lantai bilik latihan itu.

"Awak mahu berlatih sekarang kah?" tanya Ina. Tiada siapa yang menjawab. "Mengapa tiada jawapan?" tanya Ina lagi. Sengaja sahaja mahu memprovok Bangtan Boys. Ina juga tahu apa yang mereka mahu jawab.

"Tidak mengapalah, saya beri awak masa berehat 30 minit." Ina memberi kata putus.

Bangtan Boys mengangkat muka. "Yeay!" mereka bersorak gembira. Ah... seronoknya dapat berehat setelah sekian lama duduk di atas kerusi berspan itu!

Bangtan Boys berbaring di atas lantai alas karpet. Masing-masing mengeluarkan telefon kesayangan.

Ina mengambil tempat berdekatan dengan dinding yang bercermin. Ina menekan aplikasi kamera. Dirakam satu persatu muka Bangtan Boys.

Rap Monster duduk bersila sambil melayan telefon bimbit. Kadang-kadang dia tersenyum sendiri. "Apalah yang dia tengah buat itu..." ina berkata sendiri.

Suga baring bersilang kaki di lantai sambil membaca buku yang diberikan oleh peminat. "Rajinnya baca buku!" ina berkata sendiri lagi. Kelihatan seperti membaca buku bukan fiksyen sahaja. Teramatlah tekun dia membaca!

J-Hope meniarap sambil bermain telefonnya. Entah apa yang dibuatnya. Sekejap-sekejap tersenyum sendiri. Sekejap-sekejap dahi berkerut seribu. Sekejap-sekejap kening tercantum. "Mesti sedang baca buku online." Ina membuat hepotisis sendiri.

Jimin dan V baring bersama sambil berselfie bersama-sama. "Selfie sahaja kerjanya."

Mata Ina menangkap Jin pula. "Eh, Jin oppa buat apa itu?" Ina tanya sendiri. Kaki Ina laju menuju ke Jungkook yang sedang baring berpaling dari Ina.

Jaritelunjuk Jin diletakkan di bibirnya sambil memandang Ina. Ina mengangguk.Apalagi, dia juga tumpang dua kaki merakam Jungkook yang sedang tidur lena.        

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now