Pengambaran Tepi Pantai (part 3)

50 11 0
                                    

Blreuk! Suara sendawa V membuatkan mereka semua ketawa.

"Ah.. kenyangnya!" Jimin berkata sambil meregangkan badannya.

"Makanan di sini juga sedap!" J-Hope memuji keenakkan bihun sup sambil menghirup sup itu.

"Sekarang baru pukul dua. Mari masuk ke apartment sementara itu." Ina menghirup sup bihun itu buat kali yang terakhir sebelum meninggalkan meja makan itu untuk membayarnya.

"Apartment?" Jungkook menjadi tertanya. Ahli Bangtan Boys juga sudah mengangkat kaki meninggalkan meja makan itu. Jungkook yang masih terpinga-pinga dengan soalan yang masih berpusing-pusing di kepala itu terus mengikut hyung-hyungnya.

"Whoa... Yeppeoyo.." J-Hope berkata-kata sambil terangguk-angguk. Yang lain hanya mengangguk besetuju dengan penyataan J-Hope.

"Wah, cantiknya! Tidak sangka pula... di luar apartment dan luar bilik Nampak biasa sahaja. Apa bila masuk ke dalam... hiasan dekorasinya comel macam drama Korea." Ina berkata sendiri. Jin memandang Ina, seperti pernah terdengar ayat sebegitu. Tetapi.. di mana ya?

Ruang tamu Nampak indah dengan hamparan pemaidani bercorak kontemporari yang mengalas lantai marmar putih. Bingkai dinding dikekalkan dengan warna kayu manakala pintu dicat putih bagi memberi efek cerah lagi luas.

Reka bentuk perabotnya juga trendi dan unik. Terutamanya di hujung bilik yang dikhaskan sebagai sudut membaca. Ada sebuah rak buku mini berserta sebuah kerusi duduk yang selesa. Siap ada mesin mengurut kaki, amboi... seronoknya jika dapat duduk membaca dan berehat-rehat di situ! Melengkapi keindahannya, ada meja berbentuk jam dinding berwarna merah. Pendek kata, seperti di plaza perabot Harvey Norman susun aturnya!

Pada ketika Ina dan ahli Bangtan Boys sibuk melihat isi gaya rumah Korea, Jungkook orang pertama yang masuk ke dalam rumah itu dan berlari menuju sofa berwarna ungu yang kelihatan empuk. Pasti sedap tidur tengah hari di atas sofa sebegitu!

Apa lagi, yang lain juga berlari-lari ingin memijak lantai rumah cantik itu!

"Wah... luas juga bilik apartment ini! Dari luar Nampak kecil sahaja." Suga menyatakan apa yang terpendam dalam hati sejak tadi.

"Saya sewa bilik paling hujung dan menghadap pintu masuk." Beritahu Ina. Yang lain hanya mengangguk. Fahamlah mereka mengapa bilik ini luas. Hanya ada satu bilik sepanjang-panjang panjang bahagian blok itu merupakan bilik mereka.

"Mari pergi lihat bilik pula." Ina mengajak. Kepala Bangtan Boys masih terteleng-teleng melihat perabot-perabot yang tersusun cantik itu tatkala kaki mereka mengikut langkah Ina.

"Whoa... Ini bi..." belum sempat Jimin menghabiskan kata-katanya, Ina laju memotong. "Ini bilik saya."

Terus dicampak beg-begnya di bahagian tepi katil dan berbaring di atas katil. "Wah.. lembutnya!" Ina berguling-guling di atas katil seorang diri.

"Apa pandang-pandang? Pergilah lihat bilik lain. Saya mahu rehat sebentar." Ina berkata. Telefon di hidupkan dan Ina bermain dengan telefon tersebut.

Jimin terasa sedikit geram dengan Ina. Di balingnya botol mineral yang sudah kosong itu ke arah Ina. "Ahk!" Ina memegang kepalanya. Jimin terus melarikan diri.

Bangtan Boys mempercepatkan langkahnya. Takut jika amarah Ina datang semula! 450

BTS

XOXO XOXO XOXO Yeah

Salmyeosi immatchum Xneun kiss

Donggeurake aneun Oneun hug

Lagu XOXO yang dinyanyikan oleh EXO kedengaran. Ina, dengan mata yang masih tertutup menggapai telefonnya yang terletak di atas meja bersebelahana dengan katil. Ina menekan punat Answer.

ツI'm BTS Managerツ[C]Where stories live. Discover now