Aira berjalan menuju ke perhentian bas. Dia hampir putus asa untuk mencari pekerjaan. Mengapalah bandar sebesar ini terlalu susah untuk mendapatkan kerja. Tiba-tiba dia ternampak notis yang ditampal di papan kenyataan perhentian tersebut.
"Kerja kosong untuk jadi waiter la." Aira mengukirkan senyumannya. Dia lantas menyalin alamat restoran tersebut. Mengikut alamat ini,restoran itu hanya di sekitar sini sahaja.
Sampai sahaja di hadapan restoran tersebut,dia menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam restoran tersebut dan menuju ke arah kaunter bayaran.
"Ada apa-apa boleh saya bantu?" Tanya pekerja kaunter tersebut.
"Sini ada kerja kosong kan?" Tanya Aira. Pekerja itu mengangguk perlahan.
"Awak boleh menghubungi pengurus restoran ini untuk pengesahan." Kata pekerja tersebut lalu memberikan nombor telefon yang tertulis di sekeping kertas lalu diberikan kepada Aira. Aira mengambilnya lalu tersenyum mesra.
"Terima kasih." Ucap Aira lalu beredar dari restoran tersebut. Dia tersenyum sendirian. Insha Allah,ada rezekinya buatnya.
Aira mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon kawan baiknya. Semenjak mereka tamat pengajian. Aira jarang berjumpa dengan Sarah. Mana tidaknya,tuan punya asyik sibuk sahaja semenjak dua menjak ini. Keluh Aira sendirian.
"Sarah,kau kat mana tu?" Tanya Aira sebaik sahaja Sarah menjawab panggilannya.
"Kau ni Aira ,salam ntah kemana. Melulu je tanya. Aku kat tempat kerja aku la." Kata kata Sarah membuatkan Aira tergelak kecil.
"Aku jumpa di tempat biasa lunch nanti okay. Tiada alasan!" Aira memberi amaran awal membuatkan Sarah tergelak di hujung talian.
Aira mematikan panggilannya lalu berjalan menuju ke perhentian bas. Entah bila lagi dia nak buat lesen kereta. Ayahnya sudah beberapa kali ulang perkara yang sama. Bukan apa. Cuma dia tidak yakin. Aira mengeluh perlahan. Tiba-tiba seseorang melanggar bahunya dengan kuat membuatkan Aira tergamam. Lelaki tersebut memandang tajam ke arahnya.
"Lain kali jalan tu jangan macam kura-kura. Menyusahkan orang saja." Kata lelaki itu dengan angkuh lalu beredar tanpa meminta maaf. Terbuntang mata Aira melihat perbuatan lelaki tersebut. Angkuh! Aira mendengus kuat. Rupa saja elok,tetapi akhlak sifar.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomanceMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...