Chapter 12

25 4 0
                                    

Aira menarik nafas panjang. Dia memandang poster yang tertampal di dinding biliknya. Dia mengukirkan senyuman.
"Semoga aku dapat jumpa kau." katanya perlahan lalu menarik beg bagasinya keluar dari biliknya itu.
Aira turun ke bawah dan melihat ibu dan bapanya serta kawan baiknya sedang menunggunya di ruang tamu.
"Aira ingat pesan mama tau. Jaga diri kat sana. Jangan buat sesuatu tanpa berfikir ya" Aira mengangguk mendengar pesanan yang sama daripada mamanya sejak kelmarin.
"Semua pesan mama Aira dah simpan dalam kepala ni." kata Aira sambil memeluk ibunya dengan erst. Kemudian dia bersalaman dengan ayahnya.
"Aira pergi dulu ya. Doakan perjalanan Aira selamat." kata Aira lalu mengikuti langkah Sara dari belakang. Saralah yang beria-ria mahu menghantarnya ke airport walaupun dia sudah beberapa kali menolak dek kerana tidak mahu menyusahkannya.

"Take care Aira. Pergi sana jangan lupa aku tau. Kalau ada apa-apa call aku ya." kata Sara sambil mengenggam tangan Aira dengan erat. Aira tersenyum lalu memeluk Sara dengan erat.
"Aku takkan lupa kau la Sara. Lagipun aku pergi bukannya lama." kata Aira sambil mengusap bahu rakannya dengan lembut. Sara melepaskan pelukan dengan perlahan. Dia mengesat airmatanya yang gugur.
"Aku pergi dulu ya Sara. Thanks sebab temankan aku." Kata Aira lalu berlalu pergi sambil melambaikan tangan ke arah Sara. Sara membalas kembali lambaian tersebut sehingga la Aira hilang dari pandangannya.
"Semoga impian tercapai Aira." Kata Sara sendirian.

Aira tersedar dari tidurnya setelah mendengar pengumuman di dalam kapal terbang tersebut. Dia melihat dari tingkap kapal terbang tersebut. Senyumannya makin dilebarkan.
"Aku di bumi Korea." katanya perlahan.
Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di landasan. Dia mengatur langkah turun dari kapal terbang. Dia bagaikan tidak percaya apa yang dialami sekarang. Setelah itu, dia menyelesaikan urusannya di airport tersebut. Dia melihat tempat penginapan yang sudah ditempah tempoh hari. Nasib baik tempat itu tidak jauh dari airport itu. Kuranglah sikit tambang teksi. Getus hatinya.
Aira segera mendapatkan teksi di hadapan pintu masuk airport tersebut.  Dia segera menunjukkan alamat itu kepada pemandu teksi . Pemandu itu mengangguk faham lalu segera menuju ke tempat penginapan Aira.

Aira merebahkan badannya di katil. Lenguh satu badannya dek kerana perjalanan yang memakan masa berjam-jam lamanya.  Suasana di sini sungguh berbeza berbanding di Malaysia. Auranya lain macam.  Ah apa apa pun. Dalam fikirannya dia hanya mahu merehatkan badan.  Setelah itu barulah dia berfikir perkara

He's My Kwang Soo!Where stories live. Discover now