Chapter 15

18 3 0
                                    

Airil semakin hairan. Sudah beberapa hari Aira tidak masuk kerja. Sakitkah dia?  Atau Aira sengaja tidak mahu bertembung dengan dirinya dek kerana kejadian tempoh hari.  Sejujurnya,dia memang marahkan Aira tetapi tidaklah sampai ke tahap membencinya.  Dia sengaja menguji Aira sebegitu rupa.  Dia seronok melihat Aira terus memujuk dirinya. Tetapi mengapa sekarang tidak?

Airil meraup mukanya.  Mengapa di benak otaknya asyik gadis itu sahaja yang muncul.  Tiada perempuan lain dah ke? Dia masih lagi menanti kedatangan Aira.  Tetapi hampa.  Jangankan tuan punya badannya.  Bayangannya pun tidak kelihatan.
           "Hah ril.  Yang kamu datang restoran awal pagi ni dah kenapa? Buang tebiat?" Airil memandang kearah ibunya. Dia mencebik.  Ada la tu nak memerlinya.
           "Mana pekerja kesayangan mama tu? Sakit ke?" Tanya Airil tanpa menjawab pertanyaan ibunya sebentar tadi. Puan Lisa mengerutkan dahinya.  Siapa yang dimaksudkan oleh Airil? Airil melihat wajahnya ibunya yang berkerut seolah olah berusaha untuk mengingat sesuatu.  Airil mengeluh perlahan.
             "Si Aira tu la." katanya perlahan. Puan Lisa mengangguk faham setelah Airil menerangkan siapa yang dimaksudkan olehnya.
              "Dia dah berhenti kerja. " jawab Puan Lisa.  Airil membuntangkan matanya.  Berhenti kerja?  Secepat itu?
              "Kenapa dia berhenti kerja" tanya Airil tidak berpuas hati. Masakan disebabkan Airil bersikap dinginnya. Dia terus berhenti kerja.
              "Dia mahu meneruskan impiannya. Dia itu masih muda dan masih ada keinginan nak capai cita-citanya.  Kamu pula? Nak suruh uruskan restoran ni pun kena bertengang lidah dulu. " Kata Puan Lisa selamba lalu menuju ke bilik pejabatnya. 

Airil tercengang mendengar perli yang agak padu dari seorang ibu. Dia sedar setiap kali ibunya menyuruhnya untuk uruskan restoran. Pasti mereka akan bergaduh. Alasannya dia tidak berminat dengan perniagaan. Tetapi bukan itu yang menganggu fikirannya. Tetapi Aira Adriana.  Betulkah dia berhenti kerana ingin meneruskan cita-citanya?  Kejadian beberapa hari yang lalu terimbas kembali.  Itulah kali terakhir dia melihat Aira.  Pada waktu Aira mengejarnya untuk meminta maaf.  Tetapi dia ego.  Dia hanya memandang sahaja wajah polos Aira dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa pada gadis itu.  Adakah itu hari terakhir dia bekerja disini?  Airil meraup rambutnya sehingga kusut. Ya.  Sekusut fikiran dan hatinya.  Hati?  Mengapa?  Adakah dia sudah jatuh hati kepada gadis itu? Tapi dia tahu itu sudah terlambat.

Airil melangkah masuk perlahan-lahan ke pejabat ibunya.  Kata-katanya ibunya tadi benar-benar terkesan. Adakah dia seego itu?  Puan Lisa memandang Airil yang masuk lalu duduk dihadapanya.  Berkerut dahinya melihat kelakuan anaknya yang cukup aneh pada harini.  Apalah yang menganggu fikiran Airil.  Fikir Puan Lisa sendirian. Airil memandang Puan Lisa beberapa saat sebelum berkata.
                 "Mula pada hari ini.  Airil sedia untuk membantu mama jaga restoran ini." kata Airil. Puan Lisa membulatkan matanya.  Bagaikan tidak percaya apa yang Airil sampaikan kepadanya.  Apa yang merubah dirinya? Banyak sungguh persoalan.
                 "Betul ke ni,atau hangat hangat tahi ayam je?" Puan Lisa masih kurang kepercayaan kepada Airil.  Airil mencebik. Bukannya susah sangat nak jaga perniagaan sebegini.
                 "Betullah itupun kalau mama sanggup beri tunjuk ajar kepada anak kesayangan mama ni" kata Airil sambil menaikkan keningnya.  Puan Lisa lalu mengangguk perlahan tanda setuju.
                 "Tapi tak perlulah kamu mulakan hari ini.  Kita mulakan esok sahaja ya." kata Puan Lisa.  Airil tersenyum lebar.  Hakikatnya memang dia taknak mulakan pada hari ini. Thanks mom!
                "Okay kalau macam tu. Airil pergi dulu. "Kata Airil lalu bersalaman dengan ibunya. Kemudian dia berlalu pergi dari situ.  Puan Lisa tersenyum. Airil sebenarnya ialah seorang anak yang baik cuma ego yang membatasinya siapa dirinya.
                  

He's My Kwang Soo!Where stories live. Discover now