Aira mengetuk pintu pejabat itu lalu dia menguak pintu itu dengan perlahan-lahan.
"Assalamualaikum puan." Kata Aira dengan sopan. Puan Lisa memandang Aira yang sedang berdiri di hadapan pintu tersebut.
"Waalaikumusalam,jemput masuk" sambung Puan Lisa lagi. Aira menurut arahan Puan Lisa lalu dia duduk kerusi di hadapan Puan Lisa.
"Ini survey restoran yang puan minta" kata Aira lalu menyerahkan fail kepada Puan Lisa. Puan Lisa mengambilnya lalu membelek isi kandungan tersebut. Dia mengangguk sambil tersenyum.
"Terima kasih Aira." Kata Puan Lisa.
"Sama-sama puan. Saya minta diri sambung kerja dulu ya" kata Aira lalu bangkit dari tempat duduknya.
"Aira.." Aira berpaling saat Puan Lisa memanggilnya.
"Ye puan?" Tanya Aira dengan lemah lembut.
"Berapa lama lagi awak akan bekerja di sini?" Tanya Puan Lisa.
"Dalam sebulan lagi. Kenapa ya puan?" Tanya Aira yang masih berdiri di muka pintu.
"Tiada apa. Sekadar bertanya. Baiklah awak boleh pergi sambung buat kerja" kata Puan Lisa. Aira mengangguk sambil tersenyum. Dia membuka pintu lalu keluar dari pejabat tersebut. Dia menarik nafas panjang panjang lalu turun untuk menyambung kerjanya.Airil memusing-musingkan telefonnya sambil termenung jauh. Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia memandang wajah gadis itu. Setiap kali itulah dia tersenyum. Dia terkenangkan wajah manis nya sewaktu bertembung di tangga tempoh hari. Senyumannya yang manis,wajahnya yang kecil molek sangat menambat hati kecilnya. Tetapi betulkah apa yang dirasainya oleh nya sekarang? Adakah itu sebenar-benarnya perasaan? Ah aku tak pernah kenal erti cinta sebenar. Semuanya dusta. Getus hati nya.
"Amboi,jauhnya kau termenung ril. Teringatkan kekasih lama ke?" Kata Johan sambil duduk disebelahnya. Airil mencebik. Dia meneguk secawan nescafe yang baru dibancuh oleh Johan. Sedap. Tetapi tidak mahu lah dia memuji depan kawan baiknya itu. Nanti asyik mahu bangga sahaja.
"Aku termenung salah. Aku tak termenung pun salah. Apa je yang betul?" Jawab Airil. Johan ketawa mengekek mendengar jawapan Airil.
"Aku gurau je lah bro. Jom keluar,aku bosan lah . Mereput duduk dalam rumah petang petang macam ni." Kata Johan sambil membuat muka di hadapan Airil. Airil menjeling dengan pandangan yang meluat. Aduhai,kenapalah dia berkawan dengan orang macam ni.
"Yelah yelah. Daripada aku kena hadap muka kau yang macam sotong tu. Baik kau bersiap cepat." Arah Airil. Johan tersenyum lalu dia segera bangun untuk bersiap. Airil mencapai kunci keretanya lalu menuju ke luar rumah untuk memanaskan enjin keretanya.
"Dah ril,jom." Kata Johan sambil mengunci pintu rumahnya. Airil mencebik.
"Kau ni bersiap mengalahkan perempuan. Harap badan je sado dan ada rupa" bebel Airil. Johan mengeluh perlahan. Tanpa mempedulikan bebelan Airil . Dia lantas masuk ke dalam kereta. Airil hanya mengelengkan kepala sahaja melihat kerenah kawannya itu.Mereka berhenti di sebuah shopping kompleks memandangkan rakan-rakan mereka yang lain turut berada di situ. Mata Airil melilau memandang sekeliling. Terlalu padat dengan manusia. Tetiba dia terpandang wajah seseorang yang dikenalinya. Ya,itu lah pekerja baru di restoran ibunya. Dia masih tidak tahu siapa namanya ,yang penting gadis itu sudah cukup membuatkan dia tersenyum.
"Jo,kau pergi dulu. Nanti aku datang" kata Airil lalu bergegas menuju ke arah Aira. Johan hanya mengangguk akur sahaja tanpa banyak bicara.
"Hei awak yang penakut." Kata Airil. Aira berpaling dan terkejut mendapati Airil di belakangnya. Dia ikut aku kah?
"Berani betul awak panggil saya penakut." Aira mengecilkan matanya. Airil tersenyum. Tersenyum melihat gadis kecil molek itu. Ketinggiannya gadis itu hanya lah separa bahunya. Itulah yang senang untuk dibuli. Kata Airil sendirian.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomanceMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...