Sudah hampir seminggu Aira bekerja di restoran. Sejujurnya dia selesa bekerja di situ. Pekerja-pekerjanya yang ramah dan sanggup memberi tunjuk ajar kepadanya. Tambahan pula dengan Puan Lisa yang lemah lembut orangnya. Dia selalu mendapat khidmat nasihat kepadanya sepanjang bekerja di situ. Aira bangga memiliki majikan sebaik Puan Lisa yang sentiasa ada masa untuk para pekerjanya.
"Aira tolong hantarkan air ni di meja 28" arah tukang pembuat air. Aira mengangguk akur lalu menatang dulang itu dengan berhati-hati."Mum,Airil tahu la apa yang Airil buat. Tak payahlah risau pasal Airil." Suara garau itu memeranjatkan Aira membuatkan langkah Aira terhenti. Dia memandang seorang lelaki yang baru turun dari tangga tersebut. Tingkat atas merupakan pejabat untuk pengurus restoran agar senang untuk memantau pekerja-pekerja yang berada disini dan senang untuk menerima stok barangan di restoran tersebut.
"Airil,I said no!" Puan Lisa menarik tangan anaknya ke belakang supaya pertengkaran mereka tidak didengari oleh pelanggan. Aira hanya memerhati gelagat mereka dan beberapa saat kemudian dia seakan-akan tersedar daripada terus memerhati mereka. Dia terus memulakan langkahnya kembali untuk menghantar pesanan tersebut. Tetapi,belum sempat dia menghantar pesanan tersebut. Seseorang telah melanggarnya dan membuatkan air itu tumpah ke atas bajunya. Aira terkejut dengan perlakuan itu. Orang ramai menumpukan perhatian terhadap mereka berdua. Muka Aira berubah menjadi merah apabila pelanggan memandang mereka sebegitu.
"Mum,lain kali ambil jangan ambil pekerja yang letak matanya di kepala lutut." Tengking lelaki itu lalu beredar tanpa meminta maaf. Bergenang air mata Aira apabila mendengar kata-katanya. Sudahlah tidak kata maaf lagi mahu mengherdiknya. Puan Lisa segera menghampiri Aira yang terpaku di situ."Maafkan perangai anak saya tadi ya" katanya perlahan. Aira tersenyum pahit lalu mengangguk.
"Tak ada apa pun puan. Jangan risau." Kata Aira. Puan Lisa tersenyum lalu beredar ke bilik pejabatnya. Aira segera masuk kembali ke dapur untuķ menukar air yang baru.
"Aira,kau okey kan? Baju kau habis basah." Tanys Shima salah seorang pekerja di situ. Aira mengangguk sambil tersenyum.
"Aku okey jela. Aku nak tanya sikit ni. Itu anak Puan Lisa ke?" tanya Aira dengan kehairanan. Shima mengangguk perlahan.
"Itulah Airil Mukhlis. Hubungan dia dan Puan Lisa tidak pernah baik sejak Encik Latif meninggal. Ada sajalah perkara yang Airil akan buat membuatkan puan marah sangat dengan Airil." Cerita Shima dengan panjang lebar. Aira mengangguk perlahan. Keluarga yang berharta tetapi tiada langsung kebahagiaan yang muncul.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomansMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...