Zaim masih memikirkan gadis yang dijumpainya semalam. Berani sungguh dia berkata begitu terhadap dirinya. Tetapi,jika melihatnya wajahnya. Dia tidak kelihatan seperti penduduk di sini. Adakah gadis itu orang Malaysia juga? Dia akui apabila memandang wajahnya gadis itu. Sudah cukup membuatkan dia berdebar. Tubuh badannya yang kecil molek dan memiliki bentuk muka yang bulat. Warna kulitnya juga putih kemerah-merahan membuatkan sesiapa sahaja cair melihatnya.
"Amboi jauh kau termenung Im. Assignment kau dah siap ke. Ke kau nak kena cekik dengan bapak singa tu?" bebel Izham merangkap housemate dan roommate Zaim.Mereka menyewa sebuah rumah yang murah berdekatan di kolej mereka. Dalam rumah tersebut,mereka tinggal seramai 6 orang dan hanya seorang sahaja pelajar korea yang menyewa di rumah mereka. Selebihnya ialah orang Malaysia.
"Sorry sikit ye. Aku dah siapkan awal-awal dah kerja dia kasi. Aku taknak pisang berbuah dua kali. Hampir hampir kena ngap dengan dia tau. " kata Zaim lalu memusingkan kerusinya mengadap ke arah Izham. Pecah perut Izham mendengar kejujuran daripada Zaim.
"Sedar pun kau. Aku ingatkan takda kesedaran lagi." kata Izham setelah menghabiskan sisa baki ketawanya.
"Kenapa kau termenung tadi Im. Ada masalah ke?" Tanya Izham sambil meniarap di atas katil bujangnya.
"Aku jumpa seorang gadis misteri semalam." kata Zaim. Fikirannya masih terawang-awang akan wajah gadis itu.
Izham lantas menukar posisinya dengan cara duduk bersila. Tampaknya cerita Zaim menarik perhatiannya.
"Apa maksud kau gadis misteri? Pontianak dah berhijrah ke Korea pula ke?" celah Izham disusuli gelak tawanya. Zaim menjeling ke arah Izham. Loyar buruk sajalah kawannya itu.
"Semalam aku marah dekat seorang waiter ni. Aku taktahu kenapa aku marah sangat sebab jaket aku ni jaket baru kot. Tanpa aku sedar dia ikut aku daripada belakang dan marah aku. " cerita Zaim secara panjang lebar. Izham mengangguk-angguk kepalanya setelah Zaim menghabiskan ceritanya.
"Memang patut kau kena marah Im. Disebabkan perkara kecil kau boleh buat heboh kat situ. " kata Izham membuatkan Zaim terdiam seketika.
"Tapi perempuan tu nampak bukan macam orang korea. Dia cantiklah juga." Zaim mengalih topik. Izham makin tertarik untuk mendengar cerita Zaim tentang gadis itu. Zaim mengeleng-gelengkan kepalanya. Pantang sebut perempuan cantik. Cepat saja si Izham ini.
"Siapa nama perempuan tu? Kau jumpa dia kat restoran mana? Kau rasa aku ada chance tak nak jumpa dia?" Tanya Izham bertalu-talu.
Tanpa mempedulikan soalan Izham. Zaim terus bangun dari kerusi lalu menuju ke katilnya. Dia merebahkan badannya di atas katil. Matanya mula layu. Tetapi suara Izham membuatkan dia benar-benar terganggu untuk terus lena. Zaim mengiring ke kanan membelakangi Izham. Dia menekup telinganya menggunakan bantal dengan harapan dia tidak mendengar bebelan Izham. Lama kelamaan dia terus tertidur dengan nyenyak.Aira cuba melelapkan mata. Tapi masih tidak berjaya. Suasana baru membuatkan dia susah untuk tidur. Peristiwa kelmarin mula muncul di benak fikirannya. Mengapa dia terlalu berani semalam? Ah lagipun dia menegakkan apa yang benar. Apa yang hendak ditakutkan. Lelaki itu memang tiada adab. Cara lelaki itu bercakap dengannya juga agak kasar.
Tetapi, dia akui lelaki itu memiliki wajah yang sungguh tampan. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti terpikat. Mata coklatnya yang bersinar di dalam kesamaran cahaya membuatkan Aira lagi terpesona. Tetapi apa guna ada rupa jika tiada adab? Aira langsung membetulkan perspektifnya terhadap lelaki itu. Setelah dia membebel sendirian akhirnya dia terlelap dengan sendirinya.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomansMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...