Airil memandang sekeliling rumah Zaim. Rumahnya tidaklah terlalu besar tetapi rekaan di dalamnya sungguh menarik perhatiannya. Cara susunan perabot amat menarik. Kagum dia seketika apabila melihat keadaan di dalam rumah tersebut.
"Ini bilik kau." kata Zaim yang sudah berada di dalam bilik tersebut. Airil memandang keadaan bilik itu. Ringkas sahaja reka bentuknya tapi cantik dan sedap mata memandang.
"Kau boleh berehat dulu. Apa-apa panggil aku. " kata Zaim lalu berlalu pergi. Airil menutup pintu bilik lalu menghempaskan badannya di atas katil. Alangkah indahnya dapat berehat lama. Tidak sampai beberapa minit dia berbaring. Dia sudah terlena dengan nyenyaknya.Zaim melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kusut memikirkan masalah persaudaraan yang tiada kesudahan. Sampai bilakah mereka berdingin seperti ini? Bukan dia yang meminta semua ini. Dia hanya menurut sahaja apa yang Airil lakukan. Dia sudah penat mahu mengalah dan terus mengalah.
"Tadi tu siapa?" Tanya Izham sambil duduk di sebelah Zaim.
"Sepupu." Jawabnya ringkas.
"Oh, yang dalam gambar tu ye. " kata Izham sambil mengunyah mister potato dengan lahap. Zaim memandang Izham. Gambar? Masa bila si Izham tengok gambar Airil kecuali dia...
"Kau selongkar kotak aku ke Am?" Zaim memandang tajam ke arah Izham. Izham menelan air liur. Dia memandang Zaim perlahan-lahan sambil tersenyum kambing.
"A-aku bukan sengaja. Tertengok. Ala aku bukan buat apa-apa pun. " kata Izham dengan cemas. Zaim mengelengkan kepalanya.
"Lain kali jangan suka mengeledah barang orang. " kata Zaim. Izham mengangguk perlahan.
"Eh apa cita pasal perempuan kau jumpa malam tu?" Izham mengubah topik. Zaim memandang Izham kehairanan.
"Perempuan mana pulak kau ni Am?" tanya Zaim kehairanan.
"Alah kau ni ingatan cetek betul. Perempuan yang marah kau sebab kau tengking waiter tu la. " kata Izham. Zaim mengangguk tanda mengerti.
"Aku jumpa dengan dia lagi. " kata Zaim ringkas. Izham terus memandang tepat kearah Zaim. Pandangan yang sungguh menimbulkan persoalan di dalam benak fikirannya.
"Macam mana kau jumpa dia?" tanya Izham. Zaim membetulkan kedudukannya sebelum menjawab pertanyaan Izham. Pandangannya kembali tertumpu kepada rancangan di televisyen.
"Dengan cara salah faham." jawab Zaim. Izham masih buntu dengan jawapan Zaim. Zaim memandang kearah kawannya lalu tergelak kecil.
"Dia fikir aku ni Kwang Soo." Sebaik sahaja Zaim menyudahkan ayatnya. Izham lantas tergelak terbahak-bahak di atas sofa itu. Badannya tergolek ke kiri dan ke kanan dek kerana ketawa. Zaim membalingkan bantal kepada Izham. Kurang asam punya Izham! Izham berhenti gelaknya sambil memegang perutnya. Sakit perutnya kerana terlalu banyak ketawa.
"Ha ketawa la kau sampai esok. " Kata Zaim sambil mencebik. Izham menyudahkan sisa gelaknya itu.
"Aku memang dah agak dah mesti sebab tu. Bukan dia seorang je yang salah faham. Minah korea kat sini pun salah faham." kata Izham sambil ketawa.
"Apa persamaan aku dengan Kwang Soo?" Zaim memandang Izham sambil memegang erat bahu Izham. Izham meneliti wajah Zaim sambil tangannya mengosok dagunya.
"Mata kau. Sebab itu aku cakap jangan sesekali pakai topeng muka. Kau degil. " kata Izham. Zaim mencebik. Dia melepaskan bahu Izham. Pakai topeng muka pun salah. Zaim bermonolog.
"Takkan aku nak pakai topeng mata kot." Seloroh Zaim sambil menyuakan beberapa keping Mister Potato dalam mulutnya.
"Kalau kau langgar pokok. Jangan cari aku,Joon Hyuk,Azim,Bob dan Khai." Izham menyebut kesemua nama housemate mereka. Zaim ketawa apabila mendengar Izham menyebut nama mereka semua. Nasib baiklah semua nya tiada di rumah. Kalau tidak mahu mereka terus menerpa dek kerana Izham.
"Berbalik kepada cerita tadi,bila dia tahu dia telah salah orang. Dia terus blah dan aku kejar. " Zaim memberhentikan penceritaanya lalu mengunyah lagi beberapa keping mister potato.
"Pastu apa jadi?" Tanya Izham yang sudah tidak sabar mendengar cerita seterusnya.
"Aku jumpa dia dan aku terus soal siasat dia. Rupanya dia orang Malaysia. " kata Zaim sambil tersenyum kecil. Bila teringat kembali wajah Aira. Dia pasti tersenyum.
"Aku ajak la dia untuk bersiar-siar. Banyak kali dia tolak pelawaan aku. Tapi aku desak juga. Lepas itu aku hantar dia balik dan-" kata-kata Zaim terputus. Dia mengeluh perlahan. Izham kelihatan tertanya-tanya dengan ayat Zaim itu.
"Aku bagi dia no telefon aku yang aku tulis di sekeping kertas. Tapi sampai sekarang aku tak dapat apa apa maklum balas daripada dia. " Zaim menyudahkan kata-katanya dengan keluhan. Izham menepuk belakang Zaim dengan perlahan.
"Sabarlah Im. Bukan jodoh kau kot. Mungkin ianya tertulis untuk aku." kata Izham sambil ketawa terbahak-bahak. Zaim menolak badan Izham sehingga Izham tersandar di sofa. Ingatkan mahu memberi semangat rupanya mematahkan lagi semangatnya. Zaim menyiku lengan Izham yang masih hanyut dengan ketawanya.Di sudut lain pula,kelihatan figura manusia sedang memerhatikan keakraban mereka berdua. Ya Airil. Airil kelihatan panas melihat mereka berdua yang sungguh rancak berbual. Tetapi dia hanya tersenyum sinis. Dia kembali menutup pintu. Geram mula bercampur baur. Ah, dia sudah pun tiada tali persaudaraan dengan Zaim. Mengapa dia perlu marah? Itu hanyalah teman serumahnya. Airil menumbuk dinding. Jauh di sudut hatinya dia mahu berbaik seperti dahulu. Dia mahu seakrab seperti dulu. Sebolehnya dia mahu kembalikan apa yang keruh kepada yang jernih. Tetapi ego dengan dendam mematahkan semangatnya.
Zaim membuka pintu bilik Airil. Airil terperanjat untuk beberapa saat. Dia lantas menutup bukunya lalu terus bangkit dari katilnya.
"Makan malam dah siap." kata Zaim lalu terus keluar dari bilik itu. Airil. Airil melepaskan keluhan perlahan lalu keluar dari bilik itu menuju ke meja makan. Dia melihat beberapa orang teman serumah Zaim sedang menyediakan makanan.
"Marilah sekali makan." Airil memandang seorang lelaki yang agak berbadan gempal melambai ke arah nya. Airil tersenyum kecil lalu mengangguk. Dia duduk di sebelah lelaki yang mukanya ala ala korea. Ataupun dia memang orang korea? Dia melihat lauk-pauk yang disediakan. Kebanyakannya makanan orang melayu. Di manalah mereka dapat bahan bahan masakan melayu ini. Lelaki di sebelahnya menghulurkan pinggan yang berisi nasi kepadanya. Airil menyambutnya dengan sopan. Airil tidak mengenali mereka berempat kecuali lelaki yang agak dengan Zaim. Kerna hanya dia yang berada di rumah pada petang tadi.
"Kau mesti tak kenal kami berempat kan. Maklumlah kami ni kelas sampai ke petang. Bukan macam si Zaim dengan Izham ni. Free je" kata lelaki yang berada di hadapannya. Izham memandang Azim dengan muka berkerut. Ish dia ni kerja mahu menyakat sajalah.
"Aku Azim. Sebelah kau muka macam baby face tu Joon Hyuk. Dia tu bakal penyanyi terkenal suatu hari nanti. " katanya lagi.
"Hyung!" kata Joon Hyuk sambil menjeling kearahnya. Mereka hanya ketawa apabila muka Joon Hyuk mula merah padam.
"Chubby macam marshmallow ni namanya Bob dan jejaka tampan kita ni Khai. " Azim menghabiskan sesi perkenalan.
"Aku Izham. " sambung Izham pula. Airil mengangguk tanda mengerti.
"Airil. "Kata nya ringkas. Pada masa yang sama,Zaim keluar dari dapur membawa makanan yang baru dimasak untuk dihidangkan. Airil tahu Zaim memang mahir dalam memasak. Makanan yang dimasak juga memang sedap. Dia sendiri tidak dapat menafikan hal itu.
"Rancak berborak ye. Ha dah makan." kata Zaim lalu duduk di sebelah Azim. Airil memandang Zaim yang seperti menganggapnya tidak wujud disitu. Dia hanya bergelak ketawa bersama-sama kawannya. Sekali sekala sahaja dia menyampuk itu pun kawannya menanya soalan kepadanya. Airil mengentap giginya Ah,ingat aku mahu tinggal di situ. Airil bingkas bangun dari tempat duduknya dan membawa pinggan yang kotor kedapur. Setelah selesai mencuci pinggannya. Dia segera masuk ke bilik tanpa mempedulikan mereka memandang aneh kepadanya. Termasuklah Zaim.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomanceMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...