Aira merebahkan badannya di katil. Dia mengerling ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 pagi. Penat betul dia harini. Gara-gara lelaki tersebut yang membawanya berjalan hampir semua tempat. Daripada tempat yang terkenal sehinggalah tempat yang bersejarah. Aira mengapai kameranya lalu melihat kembali gambar-gambar yang diambil bersama Zaim.
Aira tergelak kecil melihat gambar yang kebanyakannya tidak jadi. Tetapi itu cukup melucukan dan cukup untuk menjadikan sebuah kenangan yang indah. Aira meletakkan kembali camera di sebelahnya. Dia teringat saat-saat dia bersama dengan Zaim. Suatu hari dengan dia sudah cukup membuatkan dia pecah perut dek kerana lawak jenakanya. Walaupun pada mulanya dia sungguh meluat dengan adab nya yang kurang sopan.
"Ini tempat terakhir pada malam ini. " kata Zaim sambil ke menuju ke arah tempat itu. Festival? Festival bunga kah ini? Sekelilingnya di penuhi dengan bunga-bunga yang dililit lampu-lampu berwarna warni. Itu sudah cukup membuatkan suasana menjadi indah dan cantik. Tambahan pula,pintu gerbangnya Di kelilingi dengan tumbuhan hijau yang menjalar. Sudah pasti ia juga dikelilingi oleh lampu berwarna warni. Aira seolah-olah terkesima melihatnya.
"Suka?" Zaim memandang ke arah gadis kecil disebelahnya. Aira mendongak memandang Zaim lalu mengangguk sambil tersenyum.
"Awak beruntung awak datang ke sini semasa festival bunga sedang berlangsung. " kata Zaim sambil berjalan di sekitar bunga-bunga tersebut.
"Cantik. " kata Aira sambil meneliti spesis bunga itu.
"Tak. Awak comel." kata Zaim perlahan tetapi itu cukup membuatkan Aira mengalihkan pandangan kearah Zaim. Zaim lantas mengalih pandangannya.
"Awak ada cakap sesuatu ke? " Tanya Aira. Zaim memandang Aira kembali sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk pertanyaan Aira.
"Aira,jom kita beli minuman. Saya haus la. " Zaim menukar topik. Aira akur. Dia mengikuti langkah Zaim menuju ke gerai minuman. Aira terkesima apabila mendengar Zaim yang fasih bercakap dalam bahasa Korea. Adakah dia sudah lama menetap disini? Sebab itu dia begitu hafal setiap tempat di sini.
"Dah berapa tahun tinggal sini?" Tanya Aira sambil menyedut air tersebut.
"Almost 2 years. " Jawab Zaim ringkas. Aira mengangguk tanda mengerti. Tak hairan dia boleh berbahasa Korea sefasih itu.
"Awak pernah jumpa Kwang Soo?" Secara tiba-tiba pertanyaan itu keluar dari mulutnya. Zaim memandang Aira. Lalu dia hanya ketawa terbahak-bahak. Merah padam muka Aira apabila Zaim mentertawakannya.
"Setakat ini tak pernah. Orang yang salah anggap saya ni Kwang Soo itu pernah." Zaim menjawab dengan selamba. Aira mencebik. Sekali lagi dia diperli. Aira meninggalkan Zaim yang memandangnya dengan pandangan mengejek. Ada sajalah yang tidak kena sepanjang mereka berdua.
"Eh awak ni lari pula. Apa saya cakap betullah. Bukan awak seorang saja. Ada je orang lain yang salah anggap ." Termengah-mengah Zaim mengejar Aira. Dia fikir ini filem Hindustan mahu main lari lari?Aira memberhentikan langkahnya. Lalu badannya berpusing mengadap Zaim. Zaim juga terhenti secara tiba-tiba. Mereka sekarang sedang berdiri di tengah-tengah festival bunga. Cahaya lampu disekeliling mereka sudah cukup untuk Zaim melihat mata Aira bundar itu. Jantung Zaim berdegup tatkala Aira memandangnya tidak berkelip. Baru hari ini dia mengenali gadis ini. Tetapi gadis ini sudah berjaya membuatkan jantungnya berdebar setiap kali gadis ini ada disebelahnya.
"How lucky she is. " Kata Aira sambil matanya tak lekang memandang Zaim. Zaim terdiam seketika. Apa yang dimaksudkan Aira? Siapa 'dia' yang bertuah itu?Aira bagaikan tersedar daripada sesuatu. Dia seolah-olah terpukau untuk beberapa minit. Dia melihat Zaim terpinga-pinga melihatnya. Adakah aku terlalu menatap matanya dengan begitu lama? Getus Aira. Aira mengetap gigi. Ya Allah apa kau buat ni Aira. He's not Kwang Soo. Stop looking at his eyes! Aira mengingatkan dirinya beberapa kali.
"Em maaf pasal tadi. Saya..tak sengaja. " kata Aira dengan suara terketar-ketar. Zaim hanya mengukirkan senyuman.
"Jom saya hantar awak balik. Awak dah penat kot. " Aira hanya akur dengan kata-kata Zaim. Malunya semakin menebal dalam dirinya.Sebaik sahaja sampai di hotel. Aira tergesa-gesa membuka pintu kereta tetapi pintunya lantas dikunci oleh Zaim. Aira memandang Zaim dengan hairan. Zaim tidak menunjukkan apa apa reaksi. Dia mengambil secebis kertas dan sebatang pen. Lalu menulis sesuatu di atasnya. Kemudian dia memberikan secebis kertas itu kepada Aira. Aira perlahan-lahan menerima kertas itu. Tertera no telefon dan nama lelaki itu. Zaim.
Aira memerhatikan sahaja kertas yang diberi oleh Zaim. No telefon Zaim dipindahkan ke dalam telefon bimbitnya. Aira meletakkan kembali telefonnya di atas meja lampu lalu dia memejamkan mata untuk merehatkan segala lelah pada hari ini. Hari yang cukup indah buatnya.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomanceMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...