Chapter 7

26 4 0
                                    

Usai sahaja menyelesaikan kerjanya di restoran tersebut. Dia bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Hari ini dia menghabiskan kerja agak kelewatan dek kerana pelanggan yang tidak putus-putus datang ke kedai itu. Dia berharap masih ada teksi pada masa itu. Kalau tidak terpaksalah dia menelefon ayahnya untuk mengambilnya. Aira perlahan-lahan menuju ke perhentian bas. Kedingingan pada malam itu menusuk ke tulang. 
Setelah dia tiba di perhentian bas,dia  tersebut Aira perasan akan kehadiran seseorang yang dikenalinya.  Mengapa dia berseorangan? Secara perlahan Aira menghampirinya.
       "Ai..Airil?" Tegur Aira perlahan. Airil menoleh dan memandang Aira dengan penuh kehairanan.
        "Siapa kau?" Tanya Airil kembali. Aira hanya mengulum senyuman. Sudah pasti Airil tidak mengenalinya walaupun Airil beberapa kali melihat wajahnya.
        "Pekerja di restoran mak awak" jawab Aira. Dia melabuhkan punggung di sebelah Airil. Airil tidak memberikan sebarang respons kepada jawapan Aira. Mereka hanya mendiamkan diri selama beberapa minit.
         "Boleh saya tanya sesuatu?" Aira memecahkan keheningan antara mereka berdua.
         "Apa dia?" Tanya Airil tanpa memandang wajah Aira.
         "Kenapa awak bergaduh dengan mak awak?" Tanya Aira perlahan. Persoalan Aira membuatkan Airil terus berpaling ke arah Aira. Matanya tepat memandang wajah Aira. Beberapa saat kemudian dia bingkas bangun lalu menuju ke keretanya. Dia meninggalkan Aira yang terpingga-pingga di situ.
Aira mengetuk kepalanya perlahan. Dia tidak sepatutnya bertanya sebegitu. Mengapa dia tak boleh berfikir tentang hal itu? Aira terus menyalahkan dirinya. Dia pasti Airil pasti amat marah akan dirinya.
Tiba-tiba sebuah kereta honda berhenti di hadapan perhentian bas tersebut. Aira tersentak. Apabila tingkap itu dibuka,dia melihat Airil sedang memandang ke arahnya. Berkerut dahi Aira. Adakah dia mahu membalas dendam akan pertanyaannya sebentar tadi? Tak. Tak mungkin.
         "Pada masa ni,teksi jarang lalu. Kalau ada yang lalu pun itu mungkin teksi berhantu. Kalau awak taknak terserempak. Mari saya hantarkan awak." Katanya dengan nada mendatar.
Sebaik sahaja mendengar kata-kata Airil. Aira segera menuju ke keretanya lalu masuk ke dalam kereta tersebut. Airil ketawa kecil melihat wajah gadis yang sudah berubah pucat. Tanpa menghiraukan wajah takut gadis itu. Airil memecut laju meninggalkan perhentian bas tersebut.
         "Tinggal di mana?" Tanya Airil apabila melihat Aira hanya mendiamkan diri.
          "Taman Mahkota,rumah no 54." Jawabnya. Airil hanya mengangguk saja.
          "Awak takut?" Kata Airil apabila melihat Aira hanya mendiamkan diri dan hanya mengenggam tangannya.
           "Jadi selama ini saya naik teksi berhantu la." Dia bersuara dengan nada yang amat takut. Airil ketawa terbahak-bahak mendengar penjelasan gadis itu. Terlalu mudah untuk percaya kata-kata orang.
          "Sekarang awak rasa awak naik dengan siapa? Adakah awak yakin saya manusia?" Airil berhenti keretanya secara tiba-tiba dan memandang tepat ke arah Aira. Dia dapat melihat tangan Aira yang terketar-ketar dek kerana takut. Matanya dipejam rapat-rapat. Airmatanya mula mengalir. Airil hanya tersenyum sinis melihat ketakutan gadis itu. Dia meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan gadis disebelahnya.
         "Dah sampai." Kata Airil. Aira membuka matanya perlahan-lahan. Dia sudah berada di depan rumahnya. Dia berpaling ke arah Airil. Airil hanya menunjukkan reaksi biasa sahaja.
          "Awak tipu saya! Awak bukannya hantu." Getus Aira dengan geram.
          "Saya suruh awak percaya ke?" Tanya Airil sambil tersenyum sinis. Aira mendengus lalu keluar dari kereta itu. Airil hanya memerhatikan Aira yang masuk ke dalam rumahnya tanpa langsung memandang ke arahnya. Dia tersenyum sendiri. Terhibur dengan gelagat seseorang yang baru dikenalinya.
       "Siapa pun kau,terima kasih buat aku tersenyum" Airil bermonolog sendirian.

He's My Kwang Soo!Where stories live. Discover now