Aira berlari-lari anak menuju kearah Zaim yang sedang menunggu di sebuah cafe. Aira mengukirkan senyuman apabila dia sampai di situ.
"Maaf saya lambat." ujar Aira sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Zaim.
"Kena denda." balas Zaim dengan selamba. Aira menarik muka. Cis. Tak guna. Aira bermonolog.
"Tak payah nak denda sangatlah. Saya jumpa kawan dari Malaysia tadi." kata Aira sambil mengambil menu daripada pelayan. Setelah membuat pesanan,dia mengukirkan senyuman sebelum pelayan itu berlalu pergi.
"Wah terserempak kawan dari Malaysia. Kecik sangat kota Seoul ni nampaknya." balas Zaim sambil ketawa kecil. Dia menghirup sedikit air Americano yang sudah menjadi kegemarannya sejak dahulu.
Aira mengecilkan matanya memandang Zaim. Baru seminggu mengenali lelaki ini. Keakraban mereka seperti sudah bertahun kenal. "Itulah namanya jodoh tak kemana." balas Aira pula dengan selamba. Mahu sahaja Zaim tersedak mendengar kata-kata Aira. Haih,dia ni mahu melawak pula ke? Zaim bermonolog sendirian.
"Hai,ada hati ke?" Zaim sekadar serkap jarang. Aira hanya mengangkat bahu sambil menyedut air Mocha yang baru sampai. Zaim memandang Aira tanpa berkelip. Siapakah jejaka yang telah berjumpa Aira. Adakah dia...? Ah tak mungkin. Tapi itu tidak mustahil untuk terjadi. Benar,dia mengenali Aira baru sahaja seminggu. Belum kenal sepenuhnya hati budi masing-masing. Wajarlah dia tidak tahu sangat soal kehidupan Aira. Tetapi adakah perasaan ini bakal terkubur kalau la apa yang difikirnya itu memang betul?
"Hey! Yang awak pandang saya semacam ni kenapa?" jerkah Aira membuatkan Zaim tersentak. Allahu,aku sedang memandang kearahnya rupanya. Tetapi fikiranku melayang kearah lain. Getusnya didalam hati.
"Oh tak. Cuma mulut awak comot sikit." ujarnya perlahan lalu menghirup airnya. Aira menjadi gelabah dek kerana termakan kata-kata Zaim. Lantas dia mengambil tisu lalu dikesat bibirnya beberapa kali. Zaim ketawa mengekek melihat Aira yang sudah tidak tentu hala. Aira memandang Zaim sambil mengetap gigi
"Oh awak memain eh? Ee memang dasar Kwang Soo la awak ni." kata Aira melepaskan geramnya. Zaim menghabiskan sisa ketawanya.
"Aira,cukuplah awak cakap muka saya ni macam Kwang Soo. Sekarang awak nak cakap saya ni suka memain macam dia juga?" kata Zaim. Aira mencebik.
"Tapi-" Zaim menyambung kata-katanya. Dan membiarkan sahaja kata-katanya tergantung. Aira berkerut melihat Zaim.
"Tapi apa?" tanya Aira kehairanan.
"But,you still liked him whoever he is and i hope that you did the same thing to me." Zaim menghabiskan kata-katanya. Aira menundukan kepalanya. Ah merah padam mukanya tatkala mendengar kata-kata Zaim. Aira bingkas bangun dari kerusi lalu meminta diri untuk beredar. Aira segera beredar keluar dari cafe itu dan meninggalkan Zaim dalam keadaan terpingga-pingga. Aku salah cakap ke? Getus Zaim. Dia menepuk nepuk kepalanya. Kenapalah dia bercakap macam tu dengan Aira. Ah malunya!"But,you still liked him whoever he is and I hope that you did the same thing to me." Aira menekup mukanya di bantal. Kata-kata itu masih terngiang di telinganya. Adakah dia mahu aku menerimanya walaupun sesiapapun dia? Aira bertanya kepada dirinya sendiri. Perasaan apa yang muncul ini? Suka? Cinta? Sayang? Atau menyampah? Eh ? Kalau menyampah pasti dia tidak akan malu seperti siang tadi. Tetiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia segera membukanya
(From Lee Kwang Soo 2.0)
Abaikan apa yang saya cakap tadi. Mungkin saya overdose coffee.Aira ketawa kecil apabila membaca mesej tersebut. Laju sahaja dia membalasnya.
(To Lee Kwang Soo 2.0)
I hope I will do the same thing to you too. Goodnight.Zaim tersenyum kecil membaca kiriman daripada Aira. I hope so.
"Amboi,member aku sorang ni tengah hangat bercinta ke? Ni minah korea mana pula kau kebas?" kata Izham sambil melabuhkan punggung di katil Zaim. Zaim mencebik.
"Hey,aku tak main lah minah korea. Aku still nak perempuan melayu terakhir okay." balas Zaim selamba. Izham mengangguk perlahan lalu mukanya memandang Zaim tak berkelip.
"Kau jangan cakap gadis yang kau cerita tu." kata Izham sambil memegang kedua-dua bahu Zaim. Zaim ketawa sambil mengangguk.
"Kau ni hebat Im,kat Korea pun kau still dapat tackle awek melayu." kata Izham sambil menepuk-nepuk bahu Zaim.
"Apa-apa jelah kau ni. Sepupu aku tu dia ada dalam bilik ke?" tanya Zaim. Sejak pagi tadi dia tidak lagi berselisih dengan Airil. Yalah,pagi dia ke kelas. Airil masih lagi terbungkang atas katil. Malam barulah dia pulang ke rumah. Itupun langsung tidak nampak dia di ruang tamu.
"Dia dah balik tengah hari tadi. Pastu lepas makan malam terus masuk bilik . Penat katanya. Sepupu kau tu kerja apa kat sini?" soal Izham pula.
"Setahu aku dia kena attend mesyuarat pasal perniagaan kat sini Halah kau tak payah masuk campurlah pasal business . Kau kena ingat kau tu budak medik. Dah macam langit dengan bumi." kata Zaim. Izham mengecilkan mata melihat Zaim.
"Amboi kau. Aku tanya satu soalan. Kau punya huraian berjela pula kan."
Balas Izham. Zaim membalas dengan ketawanya. Dia merebahkan diri ke katil.
"Sudahlah Am. Pergi pindah kat katil kau. Aku taknak jadi kunyit dengan kau tau." ujar Zaim selamba dalam membaluti badannya dengan selimut. Kata-kata Izham langsung tidak dipedulikannya termasuklah balingan bantal yang tepat mengena kepalanya. Apa-apa jelah Am. Asalkan kau jangan ganggu aku nak bermimpi dengan sang puteri. Zaim menolog sendirian dan akhirnya dia lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomansaMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...