Chapter 10

33 4 0
                                    

"Memang itu adalah satu fakta" kata Airil sambil mendekatkan mukanya ke muka Aira. Aira berundur ke belakang. Apa sajalah lelaki ini mahu. Tanpa mempedulikannya,Aira berlalu pergi.
"Awak nak ke mana budak penakut?" Kata Airil dengan bersahaja membuatkan langkah Aira terhenti. Dia berpaling semula ke arah Airil.
"Saya ada nama" kata Aira. Airil ketawa kecil sambil menghampiri gadis.
"Oh ada nama,apa nama cik adik manis ini?" Kata Airil.
"Aira." Jawab Aira ringkas. Airil menganggukan kepalanya sambil tangannya berada di dagunya.
"Airil dan Aira. Hm nama yang serasi untuk tertulis di sijil perkahwinan kita nanti." Kata Airil sambil ketawa. Aira mengetap bibir. Ah mahu berkata-kata manis pula.
"Apa yang awak nak?" Tanya Aira.
"Saya nak awak teman saya makan hari ini" jawab Airil dengan selamba. Aira membulatkan matanya.
"Manalah saya layak untuk teman anak pemilik restoran ni makan." Sindir Aira. Tetapi dia segera menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Aduh. Bagaimanalah mulutnya laser. Airil memandang Aira tidak berkelip. Aira mengigit bibirnya melihat wajah Airil yang tampak serius.
"Kalau awak tak ikhlas,tak perlu rasanya awak cakap macam tu" suara garau Airil membuatkan Aira terkejut. Airil meninggalkan Aira yang terpingga-pingga disitu. Rasa bersalahnya menebal dalam dirinya. Dia melihat air muka Airil. Dia sudah mengetahui Airil tidak suka dengan kata-katanya.

Airil menuju kearah kawan-kawannya yang sedang rancak bersembang. Dia menarik kerusi dengan kasar lalu duduk tanpa berkata apa-apa. Kawan-kawannya berhenti bersembang dan tertumpu ke arah Airil. Airil menafas panjang. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah dek kerana terlalu geram.
"Buat baik salah ,buat jahat salah. Semua salah tak faham la aku." Kata Airil. Kawan-kawannya berpandangan sesama sendiri.
"Aku balik dulu la" . Kawan kawannya semakin kehairanan melihat perangai Airil itu. Angin tiada ribut tiada. Datang saja mahu mengamuk tidak tentu fasal. Mereka sendiri tidak faham apa yang sebenarnya yang terjadi.

Aira mula mengaru kepala. Kata-katanya kelmari membuatkan Airil marah besar kepadanya. Pagi tadi dia melihat datang ke restoran itu dengan wajah masam mencuka. Langsung tidak memandang orang sekeliling dan terus menuju ke pejabat ibunya. Ah! Apa yang kau dah buat ni Aira Adriana! Getus Aira dalam hati. Dia melihat Airil turun dari pejabat tersebut. Dia bertekad untuk meminta maaf kepadanya. Tak kisahlah apa yang tak terjadi. Dia segera menghampiri Airil.
"Ai..Airil. Saya nak-" belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya. Airil segera memintas.
"Excuse me? Siapa awak nak bercakap secara tidak formal dengan saya? Dengar sini,saya ni anak pemilik restoran ni jadi call me Encik Airil. Oh satu lagi,saya tak bercakap dengan pekerja bawahan lagi lagi dia itu hanya seorang waiter."kata Airil lalu berlalu pergi. Aira tergamam mendengar kata-kata Airil. Pekerja-pekerja di situ berpandangan sesama sendiri. Aneh dengan kelakuan Airil yang tidak seperti biasa. Aira membatukan diri di situ. Terngiang-ngiang kata-katanya sebentar tadi. Manik putih akhirnya jatuh di pipinya tetapi segera dia mengesatnya. Dia tidak Airil sedang memerlinya. Dia menarik nafas panjang. Serba salahnya masih menebal di dalam dirinya. Aira mengeluh sendirian.

He's My Kwang Soo!Where stories live. Discover now