Aira melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi sahaja rumah pada ketika itu. Kadangkala Aira terasa kesunyian memandangkan dia adalah satu-satunya anak tunggal dalam keluarga tersebut. Walaupun ibu dan ayahnya memberikan sepenuh kasih sayang kepadannya. Apa yang dia minta pasti akan diberinya. Tetapi itu tidak bermakna dia akan terus bergantung harap kepada ibu bapanya. Dia sudah pun meningkat dewasa. Sudah waktunya untuk dia berdikari tanpa mengharapkan apa-apa pertolongan daripada ibu bapanya itu.
"Aira bila balik ni?" tegur Puan Maisara yang baru keluar dari dapur.
"Baru je sampai. Ayah mana?" tanya Aira selepas bersalaman dengan ibunya.
"Ayah ada kat belakang. Tengah berkebun." kata Puan Maisara. Aira mengangguk perlahan.
"Oklah ma,Aira masuk bilik dulu ya. Nak bersihkan diri." Aira meminta izin. Puan Maisara tersenyum sambil mengusap lembut rambut anaknya. Aira tersenyum lalu menaiki tangga menuju ke tingkap atas.
Usai sahaja solat asar,dia merebahkan badannya di atas katil. Dia masih memikirkan kerja kosong yang ditawarkan di restoran itu. Mengikut permerhatiannya,restoran itu agak mahal dan agak terkenal dalam kalangan orang ramai. Mungkin gajinya juga cukup lumayan. Apa salahnya jika dia mencuba. Aira bingkas bangun lalu mengambil kertas yang diberikan oleh pekerja tersebut lalu mendail nombor tersebut. Dia berdoa agar dia diterima untuk bekerja disitu. Aira menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja panggilan itu dijawab.
"Assalamualaikum,ini pengurus Restoran Seri Murni kan?" Aira memulakan bicaranya.
"Waalaikumusalam,ya saya. Ada apa-apa boleh saya bantu?" jawabnya.
"Saya mahu memohon kerja kosong yang disediakan di restoran puan. Masih ada kekosongan?" tanya Aira dengan penuh budi bahasanya.
"Yes,awak boleh jumpa dengan saya esok di restoran pada pukul 10 pagi. " kata wanita itu dengan lembut.
"Terima kasih puan." kata Aira lalu menamatkan panggilan tersebut. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Dia berbaring di atas katilnya semula. Tangannya diletakkan di atas dahinya. Matanya dipejam rapat. Dia tahu untuk menggapai mimpinya itu bukannya senang. Apatah lagi untuk menjadinya suatu realiti. Tetapi itu tidak mustahil baginya. Apa yang dia tahu dia mahu sesuatu dia impikan selama ini menjadi kenyataan. Lee Kwang Soo. Itulah nama terpahat di hatinya sejak dahulu. Mungkin sekarang dia tidak pernah tahu kewujudannya. Tetapi mungkin disana dia akan bertemu dan menjadikan cerita dongeng itu menjadi cerita yang sebenar.
"You will be mine,my prince asian." ungkapnya perlahan.
"Soon." jawab suatu suara dengan nada yang perlahan. Aira memandang ke arah pintu biliknya di mana dia mendengar suara tersebut. Dia membulatkan matanya. Bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia makin menghampiri Aira. Aira masih lagi kaku di katilnya. Apakah yang berlaku? Dari manakah dia datang?
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomanceMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...