Aira melabuhkan punggungnya di kerusi sebaik sahaja sampai di restoran tersebut. Bahunya masih terasa sakit dek kerana lelaki itu terlanggarnya sebentar tadi. Mana tidaknya,badannya akan tegap berbanding dirinya yang kecil ini. Tidak kuasa untuk melawan orang perangai sebegitu. Sudahlah angkuh,ego.
"Apa yang kau mengomel seorang diri tu. Muka kau ni dah boleh buat tempoyak tahu tak. Masam je" tegur Sarah sebaik sahaja sampai meja itu. Aira mencebik.
"Bahu aku sakit la. Tadi mamat mana entah langgar aku sesuka hati. Lepas itu boleh pula maki aku kata aku ni jalan macam kura-kura" omel Aira tak henti-henti. Sarah ketawa mendengar omelan Aira. Bukannya dia tidak simpati dengan nasib yang menimpa Aira. Cuma telatah lucu Aira membuatkan dia terhibur.
"Kau ni aku tengah cerita. Kau boleh gelak sakan. Ish benci lah aku" getus Aira lalu berpaling muka memandang ke arah lain. Sarah ketawa kecil.
"Alolo,si Aira Adriana ni merajuk la pula. Apa yang perlu aku buat untuk aku pujuk kau? Atau kena bawa Lee Kwang Soo kau tu baru nak habis merajuk?" Sarah cuba serkap jarang. Aira segera berpaling memandang Sarah. Tahu sahajalah kelemahannya.
"Amboi,sibuk pasal dia terus hilang merajuk. Aku pun nak merajuk la" ujar Sarah pula. Aira mengecilkan mata memandang Sarah.
"Kejap aku telefon Syahrul suruh datang pujuk kau." Kata Aira acuh tak acuh. Sarah mengetap bibir. Dia sudah mengagak pasti dia akan terkena . "Aku nak tanya kau sesuatu ni." Tanya Sarah. Aira memandang kearah Sarah. Wajahnya seperti mahu bertanyakan sesuatu yang terlalu serius. "Kau yakin dengan keputusan kau nak pergi ke Korea tu?" Tanya Sarah. Aira mengangguk perlahan. Sarah mengeluh perlahan. Aira tahu rakannya itu berat hati untuk menerima keputusannya. "Kalau tidak kenapa aku susah payah nak kumpul duit dari zaman universiti dulu lagi. Kau tahu kan apa yang aku nak disana." kata Aira. Dia mengenggam erat tangan Sarah. Dia dapat melihat keluhan kecil oleh Sarah. "Bila kau nak pergi?"Tanya Sarah. "Kalau aku dapat kerja kali ini. Mungkin sebulan dua nanti aku pergi lah." kata Aira sambil tersenyum lebar. Sarah ketawa kecil. Dia kenal benar dengan Aira. Jika dia bertekad hendakkan sesuatu pasti akan dicapainya. Dia cuma khuatir dengan keadaan Aira apabila berada di negara orang. Dia tiada untuk menemani Aira disana. "Kalau dah jumpa Kwang Soo. Jangan lupa beri nombor telefon kat dia okay!" kata Sarah. Aira menampar lembut tangan Sarah. "Never in the million years!" kata Aira sambil ketawa. Aira bangga kerana dia mempunyai kawan yang masih berada disisinya,yang faham dirinya dan tak pernah letih melayan kerenahnya itu.
YOU ARE READING
He's My Kwang Soo!
RomanceMengisahkan seorang gadis yang amat meminati rancangan candawara paling terkenal di Korea. Apa lagi kalau tidak Running Man. Aira sangat mengilai Lee Kwang Soo yang merupakan salah satu ahli Running Man yang cukup popular dalam kalangan remaja pada...