Chapter 17

19 3 0
                                    

          "I'm not your Kwang Soo. Don't look at me like that" Aira tersentak mendengar jerkahan daripada lelaki itu.  Dia segera mengalihkan pandangannya. Ah,mengapalah dia tidak sedar yang dia asyik memandang wajah lelaki itu. 
             "Who said you're my Kwang Soo.  Please,jangan nak perasan sangat. " bentak Aira. Zaim mengecilkan matanya memandang ke arah gadis itu. Sudahlah tidak kenal antara satu sama lain.  Tiba-tiba mahu bertengkar hal remeh.

Aira mencebik bila lelaki itu memandangnya. Dia mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.  Malas dia mahu ambil kisah. Ah.  Dia bukan Lee Kwang Soo yang sebenar.  He's not my Kwang Soo.  Never.

             "Awak ni kan kerja nak mengelak je.  Alang-alang saya dah jumpa kawan Malaysia kat sini.  Apa salahnya kita berbual lama. " Kata Zaim sambil mengekori Aira daripada belakang. Aira berpaling kembali.  Apa masalah dia ini sebenarnya?
              "Dan saya berjumpa kawan Malaysia yang tak tahu adab" perli Aira sambil menaikkan keningnya. Zaim tidak mempedulikan kata-kata Aira.  Dia mengerling ke arah jam tangannya.
            "Jom saya bawa awak bersiar-siar. " kata Zaim.  Aira membuntangkan matanya.  Kenal pun tidak. Tak mungkin dia nak turut pelawaan dia? 
              "Saya hanya nak bawa Awak kenal kota Seoul ni je. Bukan nak buat bukan-bukan. " Zaim seolah-olah dapat membaca apa yang difikirkan oleh Aira.  Aira mendiamkan diri seketika. 
               "Saya balik hotel sajalah. " kata Aira.  Zaim memandang Aira tanpa berkelip.
                "Datang sini habis beribu hanya nak duduk dalam hotel?  Are you kidding me?" Tanya Zaim dengan muka yang serius.  Aira menjongket keningnya. Punyalah dia cuba mahu mengelak daripada lelaki yang langsung tidak dikenali olehnya.
                 "Okay fine! Kita nak pergi mana?" Aira mengalah.  Zaim ketawa mengekek melihat muka gadis itu.  Dia lantas berjalan ke hadapan. Terkial-kial Aira mengikuti langkahnya daripada belakang.  Memang tiada adab betullah! Omel Aira.

Langkah Aira terhenti tatkala lelaki di hadapan berhenti.  Aira memandang sekeliling. Aneh.  Mengapa dia membawa kesini?  Aira hanya memerhati lelaki itu memandang ke arah pelbagai spesis ikan yang sedang berenang di dalam aquarium.  Ya.  Tempat ini memang besar dan cantik. Tambahan pula, dengan spesis ikan yang unik dan jarang dijumpai
Dia teringat drama korea di mana hero tersebut menjumpai gadis itu buat kali kedua di aquarium.  Adakah ini aquarium yang sama tempat mereka berlakon kalau ya sungguh beruntunglah dia!
             "Tempat ini namanya Coex Aquarium. Antara tempat  menarik untuk dikunjungi di Seoul. Lagipun ia banyak menyimpan kenangan di sini" Zaim memperlahankan suaranya pada ayat yang terakhir membuatkan Aira tidak dapat menangkap apa yang dikata olehnya.
               "Sorry,tapi awak kata apa selepas itu?" tanya Aira kehairanan. Zaim pantas mengelengkan kepalanya.

Dia memasukkan tangannya ke dalam poket baju kotnya lalu berjalan-jalan sambil memandang hidupan laut di dalam aquarium itu.
               "Siapa nama awak?" Zaim mengalihkan pandangannya kepada gadis sebelahnya. Tetapi malangnya,gadis itu tidak mendengar pertanyaan Zaim sebaliknya sibuk mengambil gambar ikan-ikan yang rancak berenang di dalam aquarium.
                "Saya tanya awak ni siapa nama?" jerkah Zaim. Suaranya ditinggikan menyebabkan Aira terkejut mendengar suara garau itu.
               "Aira" Spontan Aira menjawab dan secara tidak sengaja dia tertangkap gambar lelaki itu dek kerana terlalu terkejut.
                 "Kalau ya pun nak ambil gambar saya. Tak payah lah berpura-pura terkejut macam itu" Selamba Zaim menjawab.  Aira mengetap bibir.  Perasannya mamat ni. Getus Aira sendirian. Zaim sudah pun berjalan di hadapan sementara Aira ketinggalan di belakang.  Dia melihat kembali gambar yang tidak sengaja diambilnya.  Aira mengukirkan senyuman kecil di bibirnya. 

Are you sure he's not your Kwang Soo,Aira?

           

He's My Kwang Soo!Where stories live. Discover now