PROLOG

311 11 0
                                    

Petang tu, aku bertekad untuk jumpa dengan si mamat poyo tu. Aku ajak dia jumpa dekat tempat first time aku jumpa dia. Tak jauh pun dari rumah aku, ada lah dalam 5 km. Aku drive kereta yang bapak aku belikan dulu. Tak mewah pun, Suzuki Swift je. Nak mewah-mewah pun buat apa. Lebih kurang dalam 5 minit, aku dah sampai dekat tempat yang aku maksudkan. Aku pandang sekeliling tempat tu.

'Lambat gila mamat ni drive', desis hati kecil aku.

Tak lama kemudian, kereta Audi R8 pun parking di sebelah kereta capuk aku. Kashaf dah sampai dengan lagaknya. Drive macam jalan ni bapak dia yang punya. Ouh yelah, bapak dia kan orang ternama, apa dia kesah. Tak lama lepastu, Kashaf keluar daripada kereta miliknya. Berkaca mata hitam, berkemeja kelabu gelap dan berseluar slek hitam. Huh, kau fikir kau nak pergi meeting ke pakai macam tu. Meluat lah aku tengok.

"Okay, so apa tujuan you nak jumpa I hari ni?", Kashaf memulakan bicara.

"Benda ni, nak dikatakan penting tapi bagi I it's nothing anymore. Cuma I'm sure bagi you benda ni penting sangat. But tak kesah lah, cuma I nak selesaikan cara baik."

"Apa you cakap ni? I tak faham"

"Ya memang you tak faham dan you memang tak akan faham. I tak nak besar-besarkan hal ni. I want to make it simple. Okay, kita straight to the point je lah. All I want you to know is I nak kita berpisah. Memang I tahu you tak nak, tapi ni semua demi kebaikan I. You tahu sebab apa? Ni semua sebab you! Dengan ego you setinggi gunung tu boleh pegi cari orang lain lah. I dah tak sanggup nak teruskan hubungan kita lagi. Tak kisah lah you nak buat apa lepasni, you nak pergi mana, semua I dah tak kesah. Lepasni, I dah tak nak tengok muka you. Walau takdir macam mana sekalipun, I tetap taknak tengok muka you."

Itulah ayat terakhir aku. Selepas meluahkan kata-kata itu, aku terus berlari ke kereta kepunyaanku. Aku tak tunggu kata-kata Kashaf, aku dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia.

BellaWhere stories live. Discover now