Bab 4

145 9 0
                                    

Aku tak mengalah. Esoknya aku pergi ke pejabat sebelah Mutiara Holding iaitu Pejabat GG Holding. Aku nak cari jawatan yang sama. Aku nak juga jawatan tu. Tak kisah lah gaji berapa, asalkan aku dapat kerja tu. Sedang aku berjalan menuju ke GG Holding, tiba-tiba ada suara memanggil.

"Bella! Bella"

Aku menoleh kebelakang. Kelihatan seorang lelaki yang amat aku kenali. Tak lain tak bukan, Farish Zafri. Aku malas nak berurusan  dengan dia lagi. Aku terus berjalan ke depan. Aku pedulikan dia. Sedar tak sedar, dia mengejar aku dan menyentuh bahu aku.

"Bella, tunggu dulu"

Aku berhenti melangkah. Sempat aku melemparkan senyuman pada CEO Mutiara Holding itu. Terserlah lesung pipit Aku di kedua-dua belah pipi. Tampak cukup menawan. Farish Zafri kelihatan terpegun melihat senyuman aku.

"Ya, nak apa?"

"Semalam, penyambut tetamu saya ada bagitahu yang awak ada datang temu duga untuk jawatan kerani, betul ke?"

"Yup betul, tapi bukan kerani. Saya mintak nak jadi personal body guard."

"Body guard? Kenapa tak mintak kerani?"

"Dahlah, saya tahu, saya tak dapat kerja tu, apa yang nak dipanjangkan lagi. Tak habis-habis orang suruh saya jadi kerani. Suka hati saya lah saya nak jadi body guard ke, nak jadi driver ke, nak jadi tukang kebun ke, saya punya suka lah. Saya tak susahkan orang pun."

"Jadi sebab tu lah awak pakai macam ni?", tanya Farish melihat Bella berpakaian seperti lelaki.

"Ehhh, baik sikit eh. Saya memang pakai macam ni, apa awak ingat saya menyamar ke apa? Tak mainlah menyamar ni"

"Yelah, so betul awak nak jadi personal body guard? Saya boleh terima awak bekerja dengan saya. Awak nak tak?"

"OMG! Seriously? Mestilah nak, siapa je tak nak kalau ada orang offer kerja. So bila saya boleh start kerja. Emmmm.. Tak yah la jawab. Saya tak kira, besok juga saya nak datang kerja. Bos, rumah bos kat mana. Nanti bagi alamat, supaya senanglah saya nak datang bekerja besok."

Bertubi-tubi soalan aku bagi. Ha biar padan muka kau. Tak sangka juga Farish Zafri ni baik juga orangnya.

"Eh banyak pula soalan awak. Nanti saya bagi lah alamat saya. Lagi satu, jangan panggil saya bos, panggil saya Farish je. Saya tak kisah. Awak boleh mula bekerja esok. Waktu bekerja awak dari pukul 7 pagi sampai pukul 7 malam. Awak boleh datang rumah saya besok. Ouh ya, meh sini nombor telefon awak. Nanti apa-apa senang nak call. Ouh ya, boleh awak cerita serba sedikit pasal awak?"

"Boleh, saya ni bukan anak orang senang. Ayah saya meniaga. Mama saya suri rumah. Saya ada dua adik beradik. Saya bongsu. Tapi abang saya dah meninggal dua tahun lepas akibat kemalangan. Saya sekarang duduk bertiga je dekat rumah dengan ayah dan mama saya. Saya rasa tu je lah yang saya boleh bagitahu."

Aku tak banyak cakap dah. Takut tak pasal-pasal belum start kerja dah kena pecat sebab mulut murai pula. Aku terus bagi nombor telefon aku pada Farish Zafri iaitu majikan aku. Aku harap pekerjaan aku ni, dapat membantu sedikit sebanyak waktu aku sambung belajar nanti. Aku tak nak lah susah kan Mama dengan Ayah. Bagi aku, Mama dengan ayah bukan bank aku yang aku boleh minta duit sesuka hati. Aku tahu susahnya nak cari duit. Sekarang, aku nak belajar macam mana susahnya Mama dengan Ayah bekerja demi membesarkan aku dari kecil. Aku nak faham apa yang mereka rasa sewaktu membesarkan aku. Akhir sekali, aku harap Mama dengan Ayah bangga dengan usaha aku untuk belajar berdikari mencari rezeki yang halal.

BellaWhere stories live. Discover now