Bab 17

88 6 0
                                    

Keesokan paginya, aku tersedar mendengar bunyi jam loceng. Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi. Mata aku melirik ke arah Bella. 'Tidur pun comel', bisik hatiku sambil tersenyum.
"Sayang, bangun. Jom kita solat subuh sama-sama", aku mengejut isteriku untuk menunaikan suruh Allah.

"You pergilah mandi dulu. Nanti zi bangun", mata pejam, tapi bercakap Bella, Bella.

...

Aku memegang tangan Bella menuruni anak-anak tangga untuk menuju ke dapur. Sejak tadi lagi ibu mertuaku memanggil kami berdua untuk bersarapan pagi. Sampai saja aku di dapur, pelbagai hidangan sudah terhidang di atas meja. Aku duduk di sebelah Bella.

"Hm, bahagia nampak pengantin baru kita ni bang", Mama tiba-tiba saja bersuara.

"Heish Mama ni, mana ada pengantin baru yang tak bahagia. Hehe. Kalau Mama nak tahu, nanti Bella cerita lepas kita makan", kata Bella sambil menoleh ke arah ku. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Bella.

"Yela, kita makan dulu. Nanti Bella cerita semua ya.", kata Ayah pula.

Usai sahaja makan. Bella terus membuka bicara.

"Ma, you know what? We actually realize that we love each other.."

Mama dengan Ayah dah buat muka pelik. Mungkin terkejut. Mungkin juga oelik. Aku bermonolog.

".. Mama ingat tak Bella cerita yang Bella jatuh hati dengan bos Bella?.."

Mama hanya mengangguk.

".. Farish lah orangnya Ma. Farish lah bos Bella. Bella lah personal body guard Farish. Mama ingatkan yang Bella cerita tu?.."

Terbuntang mata mertuaku. Tak terkata apa-apa. Hanya mampu tersengih saja.

"Look, Mama dah cakap kan? Jodoh dan pertemuan di tangan Allah. 'Kun Fayakun' maka jadilah. Mama dah agak dah, Mama tak salah pilih orang. Elok juga Auntie Marina datang rumah aritu. Farish pula macam mana?", aku yang disedari diam dari tadi, terus di tanya oleh Mama.

"Farish pon sama Ma. Dia sbenarnya suka Bella jugak. Tapi masa dia message Bella tu Bella tak balas. Kecewa habis dia Ma. Kesian dia meratap pemergian orang yang disayangi HAHAHAHAHAHHAHAHAH.", belum sempat aku jawab, Bella dah jawab dulu. Malu aku dibuatnya.

Mama dan Ayah pun dah tahu kisah yang sebenar. Semuanya dah dicerita oleh Bella.

"Ha ni, bila nak pergi honeymoon nya?", Daddy pula sambung.

"Ikut Bella lah. Bila dia nak. Farish tak kisah. Farish ikutkan aja"

"Esok pon boleh. Bella nak pergi Paris. Waaaaaa. Mesti best kan. Paris kan kota cinta"

"Okay, malam ni I booking tiket pergi Paris esok. You pack je barang-barang yang nak bawak. Kita duduk sana seminggu. Boleh?"

"Seriously? Siapa je tak nak duduk Paris seminggu. Semua nak. Of course tak ada sapa yang tolak kalau dipelawa macam tu. Babai Mama. Bella nak duduk Paris dah", Bella menerima pelawaanku.

Esok hari penting bagi aku dan Bella. Hari di mana kami akan pergi ke satu tempat yang indah. Tempat idaman isteriku yang tercinta, Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz.

BellaWhere stories live. Discover now