Bab 19

86 5 0
                                    

Sudah tiga hari aku di bumi Paris, esok adalah hari terakhir aku melawat sekitar Paris. Lusa dah nak balik Malaysia. Aku dan Farish duduk di beranda bilik hotel yang aku sewa. Susana malam yang lampau berkelipan itu telah menceriakan malamku. Kadang-kadang, bila jengah ke bawah, kelihatan ramai pengunjung yang membeli-belah di stall-stall yang disediakan. Pelbagai benda yang dijual seperti makanan-makanan ringan, fastfood, buah tangan dan macam-macam lagi. Nak dijadikan cerita, perut aku ni dah berkeriuk-keriuk kelaparan. Jam dah menunjukkan pukul 12:15 malam. Farish pun dah mula mengantok

"Farish, jom teman I turun bawah boleh? I lapar lah"

"Ala you lapar sangat ke? I dah ngantoklah. Tunggu jelah pagi besok"

"Takpe, I mintak izin je. Tak ajak you pun. Kalau you izinkan, I pegi sorang. Takpe, I okay je tak kisah pun kalau pegi sorang-sorang"

"Tak boleh sayang.. Ni bukan dekat Malaysia. Malam kat sini, dengan malam kat Malaysia tu lain tau. Kat sini banyak buaya."

Aku hanya mendiamkan diri. Haih jealous sangat ke kalau aku digoda? Aku bermonolog sendiri. Aku hanya menurut perintah dan terus baring di katil. Setengah jam aku baring tanpa rasa ngantuk. Perut aku semakin berkeroncang menahan kelaparan yang amat dahsyat. Kini aku sudah menahaninya lagi.

Farish pun dah lama membuta. Aku bangun dari katil senyap-senyap. Lalu aku jalan menuju ke pintu untuk keluar. Belum sempat aku memulas tombol pintu untuk dibuka, tiba-tiba Farish bersuara.

"Nak pergi mana tu Bella Irdiana?"

"Hehehe", aku terus memalingkan muka memandang ke arahnya.

"I tanya ni, nak pergi mana dah malam-malam buta macam ni?"

"I lapar lah Farish"

"Lapar sangat ke? Sampai dah tak boleh tunggu esok pagi? Ke you memang teringin nak digoda oleh buaya-buaya tu?", Farish memerliku.

Aku hanya membatukan diri. Tanpa berkata apa-apa, aku terus kembali ke katil. Terbatal niat aku nak keluar cari makan. Disangka buruk dengan suami sendiri pula tu.

...

Keesokan harinya, kami melawat ke Eiffel Tower di mana tempat tersebut adalah destinasi terakhir kami. Seronok rasanya dapat menjejakkan kaki di tempat yang diimpikan. Banyak gambar-gambar aku bersama Farish yang diambil untuk dibuat album sebagai kenangan pada hari tua nanti. Sedang asyik aku berjalan, tiba-tiba ada suara yang memanggil.

"Bella Adriana?"

"Yup", aku menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang amat aku kenali. Kawan seperjuangan aku sewaktu di Cambridge dulu. Zafran Mukhriz.

"Do you still remember me?"

"OMG! Mestilah ingat. Gila ke tak ingat. Okay before that, kenalkan husband aku Farish Zafri. Farish, ni Zafran Mukhriz. I kenal dia waktu dekat Cambridge dulu."

Mukhriz dan Farish pun berjabat tangan sebagai tanda hormat.

"So, kau buat apa eh sekarang? Tak sangka kita boleh jumpa kat sini eh."

"Sekarang ni aku kerja dekat company ayah aku je. Malas pulak rasa nak sambung belajar. Eh kau kawin tak jemput aku kan?"

"Aku kawin pun tak kenal siapa suami aku, Mukhriz"

"Eh okay lah, get to go. Tak nak kacau orang tengah honeymoon. Bella, selfie satu kali lah"

"Jom,jom"

Lama juga lah aku borak dengam Mukhriz. Dah lama tak jumpa lah katakan. Rindu pun ada juga dengan kawan-kawan masa belajar dulu. Ketawa aku melihat gelagat Zafran Mukhriz yang seperti keanak-anakan tu.

"Seronok borak?", aku tersentak mendengar suara Farish yang agak kasar itu.

"Seronok lah jugak. Dah lama tak jumpa. Dah lost contact.", aku hanya berpura-pura tidak menahui bahawa Farish serious dengan aku.

"Siapa tu? Ex boyfriend?"

Aku hanya mendiamkan diri.

"Ha? Nak kawan balik dengan dia? Nak kawan rapat sampai kawin? Macam tu?"

"Farish Zafri! Let me explain. Dia tu kawan baik I waktu dekat Cambridge dulu. Dia je sorang kawan lelaki yang I ada waktu dekat sana. I kenal dia pun sebab dia pernah selamatkan nyawa I daripada jadi mangsa langgar lari. Mama pun kenal dia. dia baik", aku cuba menerangkan satu-persatu.

"Ouh, sampai Mama kenal? Mesti dulu Mama pernah teringin nak bermenantukan dia kan? Yela, dia kan 'baik'. Ke you tipu I? You pernah terlanjur dengan dia kan?"

"Farish Zafri! Enough! You ni dah kenapa? Semalam tak bagi I keluar sebab lelaki. Harini, borak dengan bestfriend pon salah? What is wrong with you Farish Zafri!", aku terus berlalu pergi meninggalkan Farish. Aku tak suka orang control hidup aku. Ya, aku memang jahil. Tapi aku tahu mana halal dan mana haram.

BellaWhere stories live. Discover now