Bab 6

125 10 1
                                    

Sedang aku sebok menaip di meja komputer. Aku terpandang wajah Bella yang sebuk membuat kerja yang aku suruh. 'Rajin' desis hati aku. Makin lama aku tenung wajahnya, hati aku makin senang. Aku tak pasti apa yang aku rasakan. Cantik, putih, gebu, wajah seorang perempuan yang berada di hadapan aku. Aku sambung menaip, tapi entah kenapa hati aku tak tenang. 'What's wrong with me' bisik hati aku lagi. Aku memandang wajah perempuan itu lagi. Di wajahnya, aku menemukan ketenangan. Mata aku tidak pernah bosan untuk melirik pada wajah comel itu. Aku tak nak Bella perasan yang aku memerhatikan dia. Lantas aku bangun dan keluar dari bilik aku.

"Bella, enjoy your work!", sempat lagi aku pesan pada Bella bagi mengelakkan Bella curiga.

Aku keluar dari situ dan menuju ke bilik berehat. Di situ juga tersedia katil, mini surau dan tandas. Jangan banyak tanya lah. Ni bilik private yang khas aku buat untuk aku, kalau tiba-tiba sakit ke apa. Aku menuju ke tandas untuk membasuh muka. Selepas itu, aku terus menuju ke katil untuk merehatkan badan. Lama juga aku duduk termenung kat situ. Sedar tak sedar dah pukul 4 petang. Aku berhenti dari lamunan.

Lekas aku menuju ke bilik pejabat aku kembali. Senyap je bilik ni. Bella buat apa? Aku menoleh ke arah sofa yang berada di hujung bilik itu. Tidur pula si Bella ni. Bukan main lagi. Mentang-mentang aku tak ada. Aku terus duduk di sofa berhadapan dengan tempat Bella tidur.

"Bella! Apa awak buat ni? Hari ni your first day bekerja dengan saya. Kenapa kerja awak tak memuaskan hati saya? Awak ingat, sebab saya boleh bertolak ansur dengan awak. Jadi, awak boleh ambil kesempatan pada saya? Macam tu? Sampaikan dalam bilik saya pun, awak tak teragak-agak nak tidur. Awak tak hormat saya sebagai majikan awak ke?", tidak teragak-agak aku memarahi personal body guard aku.

Bella kelihatan masih membatukan diri namun tangannya masih terus menyusun kertas-kertas itu. Mukanya merah padam, mungkin takut dengan kemarahan aku terhadapnya.

"Awak ingat ni pejabat bapak awak ke, yang awak boleh buat sesuka hati?"

Bella terus berhenti menyusun kertas itu. Mukanya diangkat agar dapat bertentang mata dengan aku. Aku hanya membuat muka selamba tanpa menunjukkan riak wajah bersalah selepas mengeluarkan kata-kata kasar pada perempuan secantik itu. Bella terus mencari topinya tetapi tidak dijumpainya. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan.

"Ciao dulu bos"

Bella bingkas bangun dan melangkah ke pintu. Di pertengahan jalan, dia berpatah balik. Bella mengeluarkan kunci kereta dari seluar jeansnya dan terus meletakkan kunci itu dia atas meja aku. Kemudian Bella terus meninggalkan pejabat itu.

Aku tidak berkata apa-apa. Bagaikan mimpi Bella pergi begitu saja. Aku tak sangka kata- kata aku telah mengheret Bella pergi begitu saja. Menyesal pula aku kerana mengeluarkan kata-kata itu tadi, namun bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aku memerhatikan kertas di atas meja. Aku pelik macam mana ada sebatang pen merah di atas meja itu sedangkan sebelum aku keluar dari bilik ni, aku menggunakannya. Bukan sahaja itu, malah Bella telah mengasingkan dua bahagia timbunan kertas. Aku pelik kenapa dia mengasingkan. Aku membelek kertas-kertas timbunan yang sikit. Bulat mata aku memandang banyak sangat yang dibulatkan dengan pen merah kerana salah ejaan.

'Patutlah Bella lambat siapkan kerja, dia baca balik semua ni rupanya' bisik hati aku.

Fikiran aku bercelaru waktu ini, aku terus baring di sofa. Sebaik sahaja aku memusingkan badan menghadap sofa yang diduduk oleh Bella tadi, aku bingkas bangun kerana nampak topi milik Bella. Aku membelek-belek topi itu dan terlihat ada perkataan di bahagian dalam. Tertulis 'Hadiah dari abang, Bella sayang abang'. Dengan rasa bersalah yang mulai menghimpit hati aku, mata aku mulai berkaca. Sebak tidak terkata. Aku nak memulangkannya tetapi tidak tahu alamat rumahnya dan tiada sesiapa dalam pejabat ni kenal dengan Bella.

Tanpa melakukan apa-apa, aku hanya mampu membawa pulang topi milik Bella ke rumah. Aku tanamkan hasrat agar satu haru nanti aku akan menemuinya.

BellaWhere stories live. Discover now