Bab 10

117 9 0
                                    

Hari ni, dah masuk sebulan Bella langsung tak balas message yang aku hantar dulu. Mungkin dia benci aku sangat-sangat. Sampai tengok muka aku pun dia tak nak. Hari ni juga, dah masuk satu bulan aku duduk rumah Mummy. Duduk rumah sendiri pun tak terurus, baik aku duduk rumah Mummy. At least Mummy boleh dengar masalah aku bila-bila masa. Aku pun boleh temankan Mummy. Mummy tak kisah aku tinggal rumah dia.

Sedang aku leka membaca surat khabar di bilik. Tiba-tiba aku teringat akan Bella. Fikiranku kembali bercelaru. Aku seperti hilang akal. Hati aku penuh rasa cinta terhadap Bella. Tak terungkap dengan kata. Tiada kata yang boleh diungkapkan bagaimana rasa cinta yang aku rasa pada Bella.'Mungkin ini yang orang panggil cinta pandang pertama', desis hatiku. Baru sehari bekerja dengan aku, dah boleh buat aku jadi gila memikirkannya.

Mummy dengan Daddy pun tak lepas-lepas bagi aku nasihat. Dalam banyak-banyak doaku, tidak lekang nama Bella. Pasti akanku sebut nama itu disetiap doa-doaku.

...

'Just so you know I miss you so much', hati aku berbicara. Sejak hari aku menerima message daripada majikanku, perasaan aku berubah menjadi sayang. Aku tak tahu kenapa, tapi apa yang aku rasa aku dah mula jatuh cinta pada Farish Zafri, CEO Mutiara Holding atau majikanku sendiri. Bila difikirkan balik, aku menyesal kerana berlalu pergi meninggalkannya. Ni semua sebab ego aku sendiri. Aku yang salah. Kalau diikutkan, apa yang Farish cakap tu betul. Aku sebagai pekerjanya, tak patut buat macam tu. Lagi-lagi dalam bilik pebajatnya sendiri. Akan tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Apa yang terjadi tempoh hari mungkin sudah membuatkan Farish melupakan aku. Message yang dia hantar tu pun, dah lama. Itu pun satu message saja. Lepas tu, dia dah tak ada hantar apa-apa pesanan. Mungkin message dia tu pun, hanya untuk meminta maaf akan kekasarannya. Tak lebih daripada itu. Ikut logik akal lah. Mana mungkin majikan jatuh cinta dengan pekerjanya sendiri. Lagi-lagi body guard macam aku. Orang-orang ternama ni, kalau cakap kawan dengan body guard pun dah terbeliak biji mata. Inikan pula jatuh cinta. Tak mungkin.

Hari demi hari yang aku lalui selepas aku pergi dari pejabat Farish, hidup aku seperti cacing kepanasan. Tak senang hati, tak senang duduk. Semua tak senang lah. Mandi tak basah. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Aku angau. Asik termenung terbayangkan wajah Farish. Aku cuba kawal diri aku sebab aku tak nak kecewa kemudian hari. Tapi apakan daya, diri aku tak terkawal. Tipulah kalau tak rindu. Disebabkan rindu lah aku jadi macam ni. Aku pelik, macam mana aku boleh jatuh cinta dengan majikan sendiri? Baru satu hari kot aku bekerja. Dulu, aku pernah cuba nak balas message yang dihantar oleh Farish. Tapi, apakan daya hati aku kuat merasakan bahawa semua ni hanyalah pura-pura. Dan sekarang, aku menyesal kerana terlalu ikut kata hati. Aku nak pergi ke pejabat Farish, tapi takut dimarahi Farish sebab melarikan diri tempoh hari.

Kelmarin, aku minum petang bersama Mama. Mama tahu tentang aku. Tentang lelaki yang aku 'ter'sayang tanpa sengaja. Cuma Mama tak tahu siapa dia dan siapa nama dia. Mama cakap, Mama nak carikan aku calon suami. Tapi aku tak nak, sebab aku dah mula rasa cinta dengan Farish Zafri. Lama-kelamaan, Mama nasihat aku. Mama cakap, mungkin kalau ada suami, aku dapat melupakan lelaki idaman aku. Aku agak takut, takut tak boleh sayang suami aku macam mana aku sayang Faris sekarang. Takut kalau aku penyebab rumah tangga aku roboh. Takut kalau aku tipu diri sendiri, akhirnya makan hati. Akhir sekali, Mama cakap jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Allah dah susun jalan hidup kita cantik-cantik. Allah tahu segala-galanya. Kita hanya perlu berserah pada yang Maha Kuasa.

Aku berfikir sejenak, betul apa yang Mama cakap. Mungkin sekarang aku sayang pada Farish, satu hari nanti sayang aku hanya pada suami aku. Lama aku fikirkan. Akhirnya, aku bersetuju dengan cadangan Mama. Aku serahkan segalanya pada Mama. Orang cakap, ibu bapa adalah orang yang tepat untuk memilih teman sehidup semati kita. Ini adalah kerana, mereka lebih berpengalaman. Mereka tahu mana baik dan mana buruk. Kita tak perlu risau akan pilihan mereka. Aku sering berdoa pada Allah, agar segalanya dapat dipermudahkan. Lagipun, aku dah tak ada minat bak sambung belajar untuk mendapatkan ijazah. Minat aku lenyap. Hilang. Entah ke mana.

BellaWhere stories live. Discover now