Bab 11

104 8 0
                                    

"Bang, jom lah kita pergi rumah Tan Sri Muaz. Dah lama saya tak borak dengan Puan Sri Norma."

"Ha yelah. Dah lama juga saya tak sembang dengan Tan Sri. Last saya jumpa pun bulan lepas."

Aku mengajak suami aku datang menjenguk rakan baikku, Puan Sri Norma. Dah lama aku tak datang bersembang sambil minum-minum petang. Dulu, selalu juga aku ke sana. Temankan Norma menjalani liku-liku hidupnya yang keseorangan di rumah. Norma ada seorang anak perempuan. Tapi sampai sekarang aku tak pernah jumpa lagi sebab anak dia sebuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma. Beberapa bulan yang lepas, anak dia dah balik, tapi aku pula yang tidak berkesempatan melawat ke rumah Norma. Suami Norma, Tan Sri Muaz pula sibuk dengan perniagaannya yang kian maju. Seminggu sekali, Tan Sri akan keluar negara untuk memajukan lagi perniagaannya.

Setibanya aku di rumah Norma, Aku menekan loceng rumahnya. Pembantu rumahnya menyambut kami dengan wajah yang ceria sekali. Ikhlas senyumannya. "Puan Sri ada?", lantas aku bertanya. "Ada datin. Tan Sri pun ada. Ada dekat ruang tamu tu". Tanpa berkata apa-apa, aku terus meluru ke ruang tamu.

"Hey, buat apa tu", aku menegur pasangan suami isteri yang asyik menonton televisyen.

"Eh, Datin Marina. Kenapa tak bagitahu nak datang? Boleh saya siapkan apa-apa. Eh? Dato' Zaim pun ada. Marilah sini duduk.", Norma menjemput kami duduk sekali.

"Ni datang tak bagitahu ni, ada hajat ke ni? Hahahahahah", Tan Sri Muaz bertanya lalu ketawa berdekah-dekah.

"Tak ada lah. Saja datang nak tanya khabar. Dah lama kami tak datang sini. Mana anak perempuan awak tu? Dari dulu lagi kami nak berkenalan tapi tak kesampaian.", suamiku mencelah.

"Ada, ada. Sekejap ya saya panggil. Bella! Bella! Meh sini turun bawah, kawan Mama nak jumpa Bella ni"

"Ya Ma.. Nanti Bella turun"

"Nanti dia turun lah tu. Dia tu pemalu sikit. Ikut ayah dia lah"

"HAHAHAHAHAHAHHAHAHA", semuanya hanya ketawa.

"Ya Ma, siapa nak jumpa Bella?", Bella yang baru turun bersuara.

"Ni, Datin Marina kawan baik Mama yang Mama selalu cerita tu. Dia lah yang selalu datang sini teman Mama. Dia dah lama nak jumpa Bella, tapi tulah kalau Bella ada dia busy. Kalau dia tak busy, Bella pulak yang busy"

Bella datang berjabat tangan dengan kami. Manis orangnya. Putih. Cantik. Gebu. Aku sendiri terpegun dengan Bella. Sesuai lah ni buat menantu. Walaupun kelakuan Bella kasar, tapi aku yakin jauh disudut hatinya pasti ada taman yang indah lagi ceria. Selepas Bella berjabat tangan dengan kami, Bella diarahkan agar membuat sedikit minum petang untuk kami oleh mamanya. Bella tak melawan. Dia hanya menurut perintah Mamanya. Bagus anak dara macam ni. Tak banyak alasan. Bellas pun berlalu pergi ke dapur.

"Rajin si Bella tu. Cantik pulak tu. Sesuai lah tu buat menantu saya. Susah sekarang ni nak cari perempuan macam tu. Budak-budak sekarang ni bukannya macam kita-kita dulu.", saja aku sebut pasal menantu, mana tahu diterima.

"Tak ada lah, biasa-biasa je Bella tu. Dia tu pun baru je berhenti kerja. Kena marah dengan majikannya. Terus melenting, dah tak nak kerja dah. Tapi tulah, nak dijadikan cerita, dia ni sebenarnya dah jatuh hati dia majikan sendiri. Katanya menyesal sebab lari tempoh hari", panjang Norma bercerita.

"Ouh ye ke.... Bella tu baik orangnya. Saya pun berkenan kalau dia jadi menantu saya. Si Farish tu pun lebih kurang macam tu lah. Haritu pekerja dia berhenti. Dia tak ada pulak halang budak tu berhenti. Tapi bila budak tu dah berhenti, rindu pula. Haih tak tahulah dengan budak-budak zaman sekarang. Mahu tapi malu. Kadang-kadang bukan malu, ego je tinggi"

"Tulah, saya pun ingat nak carikan Bella calon suami. Bukan apa, kalau dia asyik tunggu majikannya, makin lama makin teruk pula jadinya. Majikannya tu pun bukannya tahu Bella ni suka dia. Maklumlah cinta pandang pertama lepastu terus lari. Mana taknya. Siapa nama anak Marina?"

"Namanya Farish Zafri. Umurnya 30 tahun dan dah ada sebuah syarikat setakat ni."

"Ouh, macam tu......."

"Aish seronok borak eh. Borak apa tu? Macam seronok je. Nak join boleh?", tiba-tiba saja Bella muncul dengan membawa dulang yang berisikan satu jag air dan cawan-cawan.

"Eh, ni cerita orang tua. Bella mana boleh tahu. Bella pegilah main dengan Comot kucing Bella tu", Tan Sri Muaz mengarahkan agar Bella tidak mendengar perbualan mereka.

Bella memuncungkan mulutnya tanda protes. Akan tetapi, Bella tetap menurut perintah ayahnya. Kami semua teruskan perbualan tentang hajat untuk menjodohkan Farish dengan Bella.

BellaWhere stories live. Discover now