Bab 24

107 6 5
                                    

Masa berlalu begitu pantas. Hari ni adalah hari pernikahan aku dengan Adam Khalif. Dalam beberapa jam sahaja lagi, aku akan bergelar isteri kepada Adam Khalif Bin Fakhrul Iskandar. Pernikahan kami akan dijalankan di Masjid Negara sebentar lagi. Aku tak tahu kenapa. Perasaan aku terasa bahagia sangat bila aku nak bersuamikan Adam Khalif. Mungkin kerana sikap baiknya melayan Qistiana tempoh hari. Sedang aku bersiap-siap, Mama memanggil ku.

"Bella dah siap? Pengantin lelaki dah sampai dah tu."

"Sekejap ye, Ma. Sikit lagi Bella dah siap"

Aku mempercepatkan persiapan. Sebelum aku melangkah pergi, sempat aku mencium wajah Qistiana yang sedang tidur. Senyum wajahnya pada hari yang penting baginya. Hari di mana dia akan menerima seorang ayah. Aku melangkah pergi ke tengah-tengah masjid. Dah ramai orang berkumpul di situ. Pengantin lelaki kelihatan begitu kusyuk berbual-bual dengan juru nikah itu. Entah apa yang di bualkan entah. Setibanya di situ, pengantin lelaki langsung tidak menoleh kebelakang. Aku melihat ke sekeliling masjid itu. 'Eh Mummy dengan Daddy pun ada', aku pelik mengapa bekas mertuaku ada sekali. Ouh mungkin Mama yang jemput mereka hadir ke majlis ini. Mama duduk disebelahku. Manakala ayah pergi ke sebelah pengantin lelaki. Muka ayah seperti terkejut melihat pengantin lelaki itu. 'Mungkin muka dia cuak kot', bisik hatiku. Pengantin lelaki dah bersedia. Juru nikah pun dah bersedia. Kini, tiba masanya aku akan dinikahkan. Aku hanya menundukkan muka. Malu lah kononnya.

Juru nikah pun mula bersuara.

"Farish Zafri Bin Dato' Zaim Hanafi"

"Ya, saya"

Aku terkejut lalu mendongakkan muka. Air mataku mengalir. Mama pun terkejut. Sedara-mara ku yang masih tidak mengetahui bahawa itu adalah bekas suamiku, sudah pun berbisik sesama sendiri. Ya, Allah apa yang berlaku ni. Dugaan apa lagi yang kau akan timpakan ke atas ku Ya Allah. Pedih rasa di hati masih tidak hilang lagi.

"Aku nikahkan akan dikau dengan Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz berwalikan bapanya sendiri dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya, Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah"

Hari ini, hari yang aku nanti-nantikan untuk menjadi isteri kepada Adam Khalif telah musnah. Kini, aku digelar isteri kepada Farish Zafri iaitu bekas suamiku tempoh hari. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar difikiranku. Apa yang terjadi? Bagaimana semua ni boleh terjadi? Allahuakhbar.

Aku hanya mengaminkan doa yang dibaca oleh imam itu. Usai doa dibacakan, handphone aku berdering memberi isyarat message whatsapp. Lantas aku membukanya. Tertera nama Adam Khalif.

"Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz. Saya mintak maaf banyak-banyak tentang apa yang telah berlaku. Saya buat semua ni demi kebaikan awak, Farish dan Qistiana. Farish berhak menjaga dan menjadi ayah yang sempurna buat Qistiana. Jujur saya cakap, saya memang cintakan awak. Saya mula jatuh cinta dengan awak saat pertama kali kita bertemu. Di mana saya mengiqamatkan anak hasil perkahwinan awak dan Farish. Tapi, kita tak boleh mengatakan tidak pada qada' dan qadar Allah. Sepanjang lafaz akad dilafazkan tadi, saya ada dekat pintu masjid. Memerhatikan awak dinikahkan bersama Farish Zafri. Awak tak menghalang pernikahan itu berlangsung walaupun awak dengar nama Farish di panggil. Itu bermakna awak masih menyayangi Farish seperti pertama kali awak berjumpa dengannya. Alhamdulillah, kini awak sudah bergelar isteri semula. Tapi disaat awak membaca message ini, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya mintak maaf kerana perkenalan kita sampai di sini saja. Assalamualaikum."

Aku terpana. Tidak tahu apa yang nak dilakukan pada saat ini. Apa maksud Adam 'sudah tiada di dunia ini'? Aku menoleh ke arah pintu masjid. Aku terkejut melihat sebujur tubuh yang terbaring di hadapan pintu masjid. Bingkas aku bangun mendapatkan tubuh itu. Aku berlari ke arah tubuh itu sambil menjerit 'Adammmmmmm......'. Suasana di masjid itu kian tidak teratur. Semua orang menjadi bingung saat itu.

Aku berlari ke arah Adam lalu melutut ke arah tubuh itu. Aku menggoyangkan tanggannya. 'Adam! Bangun! Adammmm'. Air mataku mengalir deras. Sepatah perkataan pun tidak lagi mampu aku ucapkan. Aku hanya mampu menangis semahunya. Kini, insan yang aku sudah mula sayang awalaupun sekecil zarah sudah menghadap ilahi.

Tidak lama kemudian, Farish Zafri berlari mendapatkanku. Aku dipeluknya erat. "Sayang, sabar ya sayang". Insan yang dulunya pernah melukakan hatiku, kini menjadi suamiku semula. Tidak tahu apa yang aku mahu lakukan. Sejujurnya, aku masih menyanyangi Farish Zafri walaupun aku sedang belajar mencintai Adam Khalif.

Sedang aku menangis, aku teringatkan kata-kata Adam tempoh hari. 'majlis pernikahan Adam dan Bella mesti dijalankan di masjid. Supaya apa-apa yang terjadi senang'. Kini aku sudah faham apa maksud tersiratnya. Dia berkata begitu agar jenazahnya selamat dikebumikan. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku sudah penuhi permintaan Adam. Aku akur.

BellaWhere stories live. Discover now