Bab 9

111 6 0
                                    

Sampai satu hari ni, aku terfikir untuk membuat solat istikharah. Tujuan aku tak lain tak bukan untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT tentang apa yang aku lalui sekarang. Aku bermohon pada yang Maha Esa agar memberi aku petunjuk supaya aku tidak gelisah lagi. Lama aku sujud meminta pertolongan dari Allah. Sebagai hamba Allah yang lemah ini, aku mengalirkan air mata penyesalan akan perbuatan aku selama ini. Aku bukannya orang baik. Mungkin orang nampak luaran aku baik kerana Allah jaga aib aku. Kalau Allah buka aib aku, senua nampak siapa Farish Zafri yang sebenar. Air mata aku mengalir deras betul-betul kesal dengan perbuatan aku.

"Farish Zafri", kedengaran nama aku dipanggil.

Aku macam kenal suara ni. Ya, aku kenal sangat suara ni. Aku menoleh kebelakang. Kelihatan sesusuk tubuh berdiri tepat di muka pintu bilik aku. Mata aku kabur, mungkin sebab terlalu banyak menangis. Aku menggosok mata aku agar kelihatan jelas. Aku terus memandang wajah seorang perempuan itu. Ya, aku kenal. Perempuan yang aku tercari-cari selama ini. Perempuan yang aku meratap akan pemergiannya. Perempuan yang membuatkan hati aku gelisah akan kehilangannya dari pandangan aku. Perempuan yang meninggalkan topi kegemarannya di pejabat aku. Ya, aku pasti ini dia. Bella. Tak lain tak bukan, ini memang Bella.

Aku bingkas bangun untuk mendapatkannya. Aku membetulkan songkok yang berada dia atas kepala aku sebelum menuju ke arahnya. Aku hairan, semakin aku mendekati, semakin Bella mengundur. Aku melajukan langkah untuk mendekati Bella. Kali ni, aku betul-betul menyesal kerana Bella melarikan dirinya. Aku mengejar Bella sampai keluar rumah. Tapi aku dah terlambat. Bayangan Bella pun sudah tidak kelihatan. Aku menyesal sebab tak lebih pantas. Aku kembali ke bilik tidurku. Melihat bilik aku yang tidak terurus, aku hanya menggelengkan kepala. Sedang aku berjalan menuju ke katil, tiba-tiba aku terjatuh akibat terlanggar kaki meja.

"Auchh", aku tersedar. Aku masih terbaring di atas sejadah. 'Haih, mimpi rupanya' keluh hati aku. Adakah mimpi tadi petunjuk buat ku? Entah lah, aku pun tak pasti. Aku bangun dan melipat sejadah yang aku gunakan tadi lalu menyangkutnya di dalam almari. Aku kembali ke katil dan menghenyakkan punggung aku dia atas katilku yang empuk. Aku berfikir sejenak 'Apakah maksud mimpi aku tadi? Adakah Bella penyebab aku rasa gelisah selama ini? Apa yang patut aku buat? Patut ke aku cari Bella? Tapi di mana?'. Berbagai-bagai persoalan yang terungkai. Sedang aku asyik berfikir, sekali lagi mata aku tertumpu pada topi kepunyaan Bella. Tak lain tak bukan. Ya, aku jumpa ketenangan di situ. 'Bella lah orangya. Orang yang bakal menjadi makmumku', bisik hati kecil aku.

Aku simpankan topi milik Bella ke dalam tempat yang paling selamat. Tempat yang tiada orang bakal temuinya selain daripada aku. Aku masukkan topi itu di dalam peti besi di dalam alamari. Aku pasti tiada siapa boleh mengambilnya daripada aku. Aku kembali ke katilku untuk menyambung tidur. Sebelum terlena, aku tanamkan hasrat untuk berusaha mencari Bella. Tak kira apa jua halangan sekalipun, aku pasti akan mencari Bella. 'Jangan dikenanng orang yang dah pergi, Farish', desis hatiku. Lagu Someone Like You bergema di kotak mindaku.

Never mind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead.

Keesokannya, aku mencari Nad iaitu kerani di pejabat aku. Nad ni kawan Bella, mungkin dia tahu serba sedikit tentang tempat tinggal Bella. Aku memanggil Nad masuk ke bilik pejabat aku.

"Nad, awak tahu tak dekat mana Bella tinggal?"

"Kenapa bos? Ada hal penting ke yang bos kena jumpa dia?"

"Eish, banyak tanya pulak. Awak tahu ke tidak?"

"Hehe, tak tahu bos. Saya cuma ada nombor handphone dia je bos"

"Dia guna nombor baru ke? Kalau dia guna nombor baru, bagi saya nombor tu"

"Yup, dia guna nombor baru. Nanti saya send kat whatsapp bos eh"

"Okay, thank you. Awak boleh keluar sambung kerja awak"

Nad berlalu pergi. 'Kring' bunyi whatsapp masuk. Aku mendapat nombor telefon Bella yang diberi oleh Nad sebentar tadi. Aku terus save contact Bella.

Dear Bella,

I like cat. Cat are cute. Just so are you.

Aku menekan butang send dan terus menutup handphoneku. Berharap agar Bella membalas message yang aku hantar sebentar tadi.

BellaWhere stories live. Discover now