Bab 20

102 5 0
                                    

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, tanpa disedari usia perkahwinan aku dan Farish sudah masuk bulan keenam. Dalam tempoh itulah aku terus-terusan memendam rasa dengan sifat cemburu Farish Zafri yang begitu kronik hingga menyebabkan aku hidup dalam kongkongan yang menyeksakan hati dan perasaan.

...

Satu hari ni, aku ingin berjumpa dengan sepupu aku yang baru balik dari Jordan. Dia baru balik daripada menuntut di sana. Pada mulanya, aku nak bagitahu Farish perkara sebenar. Tapi aku yakin kalau aku bagitahu dia, mesti dia tak bagi aku jumpa dengan Aniq. Jadi, aku menbuat keputusan untuk bagitahu Farish bahawa aku berjumpa dengan Nad, kawan kerja aku dulu.

Sedang asyik aku bersembang dengan Aniq. Handphone aku berdering memberi isyarat whatsapp masuk. Aku buka notification dan tertera nama Farish. Lantas aku buka.

Jantung aku seperti mahu rebah. Air mataku mengalir. Aku terkedu melihat message yang dihantar oleh Farish. Message tersebut terdiri daripada sekeping gambar bersama nota. Gambar tersebut adalah gambar aku bersama Aniq ketika itu.

"Tadi kau cakap kau nak jumpa Nad kan?! Nasib baik aku ni tak bodoh lagi. Aku ikut kau dari belakang. Dan aku nampak kau jumpa lelaki ni. Perempuan jenis apa kau ni? Aku setia dengan kau, tapi macam ni kau balas? Aku jaga kau elok-elok sebab aku tak nak hilang kau macam dulu. Tapi? Sampai hati kau Bella. Mulai hari ni, aku dah tak nak tengok muka kau lagi! Dasar perempuan murahan!" -Farish Zafri-

Tanpa berkata apa-apa, aku terus pergi meninggalkan Aniq. Aku memandu terus menuju pulang ke rumah aku dan Farish. Tujuan aku adalah untuk menerangkan segalanya.

Setibanya aku di rumah, aku menekan loceng. Tak lama kemudian pintu terbuka. Farish yang membuka pintu tersebut.

"Farish, let me explain"

"Enough! Kau boleh berambus daripada sini! Aku dah tak nak tengok muka kau kat sini! Mulai saat ini, aku ceraikan engkau talak satu!", Farish mencampakkan beg-beg pakaian aku yang sudah tersedia dikemaskan oleh Farish. 'Bam' pintu rumahnya dihempas.

Setitis demi setitis air mata aku akhirnya tumpah jua di pipi. Aku melorot perlahan-lahan pada tangga yang berada di pintu rumah Farish. Aku jatuh rebah ke bumi. Aku bersimpuh dengan air mata yang membuak-buak keluar. Aku memandang ke arah pintu yang dihempas tadi.

Ya Allah, inikah dugaan yang harus aku hadapi? Beginikah dugaan yang harus aku hadapi? Lupakah Farish pada janji yang Farish pernah ucapkan dulu yang Farish akan menjaga Bella bagaikan menjaga nyawa sendiri tapi kenapa hari ni Farish buang Bella dari hidup Farish? Kenapa? Mana janji Farish tu? Mana? Kata-kata yang hanya dijeritkan di dalam hati.

Aku mengelap air mataku. Pekebun dan pembantu rumah Farish memerhatikanku. Kini, baru aku sedar yang aku menjadi perhatian mereka.

Lantas aku bangun mendapatkan kereta Swift aku. Aku membuka radio.

"Buat pendengar-pendengar di luar sana yang mungkin pernah terluka, saya percaya lagu ini pasti banyak meninggalkan kenangan buat anda, terimalah 'Aku Cuma Punya Hati dari Mytha' buat pendengar SinarFM"

Lagu Mytha berkumandang di dalam kereta itu. Tersentuh hati aku saat mendengarnya.

Aku cuma punya hati,
Tapi kamu mungkin tak pakai hati,
Kamu berbohong aku pun percaya,
Kamu lukai ku tak peduli,
Cuba kau fikir dimana ada cinta seperti ini,
Kau tinggalkan aku, ku tetap di sini,
Kau dengan yang lain ku tetap setia,
Tak usah tanya kenapa,
Aku cuma punya hati.

Air mata yang mengalir pantas diseka. Aku melepaskan nafas perlahan-lahan. Tiba-tiba terasa seperti ada cecair yang mengalir di punggungku. Lantas aku merasa dengan tangan. Aku terkejut apabila ada kesan darah pada tanganku. Mungkin sebab hentakan yang kuat sewaktu jatuh di tangga rumah Farish tadi. Laju aku memandu pergi ke klinik.

...

"Puan, syukur alhamdulillah. Bayi yang puan kandungkan selamat.", aku terkejut. Bayi? Sejak bila aku mengandung?

"Saya mengandung ke doktor?"

"Ya, puan mengandung 3 minggu"

Syukur alhamdulillah. Kini aku telah pun mengandungkan zuriat pertama. Aku amat-amat berterima kasih pada Allah kerana menyelamatkan bayi yang aku kandungkan. Dalam suka, ada duka. Tiba-tiba aku teringatkan nasib bayi ini. Bagaimana nasib seorang bayi yang lahir tanpa seorang bapa. Allahuakhbar, sungguh besar dugaan yang engkau berikan.

BellaWhere stories live. Discover now