Bab 16

102 8 1
                                    

Acara bersanding pun telah selesai petang tadi. Kini, aku sudah bergelar isteri kepada Farish Zafri Bin Dato' Zain Hanafi. Lawa nama tu. Macam orang dia. Sungguh aku tak sangka majikan memperisterikan bekas body guard nya. Inilah suratan takdir. Yang memberi jalan kepada aku untuk mengenali Farish Zafri dengan lebih terperinci. Tipulah kalau cakap aku tak terkejut masa dengar akad lafaz tadi. Dengar je nama Farish Zafri, mata aku dah terbuntang. Dan terus tersenyum. Mungkin dia belum kenal siapa aku. Sebab tu aku hanya menundukkan muka. Mimpi yang menjengah setiap malamku menjadi kenyataan.

Aku berdiri di beranda bilik tidurku. Menghirup udara malam. Sambil flashback apa yang berlaku tadi. Aku termenung dan tersenyum bersendirian. Bermula malam ini, aku tidur berdua bukan berseorangan. Sedang aku seronok senyum keseorangan, terasa seperti ada seseorang merangkul tubuhku dari belakang. Aku agak terkejut dengan perlakuan Farish Zafri.

"Awak terima saya sebagai sebahagian dari hidup awak, sayang?", soal Farish lembut.

Aku hanya mendiamkan diri. Pelbagai benda berlegar-legar di ruang fikiranku. Aku beristighfar. Sebelum kahwin, syaitan akan menghasut bercinta sampai terlanjur. Selepas kahwin, syaitan akan menghasut agar membenci pasangan hidup sampai tak selera nak menyentuh. Perkahwinan adalah ibadah. Syaitan tak suka cucu-cucu Adam melakukan ibadah.

"Please accept me as your husband, Bella", ada getar pada suara Farish. Aku berpaling memandang suamiku. Seorang lelaki yang mempunyai hak ke atas diriku kini. Mata aku bertembung. Sinar mata Farish yang kelihatan sayu menghiris perasaanku. Ngilu. Bersalah.

"Awak adalah pilihan Allah untuk saya.." tutur aku ikhlas. Apabila akad sudah termeterai, misteri jodoh sudah terungkai. Kenapa mahu menolaknya? Memang aku benci Farish dulu, tapi lama-kelamaan timbul rasa kasih sepanjang masa kami tidak bertemu.

Farish tersenyum mendengar kata-kataku yang mungkin membuatkan dia bahagia. Farish masih tidak melepaskan tubuhku yang dirangkul sebentar tadi. Mataku dan mata Farish bertemu. Kami saling memerhati mata satu sama lain. Indah. Aku jumpa kasih sayang yang ikhlas dari mata Farish.

"Sayang, you know what? Masa Mummy I suruh I kahwin dengan you, mula-mula I tak nak. Sebab I dah jatuh cinta dengan Bella si body guard I dulu. I marah Mummy sebab pergi pinang you tanpa bagitahu I. Tapi I terpaksa juga kahwin dengan Bella yang Daddy bagitahu tu sebab memang dah tak boleh nak putar masa nak batalkan. Semuanya dah disusun atur.", tiba-tiba je Farish buka cerita dia.

"Ouh yeke? Seriously you jatuh cinta dengan body guard you? I tak sangka you boleh jatuh hati dekat body guard sendiri"

"Yelah, okay look at my eyes. I mula jatuh hati dekat you masa you tidur dalam pejabat I. You ingat lagi tak? Masa I nampak you tidur tu, Ya Allah indahnya ciptaan tuhan. You look so cute Sayang. And you know what? Masa you pergi dari pejabat I tu, hari demi hari yang I lalui, I rasa kosong gila. And masa tu jugak I buat istikharah. You know what happened after that? I found you in my dreams. Dalam mimpi I tu kan, you datang kat bilik I. Lepastu I kejar you but you lari"

"Mama I cakap, kalau mimpi seseorang, maksudnya seseorang tu pun rindukan kita"

"What do you mean?"

"Kalau you nak tahu, masa you mimpi I tu, I rindu you. Kita ni tak de lah beza sangat. Memang masa I pergi dari office you tu, I benci gila-gila dekat you. But hari-hari lepastu, I tak tahu lah kenapa dengan I. Hari-hari I teringatkan you. Sampai one day ni I dah tak tahan, so I cerita dekat Mama. Mama cakap I dah start jatuh cinta dengan you. But Mama tak tahu dengan siapa I bekerja. Keesokannya, Mama slowtalk dengan I. Mama cakap Mama nak carikan I calon suami. Mula-mula I tak nak, tapi bila Mama nasihat, I mula buka hati I untuk terima seseorang yang baru. Mama cakap mungkin I boleh move on. Siapa tahu kan? So i setuju je"

"Dahsyat kan kisah hidup kita ni sayang? Cantik Allah susun cerita kita. Masa Mummy suruh I kawin tu pun, Mummy ada pesan. 'Bercinta selepas kahwin lebih afdal'. Sekarang I percaya apa yang Mummy cakap"

Kami saling berpelukan. Mendongak ke langit. Melihat bintang-bintang di langit yang dicipta oleh Allah. Indahnya ciptaan-Nya. Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Tidak mampu aku balas jasamu Ya Allah.

BellaWhere stories live. Discover now