Bab 15

91 8 0
                                    

Hari pernikahan aku dengan Bella yang aku tak kenali tu sudah semakin hampir. Perasaan nervous tu semakin membuak-buak di hati. Bukan nervous apa, takut aku tak boleh jadi suami yang baik untuk Bella. Namun, aku percaya bahawa takdir Allah itu indah. Walau apa pun yang terjadi, Allah dah susun jalan cerita hidup aku cantik-cantik. Walaupun aku tidak mengenali dan tidak mencintai Bella, tapi satu hari nanti aku yakin aku akan belajar mencintainya sebagau seorang isteri. Betul orang cakap, 'bercinta selepas kahwin, bukan sebelum kahwin'.

Hari ni adalah tanggal 31 Oktober 2015. Di mana hari yang aku nanti-nantikan untuk tengok siapa Bella yang akan menjadi isteri aku. Hari ni adalah hari pernikahan aku. Memang Mummy plan lepas nikah, terus bersanding. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Lagi dua jam, aku dah nak jadi suami orang. Persiapan dan kelengkapan semuanya sudah sedia. Dari awal lagi Mummy dah carikan designer untuk buat baju pengantin dan hiasan pelamin. Suasana di Grand Millenium Kuala lumpur Hotel begitu meriah sekali. Perasaan nervous dengan aku, tak dapat dipisahkan.

Kini, tibalah masa aku nak dinikahkan. Semua sudah sedia. Juru nikah sudah berada di hadapanku. Pengantin perempuan je belum turun dari biliknya. Bakal bapa mertuaku duduk di sebelah kananku mankaal Daddy duduk di sebelah kiriku. Kedua-dua mereka tersenyum kepadaku untuk menenangkanku. Kedengaran suara-suara di belakang berbisik 'cantiknya Bella', 'untung Farish dapat isteri macam ni', aku hanya mendiamkan diri tanpa menoleh kebelakang. Pengantin perempuan pun dah turun. Lalu juru nikah bersuara.

"Semua dah sedia?"

"Dah", jawab para hadirin dengan serentak.

Juru nikah menghulurkan tangannya tanda sudah bersedia. Tanpa melengahkan masa, aku menyambut tangannya dengan senyuman.

"Farish Zafri Bin Dato' Zaim Hanafi,"

"Ya, saya"

"Aku nikahkan akan dikau dengan Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz berwalikan bapanya sendiri dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya, Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz kerana Allah Ta'ala", eh apa aku cakap ni?

"Eh, salah salah. Maaf", muka aku dah merah tahan malu. Gila tak malu, lafaz akad aku buat macam niat nak solat.

"Semula ya", Imam bersuara.

"Farish Zafri Bin Dato' Zaim Hanafi,"

"Ya, saya"

"Aku nikahkan akan dikau dengan Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz berwalikan bapanys sendiri dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya, Bella Irdiana Binti Tan Sri Muaz Mahfuz dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai", kedengaran suara aku terketar-ketar menahan malu.

"Sah?"

"Sah"

Alhamdulillah, aku dengan Bella selamat diijabkabulkan dalam dua lafaz. Kini tibanya masa untuk aku bertentang mata dengan Bella untuk acara menyarung cincin. Mummy datang ke arahku sambil membawa sebentuk cincin dalam kotak emas berbentuk hati. Cincin ni pun, Mummy yang uruskan dengan Bella. Aku tak tahu menahu tentang ini semua. Mummy memberikan aku sebentuk cincin tadi dah membawa aku ke arah Bella. Pada mulanya, kami berdua hanya menundukkan muka mungkin kerana belum sedia untuk tengok siapa pasangan kami yang sebenarnya.

Pada saat ini, aku sudah berada betul-betul di hadapan Bella. Bella masih menunduk. "Bella Irdiana", panggilku. Bella terus mendongakkan mukanya. Pada ketika itu, aku mengalirkan air mata. Muka ini, wajah ini, aku sangat kenali. Wajah inilah yang aku selalu meratapi pemergiannya. Muka inilah yang aku sentiasa teringat-ingat dari hari pertama dia pergi sampailah hari ini. Dan muka inilah yang aku masih terbayang saat melafazkan akan nikah. Ya, Bella Irdina lah bekas body guard aku yang lari kerana dimarahi oleh aku. Aku terpana. Bella memakai gown putih yang agak simple. Tapi cantik. Sungguh aku tak pernah tengok Bella berpakaian macam ni.

"Rish, tunggu apa lagi? Sarungkan Cincin tu pada hari Bella", suara Mummy menghentikan lamunanku. Aku tersenyum. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui sekalian alam.

Aku terus menyarungkan cincin emas itu pada jari manis Bella. Lalu aku mengucup dahinya yang putih tanpa sebarang kecacatan. Aku berjabat tangan dengan ibu dan ayah mertuaku usai acara menyarungkan cincin.

Sampai sekarang aku tak menyangka Bella yang aku gila-gilakan dulu dah jadi milik aku. Betul orang cakap, 'sesungguhnya, jodoh dan ajal maut di tangan tuhan'. Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doaku selama ini sebagai seorang hambamu yang lemah.

BellaWhere stories live. Discover now