Bab 22

93 6 0
                                    

Perkenalan aku dengan Adam Khalif semakin rapat. Kami sentiasa berhubung di laman sosial. Maklumlah, sekarang ni zaman gadget je. Aku semakin rapat dengan Adam Khalif kerana kebaikannya. Hampir 6 bulan aku mengenali Adam Khalif. Sepanjang perkenalan kami, Adam selalu mengajakku keluar bersama. Aku ikutkan saja. Duduk rumah pun tiada apa yang nak dibuat. Tidak lupa juga aku membawa Qistiana bersama. Buah hati, pengarang jantung hatiku di saat luka dan duka. 'Mama sayang Qistiana', bisik hati kecilku.

Mama dengan Ayah pun semakin rapat dengan Adam Khalif. Sejak hari pertemuan mereka di hospital tempoh hati, Mama semakin rapat dengan Adam. Mama dah anggap Adam tu macam anak dia. Mungkin dia rindukan abang yang telah lama pergi menghadap Ilahi. Kadang-kadang, Mama menjemput Adam datang ke rumah untuk minum petang. Tak sembang apa pun. Sembang kosong je.

Sampai satu hari ni, sedang aku termenung seorang diri, mama datang mendekati aku seperti ingin bertanyakan sesuatu.

"Buat apa tu Bella?"

"Tak de buat apa, Ma. Saja duduk luar ni amik udara segar sikit. Terperap je dalam aircond tak elok jugak"

"Bella, Mama nak tanya boleh?"

"Boleh Ma. Mama tanya je apa yang Mama nak tanya. Bella tak kisah"

"Bella tak kesian ke dengan Qistiana?"

"Kenapa pulak Ma?"

"Kesian Qistiana, dah 6 bulan lebih membesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah"

"Siapa je tak kesian dekat anak, Ma. Tapi nak buat macam mana. Sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa takdir hidup Qistiana macam ni"

"Takdir boleh di ubah, sayang"

"Maksud Mama?"

"Bella tak suka ke dengan Adam? Mama tengok dia tu baik orangnya. Sopan pun sopan. Mama dengan ayah pun suka dengan dia."

"Bella bukan tak suka dia, Ma. Tapi Bella tak tahu dia suka Bella ke tidak. Bella tak nak lah syok sendiri. Bella takut, peristiwa hitam yang berlaku dulu berulang."

"Bella masih sayangkan Farish lagi ke?"

Aku tersentak mendengar soalan Mama yang ni. Aku tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri. Aku tidak mampu menjawab soalan ni. Sejujurnya, aku masih menyayangi Farish Zafri, bekas suamiku itu. Namun, aku percaya qada' dan qadar Allah. Allah bagi sesuatu dugaan itu ada sebab. Di sebalik dugaan itu, pasti ada hikmahnya tersendiri. Ada kalanya kita kita suka dan ada kalanya kita duka. Apa yang penting kita redha dengan segala takdir Allah.

"Suka hati Bella lah. Mama cuma cakap je. Bella berhak nak menentukan hidup Bella. Cuma Mama nak pesan, Qistiana berhak mendapat kasih sayang daripad seorang insan yang bergelar ayah."

"Baiklah Ma. Nanti kalau Bella dah sedia, Bella bagitahu Mama."

Mama berlalu pergi selepas melepaskan hajatnya. Aku kembali ke bilik. Masuk sahaja pintu bilik, aku terpandang wajah Qistiana yang sedang asyik tidur di atas katilnya. Sayu hati aku melihat seorang bayi yang tidak mempunyai ayah. Bila difirkan balik, betul apa yang Mama cakap tu. Qistiana sedang membesar dan memerlukan kasih sayang daripada seorang insan yang bergelar ayah.

BellaWhere stories live. Discover now