Bab 5

153 9 1
                                    

Tepat pukul 8 pagi, aku telah pun berada di hadapan pintu pagar rumah banglo milik majikanku. Aku tekan loceng sekali, dua kali, tiga kali dan masuk kali keempat pintu pagar terbuka secara automatik, seorang lelaki dal lingkungan umur 50-an berdiri di pintu pagar.

"Assalamualikum pakcik, saya Bella personal body guard baru Encik Farish"

Berkerut dahi Pak cik tu mungkin terkejut bila dengar aku body guard Farish. Pak cik tu tak cakap apa-apa, dia cuma mengangguk tanda Farish ada di rumah. Aku terus masuk ke halaman rumah majikanku. Aku memerhatikan setiap kereta yang Farish ada. Kagum. Lamborghini, Ferrari, BMW, Mercedes, semua ada. Tak rugi aku jadi body guard dia sebab tugas aku sebagai body guard pon kena drive juga. Aku terlalu leka memandang kereta-kereta kepunyaan Farish Zafri sampai tak perasan Farish telah pun berada di muka pintu sambil melihat gelagat aku.

"Hemm, buat apa tu?"

"Eh, Farish. Saja tengok kereta awak. Banyak sangat. Awak tak keliru ke nak guna kereta mana?"

"Buat apa nak keliru, apa saya rasa nak, saya bawak je lah. Okay hari ni saya nak naik kereta Mercedes. Pergi masuk dalam, minta kunci pada Kak Yah, pembantu rumah saya."

"Baiklah. Tunggu sekejap saya pergi ambil"

Aku lekas masuk ke rumah Farish untuk mengambil kunci pada Kak Yah. Tak lama kemudian, aku keluar dari rumah dan terus menuju ke kereta Mercedes kepunyaan Farish untuk menghidupkan enjinnya. Aku mula memandu menuju ke pejabat Farish dengan berhati-hati. Yela, bawa anak orang kena lah hati-hati sikit. Semasa kereta berhenti di lampu isyarat, aku mengerling ke arah Farish yang leka membaca syrat khabar Berita Harian.

"Farish, boleh bukak radio tak?"

Farish Zafri hanya mengangguk namun mukanya yang tertutup oleh surat khabar itu terlindung dari pandangan aku.

"Farish, boleh ke?", aku bertanya lagi.

"Awak tak nampak ke saya mengangguk tadi? Lagi satu, saya tak suka orang ganggu saya masa saya baca surat khabar", keras nada Farish Zafri.

Merah padam muka aku kena marah dengan Farish. Yalah dia bos, aku ni kuli dia je. Aku ni pon satu, mulut tak reti nak diam. Ada je nak cakap. Aku tak fikir apa, terus aku fokus memandu. Tiba di pejabat Farish, aku berhenti di tempat VVIP. Ni pejabat dia, suka hati dia lah nak turun kat mana kan. Aku keluar dari kereta dan membuka pintu di sebelah Farish. Farish masih leka membaca surat khabar. Aku nak tegur tapi takut kena marah pula. Kalau tak tegur, nanti dia cakap aku tak bertanggungjawab pula. Aku beranikan diri juga untuk bersuara.

"Farish, dah sampai ni. Tak nak keluar ke? Atau ada temu janji dekat tempat lain"

Farish kelihatan tersentak, mungkin terkejut. Dia lekas melipat surat khabar dan meletakkannya di seat sebelah. Farish mengambil begnya dan membetul-betulkan neck tie nya. Dia keluar daripada kereta dan terus memesan agar mengambilnya tepat jam 4 petang. Takut aku lambat lah tu.Farish terus berlalu menuju ke pintu pejabatnya. Langkah Farish terhenti. Farish mematahkan langkahnya dan menuju ke arah aku semula. Nampaknya macam nak pesan sesuatu.

"Bella, awak ikut saya naik atas. Ada kerja sikit yang saya nak awak tolong. Hari ni saya busy sikit. Banyak yang perlu diselesaikan. Jadi saya nak mintak tolong awak selesaikan satu tugas.", arah Farish.

"Boleh tu boleh Farish. Gaji lebih sikit boleh? Hehe", saja je nak tengok bos aku ni kedekut ke tak.

"Apa-apa jelah. Dah jom ikut saya"

Aku menurut perintah Farish dan mengikutinya menuju ke bilik pejabatnya. Aku masuk dan aku terpegun alangkah besarnya bilih seorang CEO. Maklumlah, hari tu aku datang nak cari gaduh tak sempat aku perhati bilik dia.

"Bella, nampak tak kertas-kertas yang ada kat tepi pintu tu? Amik tu, susun ikut nombor giliran. Jangan salah susun pulak. Penting tu"

Tanpa bersuara, aku terus mengambil kertas-kertas tu dan menuju ke sofa yang terletak di hujung bilik CEO itu. Bukan apa, nanti kalau nak tanya apa-apa dengan Farish, terus je tanya. Tak payah susah-susah nak berjalan. Aku susun dengan tekun, takut tersilap nanti kena marah.

BellaWhere stories live. Discover now