Kim Seok Jin's Life
Seorang namja yang berwajah tampan sedang bersiap siap untuk pergi bekerja.
Dia mengemaskan katilnya yang berselerak dengan kemas. Bantal bantal disusun dan selimut dilipat di hujung katil.
Dia yang hanya bertuala dan kain tuala kecil di dililit dikepalanya membuka wardrobe untuk memilih pakaiannya.
Dia mencapai tshirt yang berwarna pink lalu mengenakan pada badannya dan seluar jeans berwarna hitam.
Namja itu mencapai sikat dan mula menyisir rambutnya di hadapan cermin.
Dia tersenyum..
Dia mengambil cap putihnya serta kasut yang berwarna hitam lalu turun ke dapur.
Tidak lupa buku stickn notenya dan sebatang pen hitam yang menemani hidup hidupnya.
Dalam berkomunikasi dengan dunia luar.
Dia mencapai 2 biji telur di dalam peti sejuk. Memecahkan kedalam frying pan yang sudah panas dan menggoreng telur tersebut.
Dia mencapai frying pan lain didalam kabinet dapurnya dan membuka api lalu mencurahkan adunan pancake yang awal awal lagi dibancuhnya ke dalam frying pan yang sudah panas.
10 minit berlalu. Namja tersebut menghidangkan hidangan yang ringkas itu diatas meja.
Dia mula menjamah makanannya ditemani dengan alunan lagu daripada radio di dapurnya.
Selesai makan dan membasuh peralatan dapur yang digunakan dia keluar dari rumah untuk pergi bekerja.
Namja itu menghidupkan keretanya dan memandunya keluar daripada kawasan perumahan itu. Dia membawa cermat keretanya.
Keretanya kemudian berhenti pada lampu isyarat. Dia melihat sekilas terdapat kereta mewah di sampingnya yang dipandu oleh yeoja.
Namun dia tidak dapat melihat dengan jelas.
Lampu isyarat bertukar hijau. Dia menekan gear keretanya dan bergerak ke tempat kerja.
Dia sampai di tempat kerjanya .
Semasa dia ingin masuk me dalam cafe terdapat seorang ahjumma yang sedang membawa banyak barang.
Namja itu bow kearah ahjumma tersebut dan menolong ahjumma tersebut dengan membawa sebahagian barang milik ahjumma.
Sampai di kereta ahjumma itu, Ahjumma mengucapkan terima kasih dan mengusap kepala namja itu . Namja itu tersenyum manis dan meminta diri.
Dia masuk kedalam cafe menuju ke bilik persalinan.
Rakan rakan yang menegurnya di balas dengan senyuman.
Apron hitam miliknya dengan logo Wings Paradise Cafe dicapai dan disangkut ke lehernya. Tali diikat kemas.
Cap diletakkan kemas diatas kepala.
Siap sedia melakukan kerjanya.
Dia menuju ke dapur cafe. Mula mengambil bekas tepung, telur, mentega serta beberapa lagi bahan diatas meja.
Namja itu kemudian mula membuat kek menggunakan bahan yang diambilnya.
Sejam kemudian, ( author skip sebab tak pandai nak desc Jin buat kek😅) kek siap dibuat oleh namja itu.
Dia menghiasnya dengan sedikit hirisan strawberry dan juga cheese yang dipanaskan sehingga cair.
Dia membawa kek tersebut ke kaunter yang telah disusun dengan kek serta manisan manisan yang lain.
Dia tersenyum melihat hasilnya yang dibuat oleh dia sendiri.
"Jin!" Dia menoleh apabila mendengar seseorang memanggil namanya.
Rupanya Sandeul iaitu pemilik cafe ini merangkap kawan baiknya yang memanggilnya.
" Eh. Awal kau datang hari ini?" Sandeul meletakkan tangannya di bahu Jin yang lebar.
Jin tersenyum. Dia mengeluarkan stickn notenya dan mula menulis sesuatu.
[ Awal sikit sebab aku rasa macam nak bakar kek. ]
" Ohh. Patutlah. Kau tahu tak kek yang kau buat selalu laris tau. Customer kata kau punya kek memang sedap! Kau patut buka kedai sendiri la Jin" Sandeul memberi idea.
Jin menulis di atas stickn notenya.
[ Takpa aku dah selesa bekerja dengan kau Sandeul]
" Ikutlah Jin. Asalkan kau bahagia, aku pun bahagia. " Sandeul menepuk bahu Jin.
Jin tersenyum kepada kawannya.
" Oh ya Jin. Hari ni kau nak melawat Sunmi tak kat hospital? " Tanya Sandeul.
Jin menganggukkan kepalanya dan membuat muka seolah olah bertanya kenapa.
" Kau boleh tak cakap kat dia yang aku minta maaf tak boleh jenguk dia sebab petang ni aku kena uruskan cafe branch aku kat Itaewon? Tolong aku ya?" Sandeul membuat muka kesian.
Jin mengangguk tanda setuju.
" Okay thanks bro!"
Tbc...
So how?? Ok tak?? Mian klau hambar..😳😳
YOU ARE READING
[OG] Suamiku Mr Bisu
FanfictionBila seorang gadis yang jelita, berkarier namun angkuh dan sombong bertemu dengan si pembuat kek yang bisu di sebuah cafe. Kemudian takdir seolah menguji gadis itu apabila dia terperangkap dalam rumah namja itu? Dan lelaki itu bukan seperti yang di...