hahahahaahahaha rindu i x? Okay fine tak rindu 😭 hahaha okay2 sis sebenarnye tgh sedih tauu sebab yg bace cite sis sikit gilee bace laaaaa and yg rajin serta baik hati tu,,, tolong vote okay bebeyh! Love yaaaaa 😂😂🍌
------------------ 🍑🍑🍑🍑 ------------------
Masa pertama kali aku dijadikan anak angkat, Amirul sememangnya sudah memandang serong terhadapku. Setiap yang aku buat pasti akan dipersoalkan. Walaupun aku yang sering mengalah namun, dia fikir aku ingin mengambil hati mama dan papa.
Aku lagi ketika aku berusia 16, pada waktu itu baru beberapa bulan aku menetap di situ. Mama teringin sekali ingin rasa masakanku. Mama kata dia teringin makan tom yam hasil dari tanganku. Aku faham kerana mama dan papa jarang menikmati masakan Melayu selepas mereka berhijrah ke France jadi, selepas mereka menjadikan aku anak angkat, aku teringin membalas jasa baik mereka. Aku sediakan segala keperluan untuk memasak.
Pada malamnya, aku hidangkan masakan itu tapi sedikit pun tidak dia sentuh. Kecewa, sedih, terasa diri dihina. Sewaktu mama menyuruhnya rasa, dia diam tidak berkutik. Mungkin sedang berfikir
"Sedap sangat ke mama? Amirul rasa muak la mak makan tom yam. Lagipun Amirul tak boleh makan banyak. Suraya ajak Amirul makan dekat rumah dia". Tipulah kalau aku katakan aku tak terasa. Tapi mama yang pujuk. Selalu bersama aku di kala aku gusar, kecewa. Mama menjadi pendengar setia. Tapi... Tak mungkin untuk aku luahkan segakanya pada mama dan papa. Pasti nanti mereka rasa terbeban. Menjadi anak angkat, disayangi bagai anak sendiri, di beri asuhan, sudah cukup membuat aku sedar.
Mama. Wanita kedua yang penting dalam hidup aku. Datin Sri Azimah. Wanita yang bergaya namun masih mengekalkan gaya muslimah. Walaupun kini dia menginjak ke alam 50-an, namun, dia masih lagi kelihatan awet muda. Tak dinafikan, mama memang seorang model. Jadi dia masih cantik dan kelihatan macam anak dara. Tapi lepas je mama dan papa nikah, papa tak izinkan mama teruskan career. Katanya biarlah jadi isteri mithali. Lagipun, lepas nikah, mama bunting pelaminkan abang Amirul.
Nama anak pertama mama dan papa ialah Muhammad Amirul Hafiz. Berumur 30 tahun. Sudah mendirikan rumah tangga 4 tahun yang lepas dan mempunyi seorang anak perempuan yang bernama Alia Emilyana. Comel. Berketurunan mat salleh. Mungkin sebab isterinya berketurunan pure German, jadi, anak dia kelihatan macam anak mat salleh. Nama isteri abang Hafiz pulak Erysse Emeliane. Seorang yang mudah mesra.
Setiap kali melawat, pasti mereka menghulurkan ku wang, melayan aku dengan baik, tiada penindasan seperti Amirul selalu buat. Disebabkan itu juga, Amirul selalu menyalahkan aku jika mereka menganggap Amirul tidak wujud.
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...