Syaza masih menggigil lagi. Tadi, baru sahaja dia memasuki lobi hotel, dia lihat susuk tubuh yang amat dia kenali. Kenapa lelaki itu disini ? Mencarinya untuk membalas dendam ?
Untuk apa ? Dia sudah cukup terseksa. Malu berhadapan dengan masyarakat. Cemuhan, hinaan, sinisan hampir menjadi makanannya di kampus setiap hari. Dia ingin lari. Tapi apabila mengenangkan bahawa dia membawa nama majikannya, dia sedaya upaya mengelakkan diri daripada lelaki itu.
Siapa lagi jikalau bukan Amirul Fitri ? Terasa ingin menangis kerana terlalu lemah. Dia terus sahaja meminta pamitan untuk masuk ke dalam suitenya. Sewaktu dia ingin menutup pintu lif, ade seorang lelaki yang juga memasuki lif tersebut.
Mahu gugur jantungnya melihat Amirup memberikan renungan tajam. Bagaikan membunuh separuh dari jiwanya. Dia cuba untuk membuka lif tersebut tetapi segera ditahan.
Dia cuba menumbuk dada lelaki itu tapi pelukan yang dibalas oleh Amirul. Syaza terkedu sebentar. Entah, terbang segala masalah yang sarat dalam jiwa dan raganya hilang tiba-tiba sahaja kekuatan menguasai dirinya.
Amirul melabuhkan bibirnya pada hujung dahi Syaza. Wanita yang menjadi suri hatinya selama ini. Wanita yang cuba dia nafikan hak dan kepentingannya selama ini.
"Kenapa lari dari mirul ? Syaza dah tak sayang mirul ? Sanggup kan syaza buat begini. Seksa jiwa mirul syaza buat macam ni. Setiap malam mirul rindukan babies kita. Rindukan syaza!"
Sewaktu syaza ingin membalas, pintu lif terbuka. Amirup menariknya keluar lalu mengambil kunci bilik yang berada di tangannya. Sesudah sahaja dia menjumoai bilik syaza, pintu dibuka dan syaza ditarik ke atas katil. Di buka tudung syaza.
Syaza yang pada mulanya menentang dengan sentuhan tiba-tiba sahaja menjadi rela. Dia dibaringkan keatas katil. Amirul menghadiahkan ciumannya kepada syaza.
Syaza menghadiahkan tamparan di pipi lelaki itu. Biadab ! Sungguh biadab ! Amirul terpaku. Sesaat, dua saat, tiga saat. Terkejut. Tak disangka wanita itu sanggup menamparnya. Tidakkah wanita itu lihat kerinduan yang sarat di wajahnya ?
"Kau jangan usik aku kagi, Amirul. Aku diamkan selama ni perbuatan kau disebabkan mama dengan papa. Tapi kau ? Memang melampau kan ? Dasar lelaki !". Syaza menghamburkan amarahnya. Air mata tanpa segan silu turun ke pipi mulusnya.
Amirul terkesima. Jantungnya bagaikan bergendang mentertawakan kebodohan sendiri. Sinis ? Itu semua bertayangan kembali. Dia cuba memegang tangan syaza namun sekali lagi tamparan yang kuat itu hinggap di pipinya.
"Kenapa masih nak seksa aku Amirul ? Dosa apa yang aku buat sampai kau samakan maruah aku dengan maruah perempuan simpanan ? Kau marah bila mama kau disakiti, tapi kau suka bila kau sakiti perempuan. Aku anak yatim amirul ! Bukan sahaja yatim. YATIM PIATU. Mama dan abah aku tinggalkan aku. Bukan aku yang minta hidup macam ni ! Aku tak pernah minta supaya mama dan papa kau ambil aku, jaga aku, sayang aku ! Sumpah demi ALLAH ! sedetik pun aku tak meminta. Tapi kau ? Kau salahkan aku, kau rosakkan masa depan aku ! Apa yang aku nak beri kepada insan yang bergelar suami nanti ? Jawab Amirul, JAWAB !".Menggigil tubuhnya mengungkapkan kata kata tersebut. Terduduk dia di bucu katil. Mengusap usap perutnya yang sedikit memboyot. Menangis mengenangkan nasib diri.
"Amirul tahu, kedatangan Mirul kat sini tak diundang. Tapi Mirul datang nak tuntut hak mirul !". Amirul berkata. Lembut tetapi tegas. Dia kemudiannya bergerak ke bucu katil di mana Syaza berada. Mengusap lembut tangan Syaza. Walaupun Syaza menarik tangannta, dia sedaya upaya menggenggam tangan itu. Dibawa ke bibirnya.
"Baliklah mirul, aku dah tak nak tengok lagi muka kau. kau dah puaskan dapat kenakan aku ? Kalau kau rase apa yang kau buat ni semata mata untuk sakitkan aku lagi, awal awal aku ucap tahniah ! Kau berjaya !". syaza masih lagi menangis.
Dia menutup wajahnya dengan tapak tangan. Geram ! Jantan ni memang tak reti keluar ke ape !
Syaza dapat rasakan ade tangan memegang perutnya. Dia lantas ingin menepis tetapi tangan tersebut semakin mengeratkan pelukan.
"Daddy minta maaf sayang, daddy tahu salah daddy. Tapi daddy nak tebus balik. Umi dah tak sayang daddy agaknya ". Amirul seperti berkata kata dengan bayinya. Lantas syaza dapat rasakan bahawa bayinya bergerak gerak lalu perutnya mengeras. Sakit.
"Daddy sayang anak daddy ni. tak pernah daddy tak rindu baby daddy. Kenapa umi tak faham ? Umi benci daddy ke baby ?". Amirul menghiraukan syaza. Dia seolah olah berbual dengan anaknya.
"Sudah lah amirul, jangan cuba untuk psycho anak aku! Kau tak layak bergelar bapa. Keluar !". Syaza melemparkan pandangan ke pintu. Berharap agar Amirul memahami maksudnya. Amirul berdiri. Dia memakukan pandangan ke arah Syaza untuk beberapa minit sebelum bergerak ke pintu.
"Esok abang datang jumpa sayang lagi, okay ? Jaga hati, jaga diri, jaga baby." Amirul keluar dengan rembesan air mata.
——————
Apabila syaza sedar, baru dia tahu bahawa Amirul memang menggunakan dirunya untuk memuaskan nafsu. Bodohnya dia mudah terleka dengan sentuhan dunia. Kenapa dia diperlakukan begini ? Apa dosa yang pernah dia lakukan ? Allahu
Hey, so how ? Sorry janji petang tapi malam ye la, korang tak bagi vote pon, tekan laa nnt sis update frequently okay ? ) love ya 💓
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...