Amirul masuk ke dalam bilik hotelnya lalu bersandar di pintu. Dipegangnya dada yang sakit. Sakit. Sungguh sakit. Sakit apabila mendengar Syaza membahasakan 'kau-aku' dengannya. Sakit apabila Syaza melarang dia menyentuh wajah mulus itu lagi. Sakit apabila Syaza secara terangan menolak dirinya. Jijik dengannya. Allahu .
Masih lagi terngiang-ngiang kata Syaza tadi. Sungguh terasa murah air matanya. Baru dia faham rasa sakit sang isteri. Dia cuba menafikan hak Syaza dan anak mereka selama ini. Dan ada satu lagi masalah yang dia hadapi kini ; Tuan Syed ada mengusulkan cadangannya untuk menikahi Syaza.
What the heck ?
Syaza miliknya ! Hak mutlaknya ! Siapa yang berani mengambilnya harus melepasi aku dahulu. Baru aku tahu betapa sakitnya Syaza memendam. Baru aku tahu betapa sakitnya Syaza kesayanganku rasakan. Tumpahnya air mata hanya untuk jutaan sesalan.
"Sakitlah, sakit! Tolongla berhenti ! Sakit! sakit!".
Terngiang-ngiang lagi suara halus itu di telinganya. Rintihan sakit ketika dinodai. Allah. Jikala ini rasa hatinya bagai nak pecah. Remuk. Patah. Rapuh.
Sungguh.
Sungguh rapuh.
Sungguh remuk.
Menangis ? Sudah acap kali dia mengelap air mata tetapi tetap juga air ernih itu mengalir.
Meraung ? Biarlah orang lain tak dengar. Hatinya sudah pekak, sudah tuli mendengar dia meraung sendiri.
lebih lagi apabila Syed mengusulkan cadangan sialnya itu. Sumpah sial ! Dasar sial ! Syaza milik aku, sial !
Sudah mencarut dia mengongoi sekali lagi. Beristighfar panjang kembali. Allah, ampunkan aku. Maafkan aku.
Aku tekad, Syaza tetap kepunyaan aku. Biar jutaan benci dilemparkan kini aku tekad untuk balas dengan sayang.
———
Syaza menyikat perlahan rambut Aya. Kemudian dia menepekkan bedak ke pipi si kecil itu. Aya senyum sebelum mencium pipinya kembali.
Selepas sahaj dia menyikat rambut itu, dia terdengar 'notification' dari telefonnya. Dia pantas menekan ikon WhatsApp dia telefonnya.
Satu mesej dari nombor sulit. Haih pelik, ini nombor baharunya. Siapa yang menghantar mesej ? Dari nombor yang tak dikenali.
Stay away from Amirul pls, im begging ! He's mine. 19.25pm
Hatinya mula tidak duduk diam. Siapa ? Jauhi diri dari Amirul ? Tell me how. Tell me how.
Amirul yang tiba tiba datang mendekatinya. Mula mengakui anak dalam kandungannya itu anak dia. Bukan aku yang merapati dia.
Syaza membaca mesej itu berkali-kali. Dia mendapat akal ! Dia akan tanya pada Dr. Fahmi. Ada siapa2 rindu pada doktor muda itu ? Syaza senyum sendiri.
Fahmi. Pasti lelaki itu tahu siapa.
Pasti. Sangat pasti .
Malam ini dia terasa malas untuk turun. Bertembung dengan lelaki keparat itu lagi ? Huh ! Simpang malaikat 44 ! Dia melilit rambutnya menggunakan pemyepit. Sedikit tinggi dari biasa. Tiba-tiba sahaj teringat apabila berpantang nanti. Siapa yang mahu jaga dirinya ? Memanjakan dia ? Kandungannya pun mencecah 5 bulan. Perut makin membulat. Morning sickness pun sudah menghilang.
Dia senyum sendiri. Tuan Syed boleh jaga dia. Tapi, takkan lah nak diharapkan duda anak dua itu ? Nanti apa pula orang lain fikir ? Saudara bukan, suami Jauh sekali. Dia mengusap lembut perutnya sebelum menutup mata perlahan. Biarlah. Biarlah masa yang merawat duka. Biarlah masa yang membuat dia melupakan segalanya. Biarkan. Biarkan.
————
Acara makan malam itu berjalan lancar. Tapi tidak pada Amirul. Kepalanya selalu menjengah ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat wanita yangdia rindui. Mana ? Kenapa bayang bayangnya tiada ? Dia di mana ? Sakit kah ?
Laju tangannya mengeluarkan telefon untuk brtanya. Tapi line pula sibuk. Ah sial ! Berapa kali perkataan sial itu keluar dari bibir keringnya hari ini. Sial !
'Syaza kat mana sayang'. Dia mendiamkan diri. Merintih seorang diri. Papanya duduk di meja lain. Tuan Syed pula duduk bersama papanya. Serasa dirinya seperti mengganggu pula apabila dia bertanya mengenai Syaza. Tapi wanita itu sedang membawa nyawa. Nyawa dari benihnya.
Dia berhak mengambil tahu.
Nanti aku sambung lagi ye, hw banyak ;) sorry buat korg tertunggu tunggu. Thsnks for the 800++ views. Love ya ;)✨🦄❤
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...