Update x update same je! Korang tak bagi moral support langsung 😪
Usai solat berjemaah bersama tuan Syed dan anak -anak jagaannya, dia melipat sejadah dan telekung yang digunakan lalu disangkutkan pada besi penyangkut. Anisah dan Aliya bersalaman dengan Syaza dan walid mereka.
Aliya dan Anisah sangat berbeza dari segi karakter mereka. Anisah sangat mudah mesra manakala Aliya pula jenis yang memilih. Awal-awal Syaza berada di rumah mereka, hanya Anisah yang mahu berbual dengannya, tetapi Aliya habya menganggapnya orang luar walaupun walidny pernah menegur cara Aliya melayan Syaza. Tapi kini, Aliya sudah mampu menerimanya. Kadang-kadang, Aliya tidur dan belajar bersamanya.
Aliya dan Anisah berebut rebut untuk mencium pipi Cik Za mereka. Aliya tingkatan 3, jadi dia lebih matang berbanding Anisah. Walau matang, sikap manja dan penyayangnya masih ada.
"Baju Anis dengan Aya ada dalam almari bilik Cik Za. Maaf ye! Semalam Cik Za lupa nak letak dalam almari kamu". Aku memang kerap terlupa sejak aju hamil. Banyak perkaa harus ku pikirkan.
"Kenapa Cik Za susah-susah, sian cik Za dengan baby-baby. Penatkan ?". Anisah mencebik sambil mengusap lembut perut Syaza. Aya pula membaringkan kepalanya di atas riba ibu muda itu. Sungguh rapat hubungan mereka.
"Tak pelah, kerja Cik Za, sayang.. Ni kenapa tak siap lagi? Tak sekolah ke?". Syaza mula bertabya kepada mereka selepas masing-masing kelihatan tidak berganjak dari katilnya.
"Hehe.. Nak siaplah ni". Aya dan Anis memberikan senyuman lupa. Syaza pula mencuit hidung mereka. Sempat dia berpesan untuk cepat supaya dapat menikmati sarapan bersama.
—————————
"Syaza, awak nak ke kuliah nanti macam mana?" Tuan Syed memandang Syaza yang sedang membasuh pinggan.
"Oh, saya naik kawan, tuan. Kenapa?". Syaza membalas pandangan Tuab Syed ttapi tangannya masih ligat menyusun
Pinggan yang telah digunakan ketika bersarapan tadi."Tak perlu lagi rasanya tumpang kawan awak. Dato' suruh saya serahkan kunci kereta kancil ni pada awak. Dia kata awak boleh guna kereta ni sebagai kemudahan awak". Tuan syed menghulurkan kunci kereta pada Syaza.
Syaza merenung lama kunci tadi. Dia mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih. Dia menghantar pemergian Tuan Syed di hadapan pintu. Dia mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Datin Sri. Takit untuk dia membuat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, mama?". Syaza memberi salam selepas panggilannya diangkat.
"Waalaikumusaalam, sayang? Napa tak telefon mama semalam? Risau mama!". Datin sri sedikit sebanyak lega kerana menerima panggilan dari anaknya itu. Sungguh dia rindu kepada Syaza.
"Maaf, mama! Syaza lupa..syaza rindukan mama.." Suara Syaza mula lirih.
"Dahlah Syaza.. Syaza dah dapat kunci kereta kancil? Mama dengan papa minta maaf.. Nanti kalau ada masa, mama carikan kereta yang lebih selesa untuk Syaza". Mama risau dengan keadaan kerta tu, dah lah kecil, panas. Dan bagi dia, kereta kancil amat tidak selesa.
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...