Hahihuhohe guysss ☺ sorry kalau crite i x menepati cita rasa korang kalau tak puas hati with my story, u guys bole je email i tros no need to be fake ! Your supports are needed! Kalau bukan korang.. ....sape lagi? Sorry la sebab lately ni author rase macam touching gile ;~
12/12/2016 😔
----------------------
Selepas menghabiskan makan tengahari, Syaza dan Fahmi menuju ke destinasi seterusnya. Sewaktu memasuki perkarangan hospital, Syaza mula kelihatan resah.
"Syaza okay? Kenapa macam cemas ni?"
"Kenapa kita dekat sini? Siapa yang sakit?" Dia makin risau. Siapa yang sakit? Mama, papa atau Amirul? Ah! Mengapa perkara ini sungguh menyesakkan!
"Bukan. Saya nak ajak awak ke tempat special. Awak jangan lah risau. Tak ade sapa-sapa yang sakit. Awak tak perlu risau." Satu nafas lega dilepaskan. Entah kenapa tadi rasanya cemas semacam. Tiba-tiba handphonenya berdering.
"Hello, assalamualaikum?"
"Em..waalaikumussalam kau dekat mana? Aku ade bende nak cakap"
"Balik nanti kite bincang, ye? Sekarang saya dengan doktor Fahmi. Kiteorang ade kerja". Nada Syaza seakan merahsiakan sesuatu membuatkan Amirul berang!
"Kau dengan Fahmi? Tak de orang lain ke yang dia boleh ajak? Ke kau saje nak sakitkan hati aku" suara Amirul menaik seperti menengking.
Laju Syaza beristighfar sebelum menjawab.
"Saya keluar atas urusan kerja. Awak jangan risau. Okaylah, kalau tak de ape-ape saya letak dulu. Assalamualaikum.". Laju Syaza mematikan panggilan. Punat telefonnya ditekan kuat tanpa dia sedar ada suara yang menyapa
"Nanti rosak la fon awak kalau awak lepaskan geram dekat dia" Doktor Fahmi ketawa kecil melihat perlakuan Syaza. Baginya sangat comel!
Syaza membalas dengan senyuman. Hari ini baginya, senyumannya murah sekali. Entah apa yang buat dia gembira pun dia tidak tahu.
"okay, jom turun". Fahmi membukakan pintu untuk Syaza. Syaza senyum sebagai tanda terima kasih lalu laju mengatur langakh membuntuti Fahmi.
---------------------
Syaza keluar dengan Fahmi! Ahhh! Memikirkan hal ini membuatkan dia serabut! Nak kata marah? Ya memang dia sedang marah. Lebih-lebih lagi Syaza mematikan telefon sebelum dia menghabiskan ayat! Dia cemburu? Dia sendiri tidak mempunyai jawapan.
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...