"Makan elok elok sayang.. Tengok dah comot dah ni haihhh..". Amirul membebel 😂 serupa mak nenek dah Syaza lihat.
Ketika Amirul masih lagi meneruskan bebelannya, dia perasan Syaza sesekali mendiamkan diri. Angguk tidak, geleng pun tidak.
"Sayang lapar lagi eh ? Nak saya belikan lagi ? Sementara ada dekat dekat area ni, Mirul boleh belikan sayang apa apa ?". Amirul mula memujuk. Dia lihat Syaza sepeti berfikir. Janganlah yang pelik pelik sayang, anak kita mesti terpengaruh dengan sayang nanti. Dia mengerutkan wajahnya melihat kebisuan Syaza. Hampir 3 minggu mereka berbaik, tak pernah pula Syaza berperangai begini. Hm ?
"Betul ke, kita dah kawin ?." Phew ! Terlepas juga akhirnya soalan yang sering bermain di mindanya.
Amirul tidak tahu nak menerangkan perkaa ini bagaimana. Salah dia ?
Ya, memang salah kau pun ! Ha..
Sekarang siapa yang susah ? Syaza dah mula meragui status mereka. Amirul senyum lalu mencium dahi Syaza sebelum mengeluarkan dompetnya.
"Nah, sayang tengok sendiri.." Amirul menyerahkan kad perkahwinan (?) Mereka kepada Syaza.
"Cuba sayang perhatikan betul betul, siapa nama lelaki ? Siapa nama perempuan ? Bila tarikhnya ?.... Sayang perhatikan, kalau ada yang tak puas hati sayang tanya ;) " Amirul menunggu Syaza memeriksa kad itu. Lama Syaza merenung. Macam nak tembus pun ada.
"Kenapa awak kawin dengan saya sedangkan awak tak suka saya ?, awak benci saya, ?" ha, sudah ! Syaza dah mula berperangai manja.
Amirul mendiamkan diri sebelum menjawab. Lama juga dia diamkan diri. Menyusun ayat supaya mudah difahami.
"Syaza sayang abang tak ?." Amirul memulakan muqadimahnya.
Syaza diam sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di bibir Amirul. Amirul yang pada awalnya hanya menerima ciuman mula ingin mendalamkan ciuman mereka tapi segera dihentikan.
"Kita dalam kereta la awak..., jap ? Kenapa awak tanya ? Kenapa bahasakan abang ? Mestilah saya sayang awak, kalau boleh saya nak serahkan jiwa dan raga saya pada awak. Awak yang pertama dan awak yang terakhir selepas arwah abah dan papa." Syaza menggosok pipi Amirul perlahan. Suaminya. Patut dilayan begitu.
"Saja je sayang ? Tak boleh ke ? Sayang tak suka ke ?". Amirul ni ajak bermanja ke ? Dia nak suruh Amirul jawab soalan dia tafi. Hailahhhhhh.
"Awakkk...., jawab dulu jangan cuba nak koner ke lain pula ye ?" Syaza mula menyuarakan kembali soalan tadi.
"Sebab Mirul sayang Syaza la. Mirul nak jaga Syaza. Honestly, masa mama dengan papa kata nak ambil Syaza jadi anak angkat Mirul tak suka. Sebab bila Mirul balik dari France Mirul nak lamar Syaza.
Itu perkara utama bila Mirul balik Malaysia. Tapi, dengar pula cerita masa tu parents sayang meninggal dan mama pula nak sayang jadi adik angkat Mirul, Mirul rasa macam peluang untuk dekat dengan Syaza makin susah.
Walaupun kita satu rumah, selalu jumpa, still juga hal dan batas kita lain. Sebab kita "adik beradik angkat". Jadi, malam Syaza pengsan, Syaza ingat Mirul buat benda jahat ke ? Mirul suruh Hisyam call Jabatan Agama Islam supaya nikahkan kita." Panjang lebar Amirul menerangkan hal yang sebenar.
"Habistu, kenapa paksa ? Kenapa tak bagitahu ?" Syaza masih lagi terus menerus bersoalan.
"Mirul tanak cerita sekarang. Dah malam..." Dia menundukkan kepala ke perut isteri tersayang lalu mencium lembut perut itu sebelum menyambung percakapannya.
"...kita balik, tidur. There will be plenty of time untuk story telling okay sayang ? Hm ?...". Amirul menghidupkan enjin kereta lalu menuju ke rumah untuk merehatkan badan mereka. Terutamanya Syaza.
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...