Part 8

208 13 0
                                    

Kalau bosan, korang bace la story schaa ni...dengan muruku ke, kuih muih ke 😂😂😂 kk raklu pape roger!

-------------------

Syaza dan Amirul hanya mendiamkan diri sepanjang dalam perjalanan. Syaza takut untuk berbual manakala Amirul pula melayan moodnya. Suasana hening sehinggalah DJ radio memutarkan lagu. Mereka dia. Sambil mengahayati bait-bait lagu tersebut.

Terkala Amirul memandu sambil memandang jalan raya, Syaza curi pandang. Sewaktu Syaza meamandang ke arah luar tingkap, Amirul pula yabg memandangnya.

Sebaik sahaja sampai di dewan jubli tersebut, Syaza keluar mencari mama. Entah, sejak hamil dia sering bermanja dengan mamanya. Kadang sampai naik pelik mama dengannya. Tapi nak buat macam mana? Syaza masih lagi takut untuk jujur. Dia perlukan masa.

"Mama..?". Syaza memanggil seraya tersenyum kearah mamanya. Datin Sri senyum lalu memanggil Syaza dan Kak Rys untuk memperkenalkan mereka pada rakan-rakannya. Syaza senyum sewaktu mama mengenalkannya pada ibu Doktor Fahmi. Datin Gina.

"Gina, ni kenalkan...my daughter in-law, Erysse dengan anak perempuan I, Syaza.". Syaza dan kak Rys menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Datin Gina menyambut. Tersenyum dia melihat keluarga Datin Sri Azimah. Semua cantik, sopan, beradat.

"Anak-anak perempuan U... Semua lawa-lawa. Kalau boleh I  nak ambik Syaza jadi my future daughter-in-law. Manis sangat dia.". Datin Gina senyum kejap pada Syaza manakala mama ketawa.

"Mana your son? Rindu la pada Fahmi..". Mama bersuara selepas kelibat Fahmi tidak kelihatan bersama Datin Gina.

"Oh, kejap lagi dia datang... Dia kata nak kenalkan I dengan orang special tapi dia kata budak tu tak dapat datang.". Datin Gina mengeluh sekejap. Memang sudah lama dia teringin melihat Fahmi punya keluarga sendiri.

"Umi?..". Fahmi memanggil uminya yang leka berborak. Tadi dia lihat Fadhira, kakaknya bersama suaminya. Dia tanya di mana umi, Fadhira menuding jari kearah uminya yang bersama auntynya.

Sengihannya melebar apabila matanya tertancap pada Syaza. Syaza kelihatan menawan sekali dengan baju kurung Pahang bercorak bulat hitam bersama tudung merah. Cantik sekali. Walaupun ringkas, baginya Syaza kelihatan seperti puteri kayangan.

"Aunty..how are you?". Fahmi bersalaman dengan Datin Sri Azimah dan melemparkan senyuman pada Erysse.

"Aunty okay je.. Fahmi ni,, kenapa dah lama tak jenguk aunty? Si Amirul pun sama! Masing-masing keras kepala. Korang kan rapat? Cubalah jumpa selalu...". Panjang mama mengomel tentang mereka.

Fahmi mempunyai umi dan abah. Nama uminya Datin Gina Hasbullah manakala nama abahnya ialah Dato' Daud Rashid. Amirul dan Fahmi adalah sepupu belah ibu bagi Amirul manakala sepupu belah ayah bagi Fahmi.

Semalam Yang TerakhirWhere stories live. Discover now