Ariana tersentak. Suaminya sudah pulang. Dia mengusap perlahan perut yang memboyot. Bayinya langsung tidak bergerak hari ini. Mungkin mereka rehat sahaja. Dia masuk ke dalam bilik air. Menitis air matanya melihat lebam di mata sebelah kiri. Sedikit bengkak pada dahi. Dia menangis. Sedih. Kalaulah dia tak menerima pinangan itu, pasti sekarang dia tak perlu hadapi semua ini. Dilayan bak pemgemis di dalam rumah Wan. Wan suaminya. Namun kenapa dia tidak dilayan oleh Wan sebagaimana seorang isteri harus dilayan. Cacian, makian, pukulan dan tendangan sudah terbiasa.
Sejak dia hamil, ibu Wan juga sudah mulai membencinya. Alasannya, kerana isteri Wan hamil dulu. Sedangkan kak Lydia, adik kepada Wan yang sudah lama berumah tangga masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Suami kak Lydia bukan orang biasa. Mat salleh. Tapi entah lah. Belum rezeki. Namun manusia, baik kita beri racun yang di balas.
Terhenti lamunannya apabila Wan memasuki kamar mereka. Wan hanya mengendahkannya. Dia terus membuka baju lalu memasuki kamar mandi. Cepat-cepat Ariana menyediakan pakaian Wan. Bukan dia tak tahu, apa yang akan terjadi sekiranya pakaian Wan tiada selepas dia mandi nanti, pukul dan tendang.
Selepas Wan keluar dari kamar mandi, dia mengenakan pakaian yang disediakan Ariana. Lalu ke tangga untuk turun menikmati makan malam. Rumah yang sedikit bersepah itu dipandang.
"Woi ! Kau ni memang tak reti kemas rumah ke ?!". Pekik Wan apabila Ariana kedepan untuk memanggilnya makan.
Ariana kecut perut. Dia hanya menunduk. Menitis perlahan air matanya.
Wan yang geram melihat kebisuan itu turun dengan pantas lalu menghadiakan sebuah penampar di pipi Ariana. Terduduk gadis itu akibat pukulan. Tersedu sedu Ariana kerana pukulan tersebut.
Wan yang melihat Ariana menangis di hadapannya geram.
"Selama ni, aku pukul kau nangis diam-diam. Sekarang dah pandai nangis depan orang! Eh, kau dengan anak kau ni memang tahu menyusahkan aku ya ? Kira bagus aku tak biarkan kau duduk dengan ibu. Kalau tak, bertambah tinggi darah tinggi ibu."
Ariana mennagis. Dia mengusap perlahan perutnya. Wan membangunkan Ariana lalu menampar wajahnya sekali lagi. Geram kerana melihat Ariana menangis. Dipukulnya Ariana. Ariana cuba sedaya upaya melindungi perutnya.
Akibat menahan amarah kerana melihat Ariana melindungi perutnya, Wan bertindak di luar kawalan. Dia memijak perut wanita itu.
Tersekat sekat nafas Ariana. Matanya mula memerah. Keluar cairan hangat di celah kelangkangnya.
"Aw-awak... sak-sa.. sakit! Allah!" Wan terus juga menghentakkan kepalanya ke lantai. Bila dia lihat Ariana tidak bergerak, dia berhenti memukul. Dia meninggalkan Ariana di bawah dengan darah yang banyak.
Mak Yuun yang melihat menangis. Lantas dia menelefon Pak Akob untuk menghantar Ariana ke hospital. Menangis juga Pak Akob melihat Ariana begitu. Kasihannya Ariana. Kenapa mereka memperlakukan Ariana tak ubah seperti binatang ? Tiada ehsankah di hati mereka melihat gadis muda ini dibelasah ?
Wan yang melihat hanya memerhati dengan pandangan kosong selepas Mak yuun dan Pak Akob membawa Ariana ke hospital. Dia sendiri keliru dengan keadaannya. Kenapa dia suka menyakiti Ariana ? Dahulu, dia yang terlalu menginginkan agar Ariana menjadi isterinya. Tapi selepas berkahwin, Ariana hanya menerima layanan kasar yang tak ubah seperti binatang.
Deringan telefon mengejutkan Wan. Dia lantas mengangkat panggilan tersebut. Ouh, ibu rupanya.
"Hello, ibu ?".
"Hello wan, ariana ada ? Ibu nak cakap dengan dia. Boleh ?".
Wan mengerutkan dahinya apabila ibunya tiba-tiba sahaja ingin berbicara dengan Ariana ?.
"Dia dah tidur. Wan tak nak kejutkan dia ibu." Wan berbohong. Sedangkan Ariana ke hospital kerana pengsan selepas dipukul.
"Oh, tak pelah. Bila dia bangun kirim salam pada dia. Jaga cucu ibu elok-elok. Ada masa esok, ibu dengan Lydia datang. Sejak isteri kamu mengandung ni, kita selalu sangat sakitkan dia. Dia tengah bawa cucu ibu. Jaga dia."
Dup. Terasa perlahan degupan jantungnya apabila mendengar kata kata ibunya tadi.
"Kenapa ibu ni,tiba-tiba je ?".
"Tadi, ibu pergi ke klinik teman Lydia. Alhamdulillah, Lydia mengandung. Sejak kak Lydia mengandung ni, ibu selalu mimpi yang Ariana menangis. Bila ibu tanya dia nak kemana, dia jalan dengan je. Langsung tak endahkan ibu. Lepastu dia pimpin dua orang budak kecil. Comel je budak tu. Serupa muka kamu. Ibu takut jadi apa-apa dekat Ariana. Sudah la, lupakan apa yang terjadi. Jangan sakitkan dia lagi.". Ibu membebel panjang sebelum mematikan telefon.
Apalah yang perempuan itu guna-gunakan sehingga Lydia dan ibu jatuh sayang. Perempuan bodoh.
***
"Maafkan kami puan, anak puan tak dapat kami selamatkan lagi. Bayi kembar dalam kandungannya juga kami tak dpaat selamatkan." Masih terngiang-ngiang lagi suaa doktor itu ketika menyampaikan berita kepada Mak yuun dan Pak Akob.
Bacaan yassin tadi dibaca dengan penuh syahdu. Rehatlah wahai Ariana. Kerana Allah, kau telah kembali jua kepadanya. Tunggu mak Yuun menyusul.
Wan bagai orang gila melihat jenazah isteri bersama dua orang bayi.
Tolong katakan bahawa Ariana masih hidup! ! ! Lydia dan ibu menangis. Pilu sahaja sebaik sahaja melihat jasad yang tak bernyawa.
'Hidup kau dipenuhi duri dan luka, Ariana. Maafkan kak Lydia' hatinya berbisik sayu.
"Bangun lah sayang, Wan janji tak buat sayang macam tu lagi. Bangun lah buka mata. Baby, bangun! Papa nak azankan baby. Papa suka la dapat baby boy. Bangun !". Wan meratapi jenazah itu.
"Ibu, kejutkan isteri Wan kejap, Wan nak bagitahu yang Wan sayang dia. Cintakan dia. Bangunkan dia kejap, ibu!!!". Air mata ibu mengalir laju melihat wan begitu.
"Lydia kejutkan isteri abang kejap, abang nak suruh dia nampak yang abang peluk dia. Tolong la ! Kejap pun jadi...." meleret leret suaranya memohon supaya Ariana bangun.
"Ibu, boleh tak abang nak ikut Ariana ?. Dulu kalau kita pergi mana-mana kita tinggalkan Arianakan?. Boleh tak kali ni abang nak ikut Ariana. Abang nak teman dia dengan baby kita orang. Mesti Ariana penat jaga baby sorang-sorang" sebaik sahaja dia melafazkan ayat terakir, dia menyembah bumi tidak sedarkan diri.
Haaaa, so how my new story ? Nak aku publish tak ?
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...