Menangis pun tiada guna. Esok hari baru. Hari di mana dia akan memikat semula hati Syaza, mengembalikan semula kehangatan cinta mereka. Merekahkan kembali rasa sayang. Membarakan api cinta yang semakin terpendam. Esok.
———
Syaza terasa ada yang menghimpitnya. Bila dia buka mata, ternyata kedua-dua puteri itu sedang memeluknya. Dia senyum, perlahan lahan mencium dahi mereka. Allah, izinkan aku untuk mencium dahi bayiku nanti, walaupun hanya untuk sekali. Izinkan aku, Allah. Izinkan aku !.
Air mata yang hendak menitis dibiarkan melalui pipi mulusnya. Biarlah. Jam menunjukkan waktu itu satu pertiga malam. Dia ambil wuduk lalu mengerjakan tahajjud. Merendahkan diri kepada Allah. Berserah zahir dan batin kepada Maha Pencipta. Terdetik di hatinya untuk bahagia. Tapi dia tahu, Allah takkan menguji manusia di luar kemampuannya. Dan Allah juga tidak menguji manusia ketika dia bersedia tetapi ketika dia mampu menanggungnya.
Bukankan itu di laras yang sama ?
Bukan kah ?
Perlukah aku mendalami maksud itu ? 'Bantu aku duhai Rabb'.
'Bantu aku'.
Sesudah sahaja dia menghabiskan solat tahajjudnya, azan subuh kedengaran. Dia lantas mengejutkan Aya dan Anisah untuk mengerjakan solat bersama. Mungkinkah ini kehidupan baru aku, ya Allah ? Inikah kebahagiaan yang Engkau janjikan ?
Selepas solat subuh tadi, Tuan Syed ada mengajaknya untuk membeli sedikit barangan. Lebih tepat lagi, bersiar siar. Menyejukkan pandangan mata. Menghiburkan jiwa yang lara. Dia setuju. Dia terasa sudah sampai masanya untuk membeli pakaian serta sedikit kelengkapan untuk bayinya. Ya, sudah tiba masa itu. Beberapa bulan sahaja lagi.
———
"Jangan, lah awak. saya merayu, apa salah saya ?". Syaza masih lagi diselubungi selimut ketika Amirul mendekatinya.
"Jangan ? Bukan kau suka ke ? Hm ?" Aku sengaja mengasak lagi ruangan fikirannya dengan perkara itu. Padan ! Biar dia rasakan. Hey, ini Amirul laa!
"Kenapa Mirul layan saya macam ni ? Apa yang saya betul-betul buat sampai awak benci saya sampai macam ni sekali ?
Saya ada buat salah ke ?
Saya ada sakitkan awak ?
Tolong....tolong bagitahu saya..". Meleret leret suara Syaza sewaktu bertanya.
'What exactly did I've done ?'
'I need help'.
"Banyak ! Kalau kau nak tahu memang banyak salah kau ni ! Kau dah masuk dalam keluarga aku, kau buat aku ni tak ubah macam anak pungut je ! Kau ? Diorang layan macam puteri raja. Eh, kau sedar tak yang kau tu tak layak, perempuan. T-A-K L-A-Y-A-K !".
BUM ! Bagai nak pecah hati Syaza mendengar kata kata itu.
"Awak sakit, Amirul ! Awak sakit !. Awak perlukan bantuan."
"Kau ni memang kurang ajar kan ? Kau cakap aku perlukan apa ? Bantuan ? Okay kalau kau nak tahu kau perlu bantu aku, puaskan hati aku". Amirul mula menanggalkan satu persatu lalu merakusi setiap inci tubuh gadis itu.
YA ALLAH! Mimpi tu...
Mimpi yang sama. Mimpi yang menghimpit aku. Kesian Syaza. Ya Allah ! Ampunkan aku, kembalikan dia kepada aku.
Amirul menangis lagi. Apabila dia sedar, peluh jantannya sudah membasahi katil. Dia terlepas subuh. Sekarang jam berangka 10.30 pagi. Oh no !
Dia berlalu ke bilik air yang berhadapan dengan katil. Di hadapan cermin, dia menangis. Menangis. Menangis.
Masih ada peluang untuknya ?
Sedangkan Syaza membenci dia ?
Mama pula sudah lama melancarkan perang saraf terhadap Amirul selepas dia menceritakan perkara yang sebenar kepada mama.
Pesanan terakhir mama; "bawa menantu mama balik, bawa cucu mama balik, mama nak semua kembali pada tempat asal".
Aku mengelap pelupuk mata. Lalu membersihkan badan untuk meneruskan plan hari ini.
Plan menawan hati isteri ;) Mirul tak menjanjikan yang Mirul berjaya, tapi satu yang Mirul tahu ; cinta Mirul pada Syaza cukup untuk membuatkan Amirul setia. Amirul sayangkan Syaza. Dan juga specially for my kids, ily ;)
Sesudah menyikat rambut dan merapikan pakaian, dia turun ke lobi dan menuju ke arah papanya. Dia bersalaman dengan bebrapa kenalan sebelum matanya terpaku pada susuk tubuh wanita kesayangannya. Kenapa sinar mata perempuan itu bahagia ? Bahagia dengan Tuan Syed sekeluarga ? Tapi tiap kali aku mendekati, matanya tak menunjukkan rasa bahagia tapi ketakutan yang mencengkam. Pedihnya. Allahu. Pedih.
Perlukah aku berundur ? Kinikah masanya ?
'Mudahnya kau untuk menyerah Amirul. Kau memang pengecut yang sejati'. Hatinya memainkan peranan.
Peranan yang seharusnya dia sedar sejak dulu tapi dibutakan dengan dendam yang lara. DENDAM CINTA. Bodohnya dia. Murahnya cinta. Kerana cinta, dia lupakan maha Pencipta. Kerana Cinta dia sakitkan hati orang yang tidak sepatutnya.
Terlambatkah aku ?
Atau masa yang berlalu pantas ?
Kata-kata yang lalu tadi bagaikan silir yang menerpa. Tak perlu untuk dijelaskan. 'Semua terbukti nyata bila kau selalu menyakitkan hati kau sendiri. Membuta tulikan tuduhan yang entah benar entah tidak kepada wanita yang kau sayang. Bodohnya kau ! Masih memperbodohkan diri kau lagi ?'
Hatinya berbicara lagi. Bukan kata semangat tapi memerli. Ya, dia patut rasa sinis terhadap dirinya sendiri. Sudah rosakkan kehidupan orang, kau berani menagih kasih lagi ? Celaka !
Amirul mula mendengar kata-kata itu. Dadanya bagai nak pecah. Hatinya remuk. Hendak menitiskan air mata sahaja bagi menunjukkan kekesalan. Ini hari terakhir mereka sebelum pulang ke Johor. Jika plannya menjadi, maka Syaza dan dia akan pulang bersama. Dia harus juga merencanakan plannya dengan sebaik mungkin.
Mesti ! Hari ini !
YOU ARE READING
Semalam Yang Terakhir
RomanceMencintai kau bukan jaminan, tapi perjudian Memberi kau rasa bukan mainan tapi kepastian Syaza terasa sayu dengan keadaannya. Dihalau keluar dari rumah kerana seorang lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Pening dan loy...