"Jadi, selamat kembali ke agensi ini, saya tak sangka semudah itu kamu akan masuk semula" kata jeneral aril.
"Saya masuk pun sebab kawan saya.. "
Puteri berjalan duduk di sofa dia duduk ketika masuk tadi."Jadi, apa jadi pada Tuan Amir tu ?" Batrisyia pun turut duduk sama.
"Kami minta maaf kerana tidak mempercayai kamu berempat dahulu.. kami tidak sangka dia adalah seorang setan yang bertopengkan manusia. Sekarang dia ditempatkan di penjara kebal di utara Malaysia"
"Heh... sekarang baru nak sedar, baru nak minta maaf ? Oh satu lagi , sekarang kami hanya bertiga, khairul dah mati dan dia mati pun sebab korang" puteri berkata dengan nada marah.
"Put.. kau sedar tak kau cakap dengan siapa ni ? " batrisyia menepuk paha puteri.
"Ape!? Ingat aku kesah !?"
*batrisyia renung puteri tajam*
"Uhh.. ok, maafkan saya"
"Jadi , jeneral nak bagi kami misi pertama kan?" Kata puteri lagi.
*jeneral aril mengangguk sambil senyum.*
"Tapi, misi ini bukan saya yang akan beri " lalu jeneral aril menekan suis di meja dan terpancar hologram dari sebuah gajet seperti kamera di tengah meja dan menunjukkan seluruh tubuh berdiri tegak.
___________________________
Batrisyia pov
Apabila aku melihat hologram di depan ku aku dan puteri bangun dan membuat tabik hormat kepada hologram di depan kami.
"Se...selamat pagi tuan!" Kata aku dan put serentak.
"Ya... ya... selamat pagi , hmm.. look at you two.. besar dah... well lama dah tak jumpa, sihat ?" Kata Tuan Henry dengan selamba...
"Sihat tuan"
"ehh.. tuan, kami di sini dimaklumkan ada misi yang harus di lakukan " puteri mencelah tiba tiba.
"Oh ya, maaf tadi, mungkin kerana lama tidak jumpa , mari kita mulakan,
Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Dead People telah berjaya membawa lari batu tridocalion (main hentam je) dan sedang cuba mencipta senjata menggunakan nya.""Kenapa tidak serah misi ini kepada murid stage 6 saja? Bukan ke ni tugas mereka? " tanya puteri lagi .. nampaknya puteri yang dulu dah kembali. Ya.. aku rindu puteri yang tegas dan puteri yang akan bekerja seperti seorang polis.
"Itulah masalahnya, kesemua yang pergi ke sana, semua akan lesap tiba tiba. Setelah beberapa hari , kami tidak akan dapat apa apa maklumat dari mereka, dan kami juga masih tidak tau bagaimana ia boleh terputus."
"Bagaimana dengan stage 8 ?" Aku saja ingin tahu, takkanlah stage 8 tak de kot?
"Puteri, batrisyia, kamu ingin tahu....."
*aku dan puteri mengangkat sebelah kening ingin tahu.*
jeng jeng jeng...... haaa nak tau ape ni kenapa macam serius sangat ni... k tunggu episode seterusnya yaaa love you..... ( ye kee)
Tbc..........
YOU ARE READING
Seven
Teen FictionPuteri Norasyiah, Nurul Batrisyia Aqmar, Fatin Hazwani Aina, Nurul Nabila, _________________ Rayyan Haikal, Haikal iqbal, Mohd arief Tujuh sahabat ini macam murid biasa jugak, sampai la satu hari tu hidup mereka berubah. _________________________...