19

27 12 0
                                    

"We, aku bosan ah ... " Ryan bermain dengan rambut fatin yang sedang tidur.

"Hmm kau pergi la main ngan orang lain, aku nak tido " fatin menukar posisi tidurnya.

"Hmm ye la "

Tit tit tit tit....

Fatin terbangun dari tidurnya apabila terdengar bunyi tadi.

Tiba tiba hujung meja mereka bertujuh mengeluarkan cahaya merah.

"Apa jadi " haikal kelihatan panik.

"Relaks jom keluar , letak tangan kurang tepi meja " Batrisyia bangun dan mengambil pas yang keluar dari kiri meja mereka.

"Jom pergi mana? " nabila mengambil dan turut berdiri.

"Ikut je " puteri juga membuat benda yang sama dan dituruti dengan kawannya yang lain.

"We, asal tak keluar pon " arief setia meletakkan tangannya di kanan meja.

"Kiri bongok " ryan mengeluh.

"Kiri? , ooh kiri" dia mengalihkan tangannya ke kiri meja.

"Ughh " yang lain pula mengeluh.

"Asal yang lain buat tak tau " arief memandang murid lain .

"Buat apa diorang nak kesah , loceng tadi tu tanda ada latihan untuk kita. bukan untuk diorang." Kata puteri lagi.

Yang lain mengangguk.

"Latihan apa ni ?" Fatin menggosok matanya.

"Tengok je nanti " Batrisyia dan puteri berkata serentak.

Selepas itu , mereka hanya mendiamkan diri sehinggalah sampai ke tempat yang sesetengah mereka tidak tau tempat apa tu .

_______________

'''Kawasan Larangan'"

"Kita buat apa kata sini ? Sini mana boleh masuk " fatin menarik narik baju ryan supaya berpatah balik.

"Masuk je " puteri meletakkan pas nya tadi di dinding yang mempunyai bentuk seperti pas itu.

Kawasan larangan yang terlekat di tepi sekolah tidak pernah sesiapa menjejakkan kaki ke sana, tempat itu seperti sebuah bangunan tiada orang yang sebesar tapak sekolah . Tiada sebarang tingkap di bangunan itu kecuali tingkap bulat yang besar di atas bangunan.

"We aku nak balik " arief berkata sambil melangkah masuk ke dalam bangunan itu. (Masuk gak kata nak balik )

_____________________

"Wow.. besar sia !" Ryan haikal dan arief memandang sesama sendiri.

"Sini tempat latihan ejen ejen macam kita ni. Dah ikut aku " puteri memasuki lif .

"Oi cepatlah" melihat kawan kawannya kaku di situ batrisyia terpaksa menjerit.

"Oh ok ok " takut kau haikal....

Puteri di dalam lif hanya mampu tersenyum. Bila Batrisyia dah marah cam tu lah dulu.

Puteri menekan butang lif yang berangka 4 . Lif mula bergerak. Di tingkat satu kelihatan beberapa ejen sedang membuat gajet sendiri.
Tingkat dua, tempat ejen berlawan sesama mereka. Tingkat tiga , tempat mereka meningkatkan stamina diri juga melatih mereka cara bertarung.
Dan tingkat empat. Sekali pandang kosong??

________________________

Keluar dari lif mereka masuk ke ruang kosong yang besar itu.

"Seriously! " arief menjerit setelah melihat apa yang berada di belakangnya.





Tbc.......

puterinorasyiah




SevenWhere stories live. Discover now